Khamis, 28 Mei 2009

misteri upin dan ipin


kah.kah.kah.kah
kah.kah.PEMINAT CILIK ..kah.kah
kah.kah..MERIAH BETUL.kah.kah.kah
kah..kah..REALITI LIFE PON ADER.kah.kah
kah.kah.RAMBUT TUR.kah.kah
kah.kah..BAPAK DIA LABU DAN LABI.kah.kah
kah.kah.kah
kah.kah.MAK DIA..kah.kah...MISTERI
kah.kah..LABU TU BAPAK UPIN..KAH..KAH
KAH..KAH..LABI TU BAPAK IPIN..KAH..KAH
TQ SIR

10 Nasihat Untuk Memahami Maksud Al Quran

Ketika malam bertukar menjadi pagi, kucoretkan tulisan ini sebagai nasihat bagi yang sudi, untuk dipraktikkan bukan sekadar teori, agar Al Quran dibaca lalu difahami. Berikut adalah beberapa panduan untuk sesiapa sahaja yang ingin memahami Al Quran, terutama mereka yang tidak memahami sebahagian besar ayat Al Quran hanya kerana ayat-ayat itu adalah di dalam Bahasa Arab.

Perkara sebegini bukan halangan untuk anda memahami Al Quran. Malah ramai yang menguasai Bahasa Arab tetapi masih lagi tidak cuba memahami Al Quran. Semoga Allah SWT memberikan hidayah untuk saya dan anda semua.

1-
Membeli sebuah Al Quran berserta terjemahan. Mungkin terdapat perbezaan pendapat di kalangan kita tentang terjemahan Al Quran yang paling baik. Saya secara peribadinya mencadangkan agar pembaca membeli terjemahan Al Quran yang dicetak oleh Kerajaan Arab Saudi di dalam Bahasa Indonesia dan juga Tafsir Pimpinan al Rahman terjemahan Dr. Abdullah Basmeih yang dicetak oleh Jabatan Perdana Menteri Malaysia.

2-
Peruntukkan waktu secara tetap sama ada harian atau mingguan untuk membaca beberapa ayat Al Quran berserta terjemahan. Tidak perlu terlalu bersemangat kerana selalunya semangat yang berlebihan tidak akan bertahan lama. Jika anda sekadar ingin membaca ayat Al Quran tanpa terjemahan, sememangnya digalakkan setiap hari dalam keadaan yang sederhana. Namun untuk membacanya berserta terjemahan, perlulah diberikan peruntukan waktu untuk ‘menghadamkan’ terjemahan dan maksud ayat-ayat yang telah dibaca. Mungkin pembaca boleh memperuntukkan masa untuk ayat-ayat daripada juzuk 30 kerana ia ayat-ayat yang sering kita baca dan hafal. Sebagai contoh, mulakan dengan surah al Ikhlas yang mengandungi 4 ayat dan diberi tempoh selama 3 hari untuk membaca, merenung dan memahami maksudnya sebelum berpindah kepada surah al Naas pula. Begitulah seterusnya.

Tidak semestinya anda mengikut susunan misalnya bermula daripada al Fatihah kemudian al Baqarah, Ali Imran dan seterusnya, atau bermula daripada al Naas kemudian al Falaq, al Ikhlas dan seterusnya. Matlamat kita ialah cuba memahami ayat-ayat Al Quran secara keseluruhan. Mungkin minggu ini kita ingin memahami maksud beberapa ayat daripada surah Yaasin dan minggu depan pula kita ingin mengetahui maksud beberapa ayat daripada surah al Kahfi pula. Apa yang penting, setiap minggu kita akan peruntukkan sedikit masa untuk memahami beberapa ayat dan sikap ini berterusan dengan penuh istiqamah.

3-
Tandakan ayat-ayat yang kurang jelas maksudnya. Sememangnya kita tidak akan dapat memahami dengan jelas setiap ayat yang dibaca. Mungkin ini disebabkan oleh keadaan atau tumpuan kita semasa membacanya. Mungkin juga disebabkan ayat terjemahan itu tidak jelas dan mungkin juga disebabkan kita baru membacanya sekali tanpa benar-benar faham. Walau apa pun sebabnya, jangan biarkan ayat itu berlalu tanpa memastikan kita benar-benar faham maksudnya. Tandakan ayat tersebut dan peruntukkan beberapa hari atau lebih untuk mengkaji maksudnya dengan lebih jelas.

4-
Wujudkan panel rujukan sendiri dengan menyimpan nombor telefon beberapa orang ustaz yang dirasakan mampu menghuraikan maksud ayat-ayat yang kurang jelas maksudnya tadi. Rujuk kepada mereka untuk mendapatkan jawapan yang lebih cepat dan mudah. Lebih cepat ialah dengan menulis sms dan dihantar ke telefon bimbit seseorang ustaz, misalnya anda tulis 'Assalaamualaikum ustaz, apa maksud ayat 23 surah Luqman? Terima kasih'. Mungkin sesetengah ustaz tidak terus membalasnya kerana ingin mengkaji terlebih dahulu. Lihat, anda telah melakukan amal soleh dengan menyebabkan seorang agamawan membuka kembali buku dan kitabnya yang telah lama berhabuk di atas rak buku, hanya kerana satu sms yang ingin tahu tentang tafsir satu ayat daripada Al Quran.

5- Boleh juga mencari maksud ayat tersebut daripada terjemahan edisi yang lain atau
membeli buku tafsir Al Quran yang telah diterjemahkan. Kini terdapat banyak buku tafsir yang diterjemahkan dan yang paling baik setakat pengetahuan saya ialah terjemahan Tafsir Ibn Kathir. Buku terjemahan Al Quran juga terdapat dalam banyak versi sama ada di dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris atau Bahasa Indonesia dan lain-lain lagi. Langkah ini mungkin memerlukan kepada perbelanjaan yang lebih untuk memiliki sebanyak mungkin terjemahan Al Quran, tetapi ia tetap berbaloi kerana tujuan kita amat mulia iaitu memahami Al Quran.

6-
Pengulangan bacaan tafsiran atau terjemahan ayat yang sama dapat memberikan gambaran yang lebih jelas tentang ayat. Mungkin kali pertama anda membaca terjemahannya dan tafsirannya semasa pemikiran anda tidak berfokus dan tidak tenang disebabkan pelbagai masalah. Kali kedua pula anda membacanya dalam keadaan tenang dan tiada masalah. Pasti bacaan kedua akan lebih membantu anda memahami ayat tersebut, wallahu a’lam.

7- Sebolehnya cari
kaset-kaset atau CD yang mengandungi huraian Al Quran daripada ustaz-ustaz atau mana-mana pendakwah. Mungkin anda sibuk dan tak sempat nak mendengar kuliah tafsir, maka bukalah radio atau belilah cd untuk anda belajar daripada dalam kereta atau gunakan alat seperti cd walkman atau mp4 untuk mempelajari tafsir Al Quran. Takkanlah waktu di dalam kereta hanya dengan mendengar lagu atau berita di radio sahaja?

