Selasa, 30 Ogos 2011

RAYER DAH.....

MAKANLA........
KAH..KAH..KAH..KAH..KAH..KAH...KAH..KAH..KAH..KAH..KAH...KAH

Isnin, 29 Ogos 2011

1 hari....

SELAMAT
HARI 
RAYA
AIFILFITRI
MOHON 
MAAF 




Jumaat, 26 Ogos 2011

4 hari lagi...



Lapar puasa terketar-ketar
Bila berbuka lega rasanya
Kad raya tak sempat nak hantar
Kiriman MMS pun dah kira grand lah ye..!


Anak Dolah makan lepat
Makan lepat sambil melompat
Nak hantar kad raya dah tak sempat
Pakai MMS pun kira ok what?


Lemah lembut tuan puteri
Berkain cindai cantik dipandang
Meriah menyambut Aidilfitri
Sahabat handai datang bertandang 


Udara dingin hening pagi
Tabuh bising mulakan hari
Aidilfitri menjelma lagi
Masing-masing pakai berseri


Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba shaya
Sama-sama menyambut raya 
Maaf-maafan dihari bahagia 


Aidilfitri hari kemenangan
Kejayaan menempuh halangan
Mengenali erti kesenangan
Bagi mereka yang kekurangan 


Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakrapan


Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah 


Saidina Affan menyusun kata
Tutur peri yang aulia
Maaf-bermaafan sesama kita
Di Aidilfitri yang mulia 

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

Khamis, 25 Ogos 2011

5 hari lagi...

Andai jemari tak sempat berjabat,
 andai raga tak dapat bertatap, 
seiring beduk yang menggema, 
seruan takbir yang berkumandang, 
kuhulurkan salam menyambut hari raya idul fitri,
 jika ada kata serta khilafku membekas lara, 
mohon maaf Zahir dan batin.

Selasa, 23 Ogos 2011

7 hari lagi...

Yaa Allah! Jadikanlah puasaku disertai dengan syukur dan penerima di atas jalan keridhoan-MU dan keridhoan Rasul.

Cabang-cabangnya kukuh dan kuat berkat pokok-pokoknya, Demi kenabian Muhammad dan keluarganya yang suci, dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.

Isnin, 22 Ogos 2011

8 hari lagi...

Yaa Allah! Liputilah aku dengan rahmat dan benihkanlah kepadaku Taufiq dan penjagaan.

Sucikanlah hatiku dan noda-noda fitnah wahai pengasih terhadap hamba- hambaNYA yang Mu'min.

Ahad, 21 Ogos 2011

9 hari lagi...

Yaa Allah! Penuhkanlah hidupku dengan amalan-amalan Sunnah, dan muliakanlah aku dengan terkabulnya semua permintaan.

Dekatkanlah perantaraanku kepada-MU diantara semua perantara, Wahai Yang tidak tersibukkan oleh permintaan orang-orang yang meminta.

Sabtu, 20 Ogos 2011

10 hari lagi...

Yaa Allah! Rizkikanlah kepadaku keutamaan Lailatul Qadr, dan ubahlah perkara-perkaraku yang sulit menjadi mudah. Terimalah permintaan maafku, dan hapuskanlah dosa dan keslahanku, Wahai Yang Maha Penyayang terhadap hamba- hambanya yang sholeh.

Jumaat, 19 Ogos 2011

11 hari lagi....

Yaa Allah! Bukakanlah bagiku pintu-pintu surga dan tutupkanlah bagiku pintu-pintu neraka,

dan berikanlah kemampuan padaku untuk membaca AI-Quran Wahai Penurun ketenangan di dalam hati orang-orang Mu'min.

Khamis, 18 Ogos 2011

12 hari lagi....

Yaa Allah! Sedarkanlah aku akan berkah-berkah yang terdapat di saat saharnya. Dan sinarilah hatiku dengan terang cahayanya dan bimbinglah aku dan seluruh anggota tubuhku untuk dapat mengikufi ajaran-ajarannya, Demi cahaya-Mu Wahai Penerang hati para arifin.

Rabu, 17 Ogos 2011

13 hari lagi....

Yaa Allah! Tunjukkanlah aku kepada amal kebajikan dan penuhilah hajat serta cita-cita-ku.

Wahai Yang Maha Mengetahui keperluan, tanpa pengungkapan permohonan.

Wahai Yang Maha Mengetahui segala yang ada didalam hati seluruh isi alam.

Selawat atas Muhammad S.A.W dan keluarganya yang suci

Selasa, 16 Ogos 2011

14 hari lagi....

Yaa Allah! Berilah aku kemampuan untuk hidup sebagaimana kehidupan orang-orang yang baik. Dan jauhkanlah aku dari kehidupan bersama orang-orang yang jahat. Dan naungilah aku dengan rahmat-MU hingga sampai kepada alam akhirat. Demi ketuhanan-MU Wahai Tuhan seru sekalian alam.

Isnin, 15 Ogos 2011

15 hari lagi...

Yaa Allah! Berilah aku rezeki berupa ketaatan orang-orang yang khusyu'. Dan lapangkanlah dadaku dengan taubatnya orang-orang yang menyesal, dengan keamanan-MU, Wahai Keamanan untuk orang-orang yang takut.

Ahad, 14 Ogos 2011

16 HARI LAGI...

Yaa Allah! Jadikanlah puasaku sebagai puasa orang-orang yang benar-benar berpuasa.

Dan ibadah malamku sebagai ibadah orang-orang yang benar-benar melakukan ibadah malam.

Dan jagalah aku dari tidurnya orang-orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku ... Wahai Tuhan sekalian alam!!
Dan ampunilah aku, Wahai Pengampun para pembuat dosa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...