Memaparkan catatan dengan label Perkahwinan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perkahwinan. Papar semua catatan

Jumaat, 4 Disember 2009

SAPOOR


SAPOOR BIN IBRAHIM LEW

Ini lah adik TJ yang no 4...
Orangnya memang hensem..
kah.kah.kah
Jadi hari ni dia akan menghadapi satu fasa peralihan dalam kehidupan..
Dia Akan menikah hari ni...
pasangannya ialah Intan.
Tahniah lah untuk nko sapoor.
semoga nko semakin bahagia.
bang man doakan engkau sentiasa bahgia dan berkekalan sampai bila-bila.
nanti kita jumpa..
TAHNIAH DAN SELAMAT PENGANTIN BARU...

Selasa, 1 Disember 2009

Isnin, 30 November 2009

bertuahnya hidupku...



syukur...
alhamdulillah..
allah tambah nikmat....

Rabu, 18 Mac 2009

Bila lelaki benar-benar...

Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas,per ubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yang dianggap Keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya
dilukai. untuk melihat lelaki menangis amatlah payah.

Diantara tanda-tanda lelaki yang jatuh
cinta dengan hebat ialah:
1. Dia bersungguh-sungguh melakukan
sesuatu untuk kekasihnya dengan rela
bukan kerana terpaksa.
2. Dia sentiasa ingin menghiburkan
keka sihnya dan berubah menjadi orang
yang kuat bercakap.
3. Dia banyak menasihati kekasihnya
kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
4. Dia berusaha mengongkong kebebasan
kekasihnya kerana perasaan cemburunya
yang meluap-luap.
5. Dia sentiasa takut kehilangan
kekasihnya.
6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan
kekasihnya kerana dia sentiasa berasa
curiga.
7. Dia tidak suka ada lelaki lain
rapat dengan kekasihnya.
8. Dia mudah merasa cemburu dan
sensitif apabila kekasihnya tidak
menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
9. Adakalanya dia seperti seorang anak
kecil yang meminta perhatian kerana
dia mahu kekasihnya melayannya lebih
dari orang lain.
10. Dia menjadi orang yang paling
rajin dan sanggup membantu kekasihnya
melaku kan apa saja.
11. Dia pandai merajuk hati kerana
ingin dipujuk oleh kekasihnya.
12. Dia akan mengelabah apabila
kekasihnya berjauhan daripadanya
terlalu lama.
13. Dia sentiasa mempastikan
kesel amatan kekasihnya.
14. Dia mementingkan kekasihnya
daripa da dirinya sendiri.
15. Dia kerap bertanya adakah
kekasihnya mencintainya kerana dia
merasa kasihnya lebih kuat daripada
kekasihn ya.
16. Dia tidak akan melayan perempuan
lain yang tidak ada urusan penting
dengannya .
17. Dia cuba meluangkan lebih banyak
masa dengan kekasihnya walaupun
terpaksa menunggu kekasihnya dengan
sabar.
18. Dia membanggakan kekasihnya di
depan orang lain.
19. Kalau ditinggalkan oleh
kekasihnya, ia akan berasa serik dan
tidak percaya dengan cinta perempuan
lain namun dia sentiasa mengharap
kekasih nya kembali kepadanya.
20. Apabila timbul orang ketiga, dia
akan hilang akal dan sanggup berbuat
apa saja untuk merebut kembali
kekasihny a.
21. Dia menganggap kekasihnya sebagai
orang yang paling dipercayainya dan
sanggup menyerahkan harta walaupun
nyawanya sendiri.
22. Dia tidak akan berlaku curang
kepada kekasihnya namun jikalau dia
dia berbuat demikian itu bererti
hatinya belum 100 peratus mencintai
kekasih nya.
23. Bukan semua lelaki sanggup
menitiskan airmata hanya untuk seorang
perempuan .

cinta....