8- Lebih baik lagi jika mempunyai tempat
kuliah tafsir yang dihadiri secara tetap. Ini penting untuk menjadikan kita sentiasa istiqamah dalam mempelajari tafsir. Ustaz yang mengajar juga boleh kita jadikan sebagai rujukan tetap kerana kita akan sentiasa bertemu dengan beliau setiap kali tiba waktu kuliah.

9-
Layari laman web Islamik yang menawarkan perkhidmatan untuk memahami ayat-ayat Al Quran atau boleh muat turun beberapa program yang mengandungi tafsir atau terjemahan Al Quran. Internet perlu digunakan sebaik mungkin terutama bagi mereka yang boleh ‘online’ semasa berkerja. Program tafsir juga boleh dimuat turun ke dalam laptop atau ke dalam alat seperti telefon bimbit atau telefon PDA yang canggih lagi memudahkan.

10-
Cuba pelajari Bahasa Arab untuk lebih mendekatkan diri kita dengan maksud ayat yang dibaca. Hendak seribu daya. Saya secara peribadi telah bertemu dengan orang-orang yang tahu berbahasa Arab dengan mempelajarinya secara sendiri dan mereka bukanlah produk sekolah agama atau universiti di negara Arab.

Akhir kata, berdoalah kepada Allah SWT agar kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang ingin mendalami ilmu Allah SWT terutamanya ingin mendalami Al Quran. Ingatlah, tiada keinginan untuk menambahkan ilmu agama adalah satu penyakit merbahaya. Kesannya pesakit ini akan terus hidup dalam keadaan jahil dan tidak bertambah ilmunya. Ingat pesan Rasulullah SAW :

Sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari Al Quran dan mengajarnya...(Riwayat al Bukhari, no.5027).

Sabtu, 23 Mei 2009

misteri awek lawa

misteri labu dan labi

misteri kartun

misteri KK dan 4cikharubiru


Kenangan
Kenangan..tetap kenangan
yang berlalu akan terus berlalu
untuk dikecapi kemabli adalah mustahil
Bak kata Iman Al-Ghazali..
"perkara yang jauh ialah masa lampau"
makin dikejar makin kencang ia berlari
untuk dimiliki sekali lagi..
hanya satu mimpi di dunia realiti


Usah hidup dengan mengenang masa lalu..
Semalam telah pergi..
Yang tinggal cuma hari ini..
Esok belum pasti..
Hidup sepuasnya dihari ini
Cuma ini yang kita miliki...
Bersyukurlah sekurang-kurangnya..
kita mampu memiliki hari ini...


Berdirilah dengan optimis
Moga langkah kita tdiak pincang lagi
Kerana langkah yang pincang...
pengakhirannya mengecewakan!!
Memandanglah dengan realistik
Moga kita tidak bermimpi di siang hari..
kerna mimpi di siang..
Indah hanya sementara..
Ia pergi bila tersedar dari lena...


Kenangan ..
biarpun manis dan segar dalam ingatan..
tak terjangkau oleh pandangan..
ingin diulangi..tiada lagi teman-teman


Kenangan...
walaupun pahit..terpahat di hati..
kekadang membuat diri menangis sendiri..
Taubat nasuha..takkan diulangi..
Jadikan sempadan andai esok menjengah lagi..
Hiduplah sepuasnya... .
Moga kenangan hari ini..menjadi teman di hari tua... .
Membuat diri tersenyum..andai benar...
ia adalah kenangan antara kenangan ..
yang mampu kita miliki..

"jangan lupa DIA... pemberi segala NIKMAT di dunia" 
MESRA BTOL HARUBIRU NGAN KK

MIATERI NOMBOR KECEMASAN


Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112.Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock ) .

MISTERI KUASA BATERI TERSEMBUNYI

Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan. Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan. Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ' *3370# ' . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .JANGAN PANIK

Misteri Buka kereta guna hp

Aku nak kongsi la geng mamat mamat semua..
aku ada terbaca bagaimana nak bukak kereta guna handphone.
aku pun nak tau akhirnya aku dapat nak tau caranya:

Pernahkah nko mamat tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.Jangan risau mamat,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ' ON ' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.
kalau tak ada alarm mamat nko suruh lah bedah hantar kunci spare tu..kah..kah

aku nak cuba la nanti
kah.kah.. kah.kah.kah

Khamis, 21 Mei 2009

Evolusi Perbualan



Sewaktu TADIKA ( 5, 6 tahun )

Di satu sudut Taman Permainan di dalam kawasan sekolah TADIKA kelihatan dua kanak-kanak berbual sambil meminum botol minuman Ribena. Kata salah seorang temannya, “ Eh, Abah kita beli keta remort control semalam, poweeeer. Engkau ada ke?” Alaeh ! kita punya helly remort lagi power, boleh terbang. Tinggi dia terbang. Awak ada ke?” Jawab salah seorang dari kanak-kanak itu. Namun ianya disampok balek oleh temannya yang mulut masih penuh dengan air minuman Ribena, setelah menelannya ,katanya “ Nanti le kita minta abah kita beli laaaagi besar nanti boleh le awak datang main sama-sama dengan kita. Kan! Kan! “. Ye lah jawab temannya sambil kedua-duanya berjalan masuk ke kelas.

Sewaktu Sekolah Rendah ( 11,12 tahun )

Di salah satu tempat menunggu bas di hadapan sekolah. Dua orang pelajar sedang menunggu bas sekolah sambil berbual. Kata salah seorang temannya, “ Hei! Petang ni kita main basikal kat taman sebelah nak? Budak-budak kat situ memang pandai wheely bila naik basikal jauh diorang boleh buat”. Jawab temannya ‘”Boleh juga tapi basikal aku rosak sikit, boleh le aku pinjam basikal adek engkau nanti.” “Ye lah nanti aku tanyakan adek aku tapi kau datang le awal sikit” jawab temannya. “Okey, okey, okey nanti aku datang awal “ Jawab temannya tanda setuju. Perbualan mereka habis dengan kedatangan bas sekolah yang datang mengambil pelajar sekolah di situ.

Sewaktu Sekolah Menengah (16, 17 tahun )

Di salah satu tembok pembetong di salah satu Taman Perumahan kelihatan anak-anak muda belasan tahun sekitar tingkatan 4 dan 5 sedang menyanyi dengan salah seorang memetik gitar kapok seolah-olah seperti persediaan akhir Akademik Fantasia atau peringkat final gengstarz lagaknya. Nyayian mereka bertambah bersemangat apabila beberapa orang remaja perempuan lalu di hadapan mereka dengan tersengeh-sengeh. “Woit ! tak ada lagu lain ke? Asyek lagu jiwang-jiwang je, tukar le lagu rock sikit baru le ngam.” Celah salah seorang remaja yang baru sampai untuk join sekali. “Aleh ! suara macam kodok pun ada hati nak nyanyi lagu rock konooon, pirraaaah.” Jawab salah seorang remaja yang ikut menyanyi dari tadi dengan ketawa bedekah-dekah diikuti ketawa temannya yang lain. Gelagat mereka berterusan sehinggalah ke waktu Maghrib.


