1
Sebutan perkataan ‘SAKAI’, ‘PANGAN’ dan ‘ORANG DARAT’
Sebutan atau panggilan perkataan ‘Sakai’, ‘Pangan’ dan ‘Orang Darat’ tidak digalak dalam masyarakat Jakun, ia sebagai menghina dan menjatuhkan maruah kaum tersebut. Mengikut adat kaum ini barang sesiapa menyebut atau memanggil seseorang itu dengan pangillan tersebut boleh dikenakan denda atau menjadi sesuatu pergaduhan atau perbuatanlain yang tidak diingini. Oleh itu jangan sesekali memanggil atau menyebut seseorang itu dengan perkataan tadi.
2
Orang Mati
Sesuatu kematian yang berlaku kaum keluarga tidak boleh bersuka-ria, menghias diri termasuk juga orang yang menziarahi dalam tempoh beberapa hari (6 hari atau lebih)
3
Orang Sakit
Dalam masa mengubati pesakit orang luar tidak boleh masuk tanpa izin, melauh atau memanggil dan buat bising
4
Kempunan
Tidak menjamah makanan yang dijamu. Tetamu yang datang bertandang mesti dijamu, oleh itu sudah semestinya menjamah makanan yang dihidang atau diajak makan
5
Cika / sakit perut / atau muntah-muntah
Pesakit biasanya mengeji makanan yang dimakan atau memakan makanan yang bercampur dengan makanan dilarang mengambil sekali, ia perlu dimakan pada masa yang lain
6
Menangkal kampung
(Memuja laut dan sungai, patung-patung dan perahu kecil dihanyutkan)
Mengadakan pesta berlancang dan berancak tujuan ialah untuk menghalau hantu atau jin yang mengganggu ketenteraman penduduk. Dalam masa berpantang tidak boleh melanggar peraturan yang ditentukan ia akan mendapat mala petaka atau sakit
7
Pergi menziarahi ke rumah orang yang suaminya tiada di rumah
Tidak dibenarkan sama sekali pergi apatah lagi untuk naik ke atas rumah jika suami orang itu tiada dirumah atau pun orang lain/orang tua juga tiada. Ia dianggap berlaku curang dan tidak sopan dan melanggar adat resam mereka dan boleh dikenakan denda
8
Lalu di depan orang tua atau ibu mengandung
Tunduk dan minta izin apa bila berjalan di depan orang tua dan jangan lalu di belakangnya nanti takut terkena ilmu hitamnya bagi ibu mengandung pula jangan ikut di belakangnya kerana takut bila anak yang lahir akan mengikut rupa dan perangai orang itu
9
Jangan membuat janji
Janji harus ditepati. Apa-apa jenis pakatan harus ditunaikan, jika tidak ditepati akan hilang kepercayaan sesama sendiri atau menjadi satu kemarahan yang didorong oleh perasaan yang dihasut oleh iblis
10
Celau atau ribut petir
Tidak boleh suka atau mengejek haiwan-haiwan atau benda-benda pelek. Barang sesiapa yang melakukannya akan diambil sedikit darahnya kemudian dijampi dan dibasuh dengan air hujan atau dipotong sedikit rambutnya lalu dibakar
11
Tenung
Terdapat titisan darah yang melintasi jalan, burung atau tupai menegur sesuatu benda yang ganjil, burung masuk kedalam rumah di waktu malam. Ini adalah akibat dari janji tidak ditepati, titisan darah itu adalah disebabkan oleh binatang buas memakan mangsanya dan sesuatu perkara tidak baik akan berlaku
Tiada ulasan:
Catat Ulasan