Cinta adalah permainan hati dan wujud di dalam hati. Oleh itu, bagi menzahirkan kasih sayang dan cinta, ia mesti dilafazkan melalui kata-kata, perbuatan dan kelakuan. Asas kepada penzahiran ini adalah hadis Nabi s.a.w. yang menyuruh kit memberitahu seseorang apabila kita mengasihinya. Sabda Nabi s.a.w. bermaksud: "Apabila seseorang itu kasih akan saudaranya maka beritahulah dia bahawa dia kasihkannya." (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
LANGKAH MENZAHIRKAN CINTA
1. Panggilan suami isteri. Gunakan panggilan yang baik. Isteri memanggil suami dengan perkataan 'abang, honey, darling, sayang,' Suami pula memanggil isteri dengan panggilan 'honey, darling, sayang,' atau nama manja. Nabi s.a.w. memanggil A'ishah dengan 'Humairaa' yang boleh diertikan 'si merah jambu'. Elakkan panggilan 'ayahnya, bapanya, abahnya, papa, daddy' dan seumpamanya. Elakkan 'maknya, mama' dan sebagainya. Ini berlaku selepas pasangan mendapat anak. Panggilan ini kadang-kadang bukan sahaja digunakan di hadapan anak bahkan semasa pasangan berdua sahaja. Jangan jadikan panggilan 'darling' dan 'sayang' di awal perkahwinan, tetapi di akhir perkahwinan 'pinggan dibaling senduk melayang'.
2. Bantu-membantu. Realiti kehidupan hari ini kedua-dua suami isteri bekerja. Waktu pejabat adalah dari jam 8 pagi hingga 5 petang. Isteri akan bekerja semula sebagai surirumah seperti memasak, membasuh baju, mengemas rumah dan mengurus anak. Alangkah baiknya jika suami turut membantu kerja-kerja tersebut. Apabila ditanya tentang kerja Nabi s.a.w. di rumah, A'ishah berkata: "Adalah Nabi berkhidmat untuk isterinya (membantu isterinya dalam kerja-kerja rumah). Apabila terdengar azan, baginda keluar". (Riwayat Bukhari)
3. Saling berkomunikasi dan berhubung. Komunikasi amat penting. Berbual dan bertanya khabar adalah satu bentuk komunikasi. Penggunaan SMS dan sebagainya amat baik. Hantarlah mesej tertentu seperti jenaka, teka-teki, cerita seks yang nakal dan sebgainya. Hubungan tanpa komunikasi adalah hubungan yang hambar. Lebih banyak kita berkomunikasi lebih banyak kita memahami. Tetapi waspada...jangan terlebih berkomunikasi hingga bertukar menjadi benci.
4. Hadiah. Hadiahkanlah sesuatu kepada pasangan anda sempena hari keramaian seperti hari ibu, hari pekerja, hari raya atau hari minggu. Hadiah akan mewujudkan kasih sayang. Berilah hadiah nescaya kamu pasti akan kasih-mengasihi. Hadiah tidak semestinya mahal. Yang penting keikhlasan dan penghargaan. Membeli bunga yang berharga RM3 pun sudah memadai.
5. Membuat kejutan. Contohnya suami mengajak isteri makan di tempat tertentu atau sebaliknya pada waktu yang sesuai seperti hari minggu.
6. Menjaga lidah agar tidak bercakap perkara yang tidak sesuai. Mulut murai, mulut 'laser' dan mulut celupar adalah perkara yang mesti dielakkan. Ada kemungkinan kata-kata akan menikam pasangan anda dan menyedihkannya. Disebut dalam hadis bahawa Nabi Muhammad s.a.w. tidak pernah bercakap perkara keji.
7. Memberi galakan terhadap minat pasangan atau hobinya. Salah satu kaedah memberi galakan ialah menyediakan ruang untuk pasangan melakukan aktivitinya, membeli barang kegemarannya atau melibatkan diri dengan hobi tersebut. A'ishah, isteri Nabi Muhammad s.a.w. ingin melihat orang Habsyah bermain. Nabi s.a.w. bersama A'ishah dan menemaninya hingga A'ishah berasa jemu. A'ishah berkata yang bermaksud: "Aku melihat Nabi s.a.w. melindungi aku dengan kain selendangnya, sedangkan aku ketika itu sedang melihat orang Habsyah bermain di masjid hinggalah aku berasa jemu..." (Riwayat Bukhari). Jangan larang pasangan anda melakukan aktiviti kesukaannya. Ada kemungkinan pasangan anda akan menghabiskan masa yang terlalu lama hingga mengabaikan tanggungjawab atau menghabiskan wang yang banyak dengan aktivitinya. Anda boleh berbincang dengan baik bagi mengatasi tabiat buruk itu.
8. Ucapan tanda penghargaan. Jangan lupa mengucapkan terima kasih, ucapan tahniah, ucapan takziah dan sebagainya.
9. Menghargai pemberian pasangan. Jangan dilihat pada kualiti atau harga pemberian itu, tetapi pandanglah pada hati yang ikhlas yang menghadiahkan benda tersebut. Yang lebih penting adalah yang tersirat, bukan yang tersurat. Jaga pemberian tersebut dengan baik. Jika tiada hadiah berbentuk material, ucapan sudah memadai......

Khamis, 5 Mac 2009

Pesanan untuk Warga emas SKKA...