Sewaktu Di Universiti ( 21, 22 tahun )

Disalah satu sudut di cafeteria di IPTA (universiti ) terkenal di Malaysia kelihatan beberapa orang siswa sedang minum minuman dalam tin sambil mengadap komputer laptop sambil mulut mengunyah burger. “Hei ! semua korang ada dapat email tak tetang sorang siswi lahir anak luar nikah kat Asrama Jati.” Tanya salah seorang dari beberapa orang siswa yang melepak kat situ. “Hei ! kau ni ketinggalan le, cerita tu dah basi dah, kita orang dah lama dapat. Ni email paling panas, nak ke ? nanti aku send kat kau.” Jawab salah seorang dari mereka yang dari tadi asyek menekan butang kat keyboard laptopnya. “Hantarkan kat aku sekali aku pun nak juga. Okey,” mencelah salah sorang lagi siswa sambil ketawa kecil. “ Woi ! kau nak ke? aku lagi banyak dapat email yang panas-panas ni.” Tanya lagi seorang siswa yang rambutnya cacak terkumpul kat tengah kepala dengan stail sikat ala ‘Ultraman’.”Naaakk” bunyi suara ramai yang menyahut meminta.Mereka bersurai setengah jam kemudian.

Sewaktu Alam Pekerjaan ( 31,32 tahun)

Seorang lelaki bergegas keluar dari salah satu bank di Ibu Kota sambil tangan kanannya memegang telephone bimbit model terkini dan tangan kiri memegang kunci kereta yang remortnya terjuntai keluar. “Hooi ! lajunya kau,” sergah seorang lelaki yang lengkap bertali leher.”Eh! mu Mat, pa kabar mu? Le ni mu kak maner? Emm! Mu dah kawin ke belum? Tanya lelaki yang bergegas keluar dari bank tadi sambil menarik tangan temannya ke tepi sedikit kerana ramai yang lalu lalang kat situ. “ Aku tinggal kat Ceras. La ni aku kerja dengan satu company dari U.S, Slumberger , base kat Bukit Bintang. Aku dah ada anak dua. Dua-dua lelaki. Kan aku ada jemput kau waktu kahwin dulu?.” Jawab lelaki yang bertali leher. “Tak perasan le aku tapi aku tak macam mu walau pun bussines aku makin maju,” terang lelaki yang keluar dari bank tadi dengan suara yang agak sedih. “ Apa masaalahnya pulak? Tanya lelaki yang bertali leher. “Aku dah bercerai dengan isteri aku, dah talak tiga. Dia main kayu tiga dengan menager di tempat kerjanya. Sedih betol aku.” Terang lelaki itu dengan suara yang makin sedih.”Habis tu anak-anak kau macam mana? tanya lelaki yang bertali leher. “Semuanya dia ambil, le ni tengah fight kat mahkamah,”terang lelaki yang keluar dari bank. “La ni perempuan memang macam tu. Tah le aku pun tak tahu nak cakap, apa pun kau kena sabar” terang kawannya mententeramkan keadaan. Mereka beredar setelah bertukar-tukar bussines card.

Sewaktu Hampir Pencen ( 48,49 tahun )

Di salah Majlis Perkahwinan di satu kampong di pinggir bandar kelihatan dua orang tetamu bercakap-cakap sambil menjamu selera nasi kenduri. “ Enkau dah berapo okhang menantu? Sei dah nak masuk tigo. Sorang kek Somban sorang la ei kek Kolompo. Yang sulong lak kek Pineng . Lotih sei dengan cucu-cucu, keletah tak dapek sei nak kobar.” Cerita seorang pakcik yang rambut putih dah lebih separuh kepalanya. “Berungtah lah engkau dah ada menantu dan ada cucu. Anak aku pula lelaki yang sulong tu tak nak kahwin lagi. Umur dah 28 katanya nak sambung belajar. Yang perempuan tu pulak banyak sangat memilihnya. Tu hari datang orang Melaka meminang, banyak pula songehnya katanya belum bersedia le, tah apa lagi.Sebelum tu datang juga orang meminang dari Penang, taknak juga katanya hitam le, mamak le, entah macam-macam lagi. Agaknya belun jodoh kot.”terang temannya yang memakai ketayap putih dan sedkit janggut putih di dagunya. Perbualan mereka terhenti dengan bunyi kompang tanda kedatangan pengantin lelaki.


Sewaktu Lepas Pencen (59,60 tahun)

Di tempat menunggu di salah satu hospital swasta kelihatan seorang tua berketayap putih dan bertongkat yang wajahnya agak sedikit pucat dengan kaki yang sedikit bengkak. Beliau ditemani oleh isterinya yang tidak lengkap bertudung sekadar diletaknya di atas kepalanya sambil merungut-rungut kerana lama menunggu. Tiba-tiba keluar dari salah satu bilek seorang lelaki tua sambil duduk di atas kerusi roda ditolak keluar oleh seorang nurse kat situ. Ianya betul-betul lalu di hadapan tempat menunggu, tiba-tiba ianya di tegur.”Assalamualaikum ! tuan haji.” Sambil tersenyum salam yang diberi oleh orang tua yang bertongkat serta bangun dengan sedikit kepayahan bersalam dengan orang tua yang berkerusi roda tadi. “Alalikum salam, apa khabar kamu Deris. Kau tengok le aku ni dah tak boleh berjalan, macam-macam penyakit ada. Lama tak nampak enkau, rasanya dah hampir lima tahun.” tanya orang tua yang berkerusi roda.” Ye la tuan haji dah hampir lima tahun, bukannya apa bebudak tu minta tinggal di rumah mereka kat kolompor sejak dah kena penyakit buah pinggang ni. Senang kata mereka untuk menggurus. Ni pun pulang sekejap je ada urusan tanah.” Terang orang tua yang bertongkat. “Eh ! Mana kawan-kawan kita yang lain, HJ.Din, HJ.Ja’far, Zali, Salleh dan HJ.Rosli,” tanya orang tua yang berkerusi roda. “Tuan Haji tak tahu ke? Hj.Din dah meninggal empat tahun yang lalu, Hj.Ja’far balek kampong kat Linggi dan meninggal di sana. Zali katanya kat Senawang sakit tenat kena strok dah hampir setahun. Salleh dengar cerita balek Kelatan, tak tahu pula ceritanya. Haji Rosli pulak sekarang ni masih kat I.C.U kena lemah jantungi. Saya dapat tahu dari anak saya yang kebetulan sama-sama kerja dengan menantu beliau.” Jelas orang tua yang bertongkat. Perbualan mereka terhenti apabila seorang lelaki tiga pulohan datang menjemput orang tua yang berkerusi roda tadi.

Selepas 7 Tahun Kemudian

Di pagi Hari Raya 2015, di satu kawasan Tanah Perkuburan kelihatan satu keluarga berkumpul anak-anak dan cucu-cucu dengan masing-masing mulut berkumat kamit membaca al-fatihah kepada ahli kubur berkenaan.

(Kesemua mereka telah meninggal dunia)


Targhib

Saudara saudari semua, ini mungkin bentuk perbualan kita. Mahu tidak mahu titek terakhir perbualan kita adalah KEMATIAN yang pastinya akan menunggu kita dan tidak ada sesiapa pun yang akan terlepas darinya. Tiada ada perbualan yang sebaik perbualan melainkan perbualan yang mengajak ke arah keagamaan yang menyeru kepada kebaikan dan yang menjurus kearah perdamaian. Oleh itu perbanyakkan lah perbualan atas dasar agama.

Firman Allah swt :

“Dan siapakah yang lebih baik perkataannya (perbualannya) daripada orang yang meyeru (manusia) kepada Allah dan mengerjakan amalan yang saleh dan berkata ‘sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri (Muslim).” ( Fushilat :33 )

Firmannya lagi :

“Tidak ada kebaikan kepada kebanyakan bisikan (perbualan) kecuali yang menyuruh memberi sedekah atau berbuat kebaikan atau mengadakan satu perdamaian sesama manusia.Dan barang siapa yang berbuat demikian kerana mengharapkan keredaan Allah maka kami akan memberi pahalayang besar.”(An –Nisa’ :114)

misteri 8 fakta chess







1. sk. kampong aur ada kelab chess sendiri ACC
2. 97.78% murid dan warga SKKA boleh/tahu main Chess
3. Setiap tahun ada pertandingan Chess
4. Hari ini pertandingan chess guna jam
5. Peserta terdiri dari murid pra hingga tahun 6
7. 8 orang murid dari kelas pemulihan juga menyertai
8. 20 meja pertandingan dibuka , dan bermain serentak..

tahniah bravoo..

Selasa, 19 Mei 2009

miateri samseng jalanan.........

Istilah 'mat rempit' kini ditukar 'samseng jalanan'

KUALA LUMPUR: Berkuat kuasa serta-merta istilah mat rempit ditukar kepada samseng jalanan, kata Ketua Trafik Polis Bukit Aman, Datuk Abd Aziz Yusof.

KEMULIAAN WANITA

Kemuliaan wanita shalihah digambarkan Rasulullah Saw. dalam sabdanya,"Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita shalihah". (HR. Muslim).

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.Didiklah mereka dengan panduan darinya. Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar. Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita.Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.

Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan(menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.

Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam sebuah hadis:

إِذَا صَلَّتِ الْمَرْأَةُ خَمْسَهَا وَأَطَاعَتْ زَوْجَهَا وَأَحْصَنَتْ فَرْجَهَا دَخَلَتْ جَنَّةَ رَبِّهَا مِنْ أَبْوَابِهَا شَاءَتْ
“Apabila seorang wanita mengerjakan shalat lima waktunya, ia mentaati suaminya dan menjaga kemaluannya, niscaya ia akan masuk ke dalam surga Rabbnya dari pintu mana saja yang ia inginkan.”HR. Ibnu Hibban dalam Shahih-nya




Ketahuilah olehmu wahai sang isteri;

Sekiranya anda menyediakan minuman untuk diminum oleh suamimu, maka pahalanya seperti berpuasa sunat selama setahun.

Sekiranya anda menyedia dan menyiapkan makanan untuk dimakan oleh suamimu, pahalanya haji dan umrah.

Perkhidmatan yang baik yang engkau berikan kepada suamimu, pahalanya tidak putus ganjaran dari Allah.

Sekiranya anda hamil, pahalanya syahid.

Sekiranya anda mandi junub kerana bersetubuh dengan suamimu, pahalanya seperti anda bersedekah 1 000 ekor kambing kepada fakir miskin.

Sekiranya anda memelihara anak dengan baik, ianya menjadi benteng daripada api neraka.

Sekiranya anda memandang suamimu dengan pandangan harmonis, pahalanya seperti anda berzikir kepada Allah.

Seandai anda mati dalam keadaan suamimu redha kepadamu, maka syurgalah tempatmu.

*Betapa mulianya diri kamu wahai sang isteri


PESANAN SEORANG SAHABAT
Didik isteri dengan Sunnah Nabi SAW. Makan dan minum menggunakan tangan kanan. Ingat seringkali orang minum tangan kiri. Masuk tandas dahulukan kaki kiri. Keluar tandas dahulukan kaki kanan. Bila memasak pastikan kacau berlawanan arah jam. Solat awal waktu. Jangan lalai dengan televisyen dan radio. Hafal dan amal doa2 masnun. Jangan lupa untuk amal sunnah ber’asmara’. Jangan gelojoh. SABAR!!! Jangan biasakan isteri dengan kemewahan. Biar hidup sederhana supaya senang merasai kehidupan para sahabat & sahabiah r.anhum. Isteri kena sentiasa sayangkan suami. Begitu juga suami. Kadang isteri nak macam2. Jangan terkesan dan kasihan sangat. Targhib mereka dengan cerita2 mengenai kehidupan para sahabat Nabi. Ceritakan mengenai kesenangan Akhirat yang kekal. Beli benda yang perlu je. Kalau ada keperluan yang lebih, sedekahkan pada orang lain. Hiasi rumah dengan amalan agama. Ada zikir, ada bacaan Al-Quran, ada muzakarah Iman, ada Muzakarah Sunnah. Yang paling penting, sediakan ahli rumah tak kiralah isteri atau anak2 untuk jadikan dakwah sebagai maksud hidup. Isteri dan anak2 juga bersungguh2 mengajak manusia lain kepada Allah swt dan kehidupan beragama. Sedia INSYAALLAH!!




p/s:Semoga Allah pilih aku dan isteri serta anak-anak kami(insya'Allah) dalam usaha dakwah.Aminn..

Isnin, 18 Mei 2009

mISTERI bantal...

Terdapat beberapa ketegori bantal dan perwatakan:-

1) Memeluk Bantal
Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap
lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik.
Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui
mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.
2) Menggunakan Banyak Bantal
Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka
jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.
3) Tidur Dengan Satu Bantal
Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan
berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.
4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini
menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.
5) Tidur tanpa Bantal
Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat
ego.
6) Tidak punya bantal
Kasihan betul nko mamat… pergila kedai belilah satu!!

Ahad, 17 Mei 2009

Pemain Bola Sepak Islam






Di antara banyak-banyak sukan permainan yang paling tinggi rating dan banyak peminat di seluroh dunia adalah permainan bola sepak. Hampir di seluroh dunia kita akan dapati sukan ini akan dipertandingkann oleh seluroh masyarakat. Dari pedalaman Afrika hingga ke pendalaman Amarika Latin. Malah sesetengah negara permainanan bola sepak ini dianggap sukan yang paling berpristij yang akan mengangkat martabat sesebuah negara. Malah disesetengah negara ianya dianggap seolah-olah ‘agama’ kedua.

Teringat kita bagaimana Perancis beberapa tahun yang lalu agak ketara menindas penduduk Islamnya, berlebih lagi kepada pendatang Islam khas dari negara-negara Islam Afrika Utara. Pengharaman tudung pada pelajar Muslim di Perancis beberapa tahun yangb lalu begitu ketara, hinggakan ianya menjadi isu antarabangsa. Namun penekanan ini berkurangan sehingga akhirnya hilang begitu sahaja.