  1. Dulu, kalau nak membaca...dari jauh pun boleh baca. Sekarang dekat2 tak nampak....kena jauh-jauh sikit.
  2. Dulu kalau nak kencing, dari jauh...suuurrrrr! !!! masuk.....!! ! Sekarang, kalau nak kencing, kena dekat- dekat, pelan-pelan lepas...baru masuk...
  3. Dulu, masa tidur menhadap muka...rapat- rapat, sekarang berlaga punggung saja... itu pun dah kira rapat sangat dah tu....yang lagi teruk sorang tido kat luar bilik sorang tido kat dalam bilik
  4. Dulu, mana-mana pergi mesti bawa minyak wangi (dalam kereta ke, handbag ke...), sekarang, bawa juga... tapi minyak angin la...
  5. Dulu, pakai baju mesti sama...sama color, sama design, sama brand....sedondon. .. Sekarang, "Asal kau ada baju nak pakai udah la...!"
  6. Dulu, kalau nak kemana-mana, sanggup tunggu bini sampai sejam iron tudung...pakai tudung.... Sekarang, "Alah...you pakai yg "wrinkle free" tu je la....!" (dlm hati.....macam la ada orang nak tengok dia...hiyyyy! !! (Malam tadi tak mau nak gosok... lembab!!)
  7. Dulu, sanggup jalan berbatu2 teman bini shopping, sekarang...tunggu dlm kereta je. Kejap-kejap SMS..."Lama lagi ke?" "Apa aje yang awak cari ni...?"
  8. Dulu, hebat....!!! sebulan sampai 12 kali..., sekarang, kalau dapat 12 bulan sekali pun kira hebat juga...
  9. Dulu, menunggu pun dah keras.... sekarang, menunggu nak keras...
  10. Dulu, isteri nak tidur pakai shorts pun tak boleh, suruh buka..jgn pakai apa-apa. Sekarang, isteri nak tidur pakai kemban pun kena suruh buka juga... "Pakai baju yang senonoh sikit tak boley ker ?
  11. kah..kah..TJ MUDA AGI..kah..kah

Jumaat, 27 Februari 2009

Awal Perkahwinan,,Pertengahan Perkahwinan..Penghujung perkahwinan,,

Awal Perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Jom..dari duduk rumah, bosan plak.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Abang ada hal lain kali yek.."

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Abang penat laaa..Ayang pergi sendiri laaa.."


Awal Perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "OK..no problem.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "Awak tak boleh masak ke ?"

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "Lebih baik kawin lain yang boleh masak untuk abang"


Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang mengandung.."
Suami : "Abang tak sabar nak lihat anak kita.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Abang tolong buat susu anak.."
Suami : "Abang mengantuk laa..ayang buat laaa.."

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Cuba awak tegur anak tu sikit.."
Suami : "Haiii..anak awak..awak ajelah yang tegur..."


Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "OK..no problem.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "Saya penat, awak ajelahh yang buat.."

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "Awak tak boleh buat keee.."


Awal Perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Apa yang ayang inginkan.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Setiap tahun saya berikan...tak cukup lagi ke ?"

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Tak payah le hadiah-hadiahhhhh..."


Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
Suami : "OK..no problem.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai buat rendang"
Suami : "Awak ni pemalas laaa.."

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai buat kek.."
Suami : "mak ko tu..dari dulu tak pandai masakkk.."

kah..kah..NILAI DIRI SAHABAT...kah..kah..

perkahwinan (kesempurnaan kehidupan)

Perkahwinan,..
terasa plak nak bercerita sikit tentang perkahwinan,
perkahwinan itu indah,
tapi ia perlu disemai dan dijaga dengan baik..
satu penambahan yang aku dapat..
perkahwinan tu satu proses dalam kitaran kehidupan ,
apabila kita kahwin/nikah kita telah menyempurnakan proses kehidupan kita,
kerana ia saling mebantu,mengganding,menyempurna antara lelaki dan perempuan..
pandangan lelaki seperti pandangan sebuah "terowong"..terus menancap ke hadapan di penghujung terowong,jauh pandangannya,,
pandangan wanita mencapah (paraferel), ia selalu melihat di sekeliling persekitaran,,
contoh : isteri fokus pada langsir,sarung bantal..malah isteri lebih kenal mangkok,tupperware dirumah daripada sang suami...
Jadi bila pandangan ini bergabung ia saling melengkapi antara satu sama lain..
pandangan ni juga bukan hanya berkisar kepada penglihatan mata zahiriah,,
tetapi ia lebih kepada pandangan hidup... pandangan hidup ngan pegangan hidup..
pandangan hidup : power
pegangan hidup kurang power,,tapi masih kategori hidup..hehehe
jadi boleh lah kita simpulkan lelaki dan wanita saling memerlukan dan kesempurnaan akan tercapai dengan gabungan ini...
Sebab itu dalam islam perkhwinan ini dipandang tinggi...dan diperincikan..
jadi proses perkahwinan lagi kita perlu jaga supaya hala tuju pelayaran kita tidak terpesong..
aku dengar orang alim nasihatkan.. jadikanlah majlis perkahwinan kita sesuai kehendak Allah dan Rasul supaya diredhai... jangan pulak hanya majlis meraikan pertemuan dua lubang kencing...
semasa melayari alam rumahtangga ada pelbagai onak dan duri ranjau sepanjang perjalanan..
disini kita perlu bijak dan berhikmah dalam mengangani ujian yang mendatang..
Dalam kehidupan suami isteri perlunya satu hati..seia sekata.. namun ini proses yang panjang dan sukar dicapai tetapi bukan mustahil...
untuk sampai satu hati kita perlu mengamalkan proses bertolak ansur...

hehehehe... teringat plak aku....hehehehe
hehehehe... seronoknya........hehehehe
moga diberi PANDANG an hidup yang betul...
(urut Janggut Sambil Men Cigar dulu )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...