Punca paling besar kehilangan penekanan ini adalah apabila ketika itu musim Piala Dunia 2002. Perancis telah berjaya ke perlawanan akhir mengahadapi pasukkan German dan apabila Zinedine Yazid Zidane memasukan dua gol kemenangan dan Perancis menjuarai Piala Dunia 2002. Hasilnya imej penduduk Islam khususnya pendatang Afrika Utara naik serta akhirnya Kerajaan Perancis sedar bahawa hasil kelibat dan pretasi yang baik dari pemainnya yang berasal dari Afrika Utara yang menyebabkan kemenangan Perancis serta menaikan nama Perancis. Akhirnya penekanan kepada penduduk Islam berkurangan. Begitu asbab yang dijadikan oleh Allah swt bila mahu merubah sesuatau keadaan.

Hari ini kita dapati ramai pemain Islam di dalam berbagai kelab-kelab di seluroh Eropah. Mereka-mereka samaada berasal dari keluarga Islam atau pun telah memeluk agama Islam apabila mendapati Islam adalah agama yang terbaik. Sebagai contoh: Frank Ribery pemain Kelab Bayern Muenchen, beliau memeluk Islam setelah beliau menjadi pemain Kelab Galatasary, Turki pada tahun 2005 yang lalu. Ada yang mengatakan bahawa punca sebenar beliau memileh Islam sabagai agama barunya kerana menemukan kedamaian yang terdapat di dalam Islam.

Ada pula menyatakan punca sebenar keislamannya adalah isteri beliau, Wahiba Belhami, yang berasal dari Maroko. Frank Ribery yang pernah tinggal di Moroko dan berkenalan dengan Wahiba isteri beliau. Isteri beliau inilah yang banyak memberi galakan dan menuntun beliau ke dalam Islam. Hasil perkahwinan dengan Wahiba Belhami, mereka dikurniakan dua orang cahayamata, Hizsya dan Syahinez.

Selain Frank Ribery terdapat juga lain-lain pemain dan jurulatih yang telah memeluk Islam. Antaranya ialah :-
- Zinedine Yazid Zidane
- Kolo & Yaya Toure (Arsenal & Barcelona)
- Robin Van Persie (Arsenal)
- Nicholas anelka (Bolton)
- Mohammed 'Momo' Sissoko (Liverpool)
- Ahmed 'Mido' Hossam (Boro)
- Hossam Ghaly (Totteham Hotspurs)
- Franck Riberry (Bayern Muenchen)
- Hamit & Halil Antiltop (Bayern Muenchen & Shalke 04)
- Frederik Kanoute (Sevilla)
- Mahamaddou Diarra (Real Madrid)
- Eric Abidal (Barcelona)
- Nuri Sahin (Feyenoord Rotterdam)
- Sulley Ali Muntari (Pompey)
- Zlatan Ibrahimovic (Inter)
- Hassan "Brazzo" Salihamidzic (Juventus)
- Khalid Boulahrouz (Sevilla)
- Salomon Kalou (Chelsea)
- El-Hadji Diouf (Bolton)
- Diomanssy Kamara (Fulham)
- Mohammed Kallon (Al-Ittihad ext. Inter & Monaco)
- Thiery Henry (Barcelona/Prancis)
- Lilian Thuram (Perancis)
- Lassana Diarra (Real Madrid)
- Karim Benzema (Lyon/Perancis)
- Samir Nasri (Arsenal)
- Hatem Ben Arfa (Lyon)


Jurulatih Pasukan Bola Sepak Yang Telah Memeluk Islam
- Bruno Metsu (bekas Jurulatih Senegal)
- Phillipe 'Omar' Trousier (bekas Jurulatih Jepun)
(Sumber SuaraMuslim)

Jumaat, 15 Mei 2009

Pelita Sebuah

Dengan sinar cahaya
di malam gelita
kelip-kelip warnanya
menerangi kamar alam
sekian lama malam
merantai kegelapan
akhlrnya kukenal siang
berwajah suram
alangkah indahnya cluma
kuhhat di dalam terang.

Pelita sebuah
membawa cahaya ilmu
hutan menjadi terang
gua malam
bercahaya api
lautan menjadi tenang
gelombang clan karang
dapat direnang
kujelajahl malam
tanpa bimbang.

Ami Masra
UPM Serdang
1988

Jasamu Dikenang


Segala bakti yang engkau curahkan
mengajar mendidik anak bangsa
segala jasa yang engkau taburkan
menjadi kenangan tak akan kami lupakan.

Engkau laksana pelita di malam gelita
memancarkan sinar sepenuh rela
jiwamu tabah hatimu cekal
kasihmu sud semangatmu berkobar
yang tak pernah mengenal erti putus asa
yang tak pernah meminta puji dan puja.

Jasamu tak akan luput dalam ingatan kami
sepanjang hayat mekar di sudut had
tiap sepatah katamu mengisi erti
tiap madahmu mengandungi hikmat
pembentuk peribadi penegak kebenaran
pengatur hidup petunjuk kebahagiaan.

Hanya kata-kata ini yang dapat kami lafazkan
terkumpul dari seribu hati menjadi satu
menadah tangan dengan doa restu
kepada Tuhan yang menjanjikan pembalasan
kepadamu guru-guru yang berjiwa mulia
pembimbing petunjuk ke arah maju jaya.

Jujur dan ikhlas engkau berbakti
di kota dan desa atau di huj'ung negeri
cekal dan tabah menempuh dugaan
hidupmu bagalkan pelita di tengah malam
membakar diri menerangi yang kelam
jasamu akan karra kenang sepanjang zaman.

Ahmad Sarju
Klang
1988

Guruku



Seperti lilin
sewaktu waktu akan cair
gugur lalu membeku
sepi pun datang menutup pandang
tinggallah waktu
mengakhiri seJarah panjangnya.

Seperti engkau
sewaktu waktu penyuluh hidupku
betapa dalam kegelapan maya
engkau perkenalkan daku dengannya
suria dan bintang cakerawala
sehingga seluruh jagatraya ini
tiba-tiba menjadi milikku.

Kehadiranmu adalah suatu fitrah
lepas itu, engkau kutinggalkan
kukira engkau kesepian kini
mengakhiri sisa-sisa hidupmu
tanpa belaian kasih
ratusan anak-anakmu
yang telah engkau berikan obor.

Dan pagi ini kudakap wajahmu dalam kenangan
seorang anak yang pernah engkau lukai
kini pencintamu paling setia
sehingga ke akhir hayat.

Zam Ismail
Seremban
1985

Dia Seorang Guru



Dia seorang guru tua sebuah sekolab
terdidik dalam negeri tanpa berjela ijazah
penunggu setia sekolah desa bukan cuma ganiaran upah
tidak juga mengharap kemilau gelar dan anugerah
sekadar kerelaannya menggenggam suatu amanah

yang mengangkat harga diri dan maruah
dengan berbekalkan keyakinan dan hikmah
dengan kelkhlasan had dan pasrah
dengan tidak mengenal jemu dan penat-lelah
yang diperkirakan kepuasan diri membangun ummah
berlandas paksi yang jelas dalam tuju-arah.
Dia seorang guru pengganti ayah ibu
dia seorang guru pembentuk generasi baru
dia seorang guru pembina insan sepadu
dia seorang guru pewaris tamadun ilmu
yang terus hidup sepanjang waktu
diimbau berbunyi dilihat bertemu.

Ismail Haji Adnan
1989

Bunga Sirih untuk Guru


Guru adalah Ibu pengasuh budiman
guru adalah ratu lebah
lalu memujuk membelai kelopak
cinta kasih sayang
lilinnya berbunga sinar cahaya
madunya berbunga penawar jiwa.

Guru adalah penyu pengasih
lalu menabur bunga telur
baktinya segar mewangi
sepanjang pantal zaman.

Guru adalah lampu penyuluh
pedoman kehidupan
guru adalah pendakwah
lalu mengikut jejak Nabi Muhammad
memimpin insan
ke jalan lurus ke padang luas.

Bunga sirih bunga pirtang
terima kasih terima savang
budi bicara guru berjasa
kami sanjung tinggi.
J.M. Aziz
Rumah Puisi
Seberang Takir
Kuala Terengganu

Abadi Dalam Harum Nama


Guru pendidik mulia
sudah berabad lalu
bermandi keringat
meniti gigi hari
mendaki puncak tinggi
di merata lurah dan denai
menabur bakti
tanpa mau dipeduli.

Guru pendidik mulia
bukan untuk dipuja
atau di dewa-dewa
siang dan malarnnya
adalah perjuangan jua
rela meluah bahagia
menelan duka nestapa
dengan senyum dan takwa
biarpun sayup di hutan belantara.

Guru pendidik mulia
laksana kuntum kembang mekar
memuncak nama pembela sejahtera
abadi dalam harum nama.

Ismala
1988

LOGO HARI GURU


logo

Putih : Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
Perak : Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh. 
Kuning: Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan.

Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.

Merah : Menunjukkan keteguhan semangat.
Biru : Menunjukkan perpaduan muhibah.


TEMA

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

ikrar

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.

Guruku (usman awang 1989)

Guruku memikul demikian banyak harapan

setiap ibu bapa dan juga kerajaan
bersama sederetan beban tambahan
untuk tiap minit dan jam persekolahan.

Guruku adalah segala-galanya
mengajar angka huruf dan kata
dan kini ilmu lebih dewasa
komputer ganti pemikir otak manusia.

Guruku mengajar pelbagai kurikulum
pendidikan budi bahasa
supaya otak manusia
jangan jadi pandir atau gila
Juga kokurikulum untuk anak didiknya
cergas dan sihat anggota
supaya degup jantung bahagia
saluran darah lancar terjaga.

Ke mana saia pindah-randahmu, guruku
ke hilir ke hulu engkau sebarkan buku dan ilmu
sebagal ejen budaya
pemimpin tanpa pilihanraya.

Tiap pagi seluruh cakerawala
jutaan suara menjulang ke angkasa
mengucapkan kata syahdu:
selamat pagi, cikgu.
  

Orang itu

Hari ini dia telah berjaya

Siapa yang menduga dia akan
berjaya sebegitu rupa
dia sendiri pun seakan tak percaya
semua memuji kebolehannya
memuji kepintarannya

tapi dia tahu,
ada seorang yang berjasa di sebalik itu
seorang yang bukan ingin disanjung
atau diberi penghormatan
tanpa orang itu
Mungkinkah dia berada disitu..

orang itu pernah dia caci
dia permainkan
dia benci dan meluat
Tapi orang itu tetap tak mengalah
dalam menegakkan kebenaran
dalam mengajarnya menilai kedidupan

orang itu terus tekun mendidiknya
dan membimbingnya
Menjadi insan berguna
jika tiada orang itu
dia akan terus hanyut
dalam keseronokkan zaman remaja
tanpa mengira yang mana salah yang mana benar
yang penting seronok

Dan dia berterima kasih kepada orang itu
Yang bernama GURU…
  

Airmata seorang guru


Airmata putih jernih
mengalir lesu
melelehi pipi nan gebu
jatuh membasahi tanah kusam
menjalar keheningan kakian senja.

Kasihanilah
airmata ini pernah bersuara
untuk menafsirkan bahagia dan derita
alirannya berlopak-lopak di sudut mata sembab
mengharapkan:
sejengkal kebahagiaan
sehasta kesetiaan
tetapi diakhirl sepemeluk penyeksaan.

Airmata ajar-ajar
airmata cinta dan sayang
jernih dalam sekolam kekeruhan
tetapi mengocak kesengsaraan.

Bangunlah putera puteri bunga bangsa
keringilah airmatamu dengan ilmu pengetahuan
dengan halus keinsafan
bertakwa dan berdikarilah setiap detik
semoga hidup mempunyal erti dan nilai
membalas cabaran, pengorbanan keringat bakti
dari orang-orang yang bersusah payah untukmu.

Di sebalik airmata ini
tercipta rasa cinta suci
hanya satu perhitungan yang diminta
dalam perjuangan ini:
taburilah rasa hormat,
kasih dan pekerti yang mulia
hakikat h1dup pasti ditegakkan
memohon rahmat dan restu kejayaan
kegembiraan dan ketakwaan.

Namun perjuangan tidak akan berakhir
ia kekal silih berganti
sampai bila-bila
airmata juga tidak akan kekeringan
ia tetap mengalir
sampai bila-bila
tidak akan mengalir airmata tanpa perjuangan
perjuangan tetap diteruskan
airmata jua tetap mengalir
terserahlah.

Air mata ini pernah menitis
Mengenangkan nasib anak bangsa
Yang semakin hanyut dibuai ombak
Yang semakin hilang identiti kemelayuan…
Yang semakin hilang hormat kepada guru

Air mata ini juga mudah menitis
Takkala mendengar kejayaan anak didik
Menitis kegembiraan
Tanda kepuasan
Tanda Kejayaan
Tanda bersyukur


Oh, Tuhan Yang Maha Besar

H1N1 DAH SAMPAI.............

Kes pertama flu A(H1N1) di Malaysia
May 15, 09 1:40pm
kemaskini 5.19pm Seorang pelajar 21 tahun mangsa pertama disahkan positif dijangkiti wabak influenza A(H1N1) atau selesema babi - kes pertama di Malaysia, demikian diumumkan oleh Kementerian Kesihatan hari ini.

"Kementerian ingin memaklumkan mengenai satu kes yang dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan telah disahkan positif influenza A(H1N1) melalui ujian makmal yang dilakukan hari ini," kata Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.

"Ia merupakan kes yang pertama influenza A(H1N1) dikesan di Malaysia."

Pelajar itu, yang baru pulang dari Amerika Syarikat pada Rabu lalu, mula mengalami demam, sakit tekak dan sakit badan semalam
dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada hari yang sama.

"Beliau telah diberi rawatan antivirus dan berada dalam keadaan stabil," kata Dr Mohd Ismail dalam satu kenyataan di laman web rasmi kementerian berkenaan.

Kementerian telah mengambil tindakan pencegahan dan kawalan termasuk penyiasatan perhubungan mangsa dengan orang lain, termasuk ahli keluarganya dan penumpang serta anak kapal penerbangan MH 091 dari Newark, USA yang tiba di lapangan terbang KLIA pada 7.15 pagi kelmarin.

Menurut kenyataan itu lagi, kementerian meminta semua klinik dan hospital swasta agar sentiasa merujuk segera kes-kes mereka yang baru kembali dari negara yang dilanda wabak tersebut dan mengalami gejala-gejala seperti demam dan salah satu daripada gejala berikut - batuk, susah bernafas, sakit badan, sakit kepala atau sakit tekak - ke hospital-hospital rujukan yang telah ditetapkan.

Sehingga jam 12 tengah malam tadi, selain kes di atas, Pusat Tindakan dan Persiapan Krisis (CPRC) kementerian menerima 11 lagi notifikasi kes - enam kes dimasukkan ke wad pengasingan Hospital Sungai Buloh, dua di hospital Seremban dan masing-masing satu kes di hospital Ipoh, Hospital Pulau Pinang dan hospital Kota Bharu bagi
tujuan siasatan dan pemerhatian.

Sehingga 8 pagi tadi, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan satu lagi negara baru terjejas dengan influenza A (H1N1) iaitu Belgium yang melibatkan satu kes menjadikan
jumlah keseluruhan negara terlibat menjadi 34 buah.

Kes terkumpul di serata dunia sebanyak 7,457 kes disahkan oleh ujian makmal dengan peningkatan sebanyak 1,378 kes berbanding dengan laporan pada hari sebelumnya, kata kementerian lagi.

Peningkatan ini dilaporkan di enam buah negara iaitu di Amerika Syarikat (946 kes), Mexico (387), Kanada (31), Panama (10), Colombia (3) dan Belgium (1).

Dua lagi kematian dilaporkan di Mexico, menjadikan keseluruhan kematian kepada 65 orang.

WHO masih lagi mengekalkan tahap amaran influenza pandemik di
Fasa 5 sejak 29 April dan tidak menyarankan sebarang tindakan sekatan perjalanan, perdagangan serta penutupan sempadan bagi
perlindungan kesihatan antarabangsa.

Kementerian Kesihatan memanggil satu sidang media khas berhubung perkara ini di Putrajaya jam 3 petang tadi.

Dalam kenyataan yang sama, Dr Mohd Ismail berkata tiada risiko mendapat jangkitan influenza A(H1N1) jika daging atau produk babi disediakan dan dimasak secara betul.

"Kementerian Kesihatan ingin menegaskan bahawa orang ramai tidak perlu bimbang dengan situasi influenza A(H1N1) di negara ini.

"Kementerian dengan kerjasama semua agensi terlibat sentiasa meningkatkan pemantauan situasi influenza A(H1N1) dalam memastikan tindakan proaktif diambil bagi melindungi kesihatan awam penduduk Malaysia," katanya.

GURU

Guru
engkau adalah pelukis rohani
mencalit warna-warna takwa dalam diri
dengan susunan yang terpilih
kesepaduan corak yang harmoni
menyajikan lukisan peribadi anak-anak
warisan zaman berzaman.

Guru
engkau adalah penyair emosi
menjalin perasaan demi perasaan
melewati sepi dan resah gelisa
dengan puisi-puisi indah
yang menyejukkan jiwa raga anak-anak
dari himpunan dendam dati amarah
rasa benci yang tidak terarah.

Guru
engkau adalah pendendang intelek
pemikir yang tidak jemu-jemu
mendendangkan warisan budaya ilmu
melodi hati yang hampir mati
mencampakkan selimut kejahilan
membongkar rahsia tentang alam
membuka jendela dunia kepada anak-anak
inspirasi generasi demi generasi.

Guru
engkau adalah pelakon yang peka
menggerakkan jasmani dalam ruang diri
mengimbangi intelek, rohani dan emosi
dengan kegigihan cita dan keikhlasan cinta
anak-anak bisa mencipta sebuah sketsa.

Guru
musim demi musim engkau membentuk Penghidupan
anak-anak yang terus-menerus mengharap
engkau adalah segalanya.


Khamis, 14 Mei 2009

Nyanyian




sendiri fikirlah
aku no komen
kah...kah.kah..kah.kah

16 Mei

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahunn 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu

Lagu Guru Malaysia


Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan 
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan 
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad



SN Dato' Usman Awang


Guru Oh Guru ..................
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Seloka Sk kampong Aur,


Assalamulaikum pembuka bicara,
Madah disusun mengungkap rasa,
Suasana riang pagi yang ceria,
Kerna menyambut Hari Guru tercinta.

Sk. Kampong Aur jauh di pedalaman,
Di tepi bukit, dihujung jalan,
17 guru memberi perkhidmatan,
Mendidik, mengajar memberi pengalaman.

Cikgu Yusuf guru besarnya,
Orangnya sasa, tinggi pula,
Kalau berbicara tiada hentinya,
Memimpin guru, murid dan para pekerja.

Bertubuh tinggi, berjanggut panjang,
Cikgu Rahman berjenaka bila bersama,
Bila mengajar sedikit garang,
Itulah dia gpk pertama.

Pandai mengaji juga menyanyi,
Pandai bercerita kisah nabi-nabi,
Itulah dia ustaz Nazri,
Gpk hem yang penuh dedikasi.

Cikgu Zamri gpk koko berkaliber
Bersuara lembut, suka menolong,
Macam-macam aktiviti dibuatnya,
Mengurus sukan, uniform dan gotong royong.

Ustaz Daud suka menyendiri,
Bertapa menyepi mencari ketenangan diri,
Walau begitu dia tak pernah sunyi,
Kerna murid-muridnya sungguh menyayangi.

Orangnya kurus dan tinggi lampai,
Setiausaha peperiksaan menjadi tugasan,
Cekap berkhidmat tak pernah lalai,
Cikgu Mohd mudah memberikan senyuman.

Edi Herman nama diberi,
Badannya sihat, muka berseri,
Mengajar senaman di pagi hari,
Kalau bercerita penuh misteri.

Teacher Pizah nama panggilan,
Menjadi bunga kembang setaman,
Orangya manis tak kedekut senyuman,
Suaranya lembut penuh keibuan.

Sir muhairi gagah orangnya,
Segak dan tampan belum berpunya,
Terbatuk-batuk itulah trademarknya,
sekali menjerit kecut perut anak muridnya,


Cikgu Sani guru dedikasi,
Setiap masa selalu busy,
Mengajar matematik tegas skali,
Murid kecut perut, kecut hati.

Kelas pra cantik sekali,
Cikg Nazian pandai hiasi
Semua muridnya kecil sekali,
Setiap hari menghafal a,b,c.

Suka menanam pokok keladi,
Orangya relax, tidak menonjol,
Diamnya dia diam ubi,
Cikgu Safri hasilnya berbakul-bakul

Suka menolong tak kira masa masa,
Mahir pula dalam teknologi,
Biarpun Cikgu Husni kecil orangnya,
Tapi kecil-kecil cili padi.

Cikgu Saidi indah warnanya,
Kalau mengajar memang bersungguh,
Bila murid ramai bertanya,
Tak sempat nak jawab berpeluh-peluh

Ke kampung Aur datang bekerja,
Dari keratong asal kampungnya,
Bertubuh kecil molek sahaja.
Cikgu Suzi nama timangannya,

Mulut becok bak burung murai,
Itulah Rohana cikgu pemulihan,
Tekun mengajar tak pernah cuai,
Walau murid beri seribu alasan.

Wahid, isnain, salasatun,
Bahasa arab menjadi didikan,
Hal hiya jamilatun,
Ustazah Fatimah yang rupawan

Petang-petang pergi berburu
TJ ucapkan Selamat hari Guru

Selasa, 12 Mei 2009

KK


kassim selamat @ osman jailani..
terhibur.....

P. Ramlee

Jeritan Batin Ku 

Dengar
Oh! Jeritan batinku
Memekik-mekik
Memanggil-manggil
Namamu selalu
Sehari kurasa sebulan
Hatiku tiada tertahan
Ku pandang kiri
Ku pandang kanan
Di kau tiada...

1
Risau
Batinku menangis risau
Makin kau jauh
Makin hatiku bertambah kacau
Mengapa kita berpisah
Tak sanggup menahan asmara
Oh! Dengarlah
Jeritan batinku

Sabtu, 9 Mei 2009

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu. berkata: seseorang datang kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam. dan bertanya : “wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak mendapatkan perlakuan baik dariku? Beliau menjawab : Ibumu. “tanyanya lagi : “kemudian siapa? Beliau menjawab : ‘Ibumu. ‘tanyanya lagi : ‘kemudian siapa? “Beliau menjawab : ‘Ibumu” kemudian tanyanya lagi : “kemudian siapa? Beliau mejawab : Bapakmu.” (muttafaq alaih). Wahai ibuku, bagaimanakah saya harus mengungkapkan perasaan yang terpendam dalam hati ini? Tak ada ungkapan yang lebih benar, yang saya dapatkan, kecuali firman Allah swt: “Katakanlah: ‘wahai Robbku, kasihilah mereka berdua, sebagimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil.” (Al-Isra’:24). “Wahai ibuku, jadilah – semoga Alah memberi petunjuk – seorang yang mu’minah, yang beriman kepada Allah dan para RasulNya. Jadilah seorang yang rela menjadikan Allah sebagai Robbya, Islam sebagai agamanya, dan Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Salam sebagai Nabi dan Rasulnya. Dari Al-Abbas bin Abdul Muttalib r.a. bahwa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam. pernah bersabda: “Telah merasakan nikmatnya iman, orang yang rela menjadikan Allah sebagai Robbnya, Islam sebagi agamanya, dan Muhammad sebagai Rasulnya.” (riwayat Muslim). Wahai ibuku, hendaklah ibu mempersiapkan diri dengan bekal taqwa kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala Allah swt. berfirman: “Dan berbekallah, sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah taqwa.” (al-Baqarah:197). Perhatikanlah Allah setiap saat, baik ibu dalam keadaan sembunyi maupun terang-terangan. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Sesungguhnya bagi Allah tidak ada satupun yang tersembunyi di bumi dan tidak (pula) di langit.” (Ali Imran:5). Wahai ibuku, sinarilah seluruh kehidupan ibu dengan sinar Al-Qur’an dan sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam karena di dalam keduanya terdapat kebahagiaan di dunia dan akhirat.
TJ : amin...

emak

“Dan Robbmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebikbaiknya, jika salah seorang diantara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan ‘ah’, janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah: “wahai Robbku, kasihilah mereka berdua, sebagaimana mereka mendidik aku waktu kecil.” 
(AlIsra’: 23-24). “Dan Kami perintakan kepada manusua (agar berbuat baik) kepada kedua ibu bapaknya; ibunya

aku masih ingat

Aku masih ingat
dan akan terus ingat
sehingga akhir hayat
dulu engkau banyak menderita

aku masih ingat
dulu engkau banyak menangis
aku masih ingat
dulu engkau banyak berkorban
apa saja

aku masih ingat
dulu engkau berbalut ketabahan
membesarkan aku mengenal kemanusiaan
aku masih ingat
dulu engkau berlantaikan semangat
mengasuh aku menjadi insan beriman

aku masih ingat
dulu engkau berdinding kegigihan
mendidik aku menjadi anak soleh

aku masih ingat
dulu engkau merumahkan setia
memelihara aku dengan kasih sayang
menjadi manusia berguna

aku masih ingat….
aku masih ingat….
tak kan mudah aku lupa
karena jasamu tak terbalas semuanya
karena tak terenang sepenuhnya
di laut budimu

ibu……..!!!!
aku masih ingat
mengucapkan terima kasih
dan akan terus ingat melafazkannya
sehingga akhir hayat
aku masih ingat
segala yang murni itu…

~Sepriadi~

sajak ibu

Siapalah daku tanpa dirimu
Walaupun kau sering memarahiku
Daku tidak pernah kecewa
Kata-katamu bak mutiara
Kerana ku tahu disebalik kekatamu itu
Terselindung secebis kasih seorang Ibu terhadap anaknya...
ku pasti setiap nasihat itu adalah untuk
kebaikan diriku...
Mengajarku erti sebuah kehidupan

Ibu….
Daku telah banyak berdosa kepadamu
Dapatkah daku membalas jasa baktimu
Yang laksana pepasir di pantai
Yang telah menyabung nyawa demi melahirkan diriku
Yang tidak jemu-jemu mendengar tangisanku semasa kecil
Dan menatap wajahku yang hina ini...

Sempena Hari Ibu
Daku berdoa ke atas kesejahteraan dirimu
Agar dipanjangkan umur dan sentiasa bahagia
Disamping keluarga tercinta...

ibu..............

Ibu
Setiap deras degupan jantungku
Engkau mampu merasanya
Ketika aku:
Sedih
Gembira
Gelisah
Naluri ibumu
Bagaikan sebati dalam diriku

Ketika aku sedih
Kaulah ubat kepada duka laraku
Menceriakan dan menghakis
Perasaan yang melunturkan
Semangatku

Ketika aku gembira
Engkau juga turut berkongsi
Kegembiraan yang menyinari saat
Aku hidup di muka bumi ini
Sebagai manusia

Pabila gelisah menyelubungi jiwaku
Engkau masih bersamaku
Menolong menyelesaikan
Masalah yang tak sudah-sudah mengusutkan
Perjalanan hidupku

Ibu
Selagi hayat dikandung badan
Aku akan sentiasa mendampingimu
Membelai dan menjagamu hingga ke hari tua

Ibu
Aku tahu kasih sayang yang kucurahkan kepadamu
Tak setanding kasih sayang ibu kepada anaknya
Namun, terimalah keikhklasanku
Untuk menyayangi
Insan yang mulia ini

~Muhammad Syafiq~

ibu.........


Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja… aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku… ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat
marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! “
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang palin g sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari Ibu
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine… Aku hadiahi bunga pada
pasanganku
Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan Selamat
Hari Ibu
Selalu… aku ingat pasanganku
Selalu… Ibu ingat kat aku
Bila..bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Ibu
Selalu… aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila…. aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Untukmu Ibu

Detik masa terus berlalu tanpa menanti sesiapa dan semakin hari umur kita pun akan meningkat bersama pengedaran masa. Kita semua dilahirkan di dunia ini melalui seorang yang bernama ibu. Begitu besar peranan dan jasa insan yang bernama ibu ini. Oleh itu renungkanlah sejenak apakah yang telah kita lakukan untuk membalas segala budi ibu ini. Sekurang-kurangnya peluk dan ciumlah ibu masing-masing yang dapat berjumpa atau sekurang-kurangnya telefon ibu bagi mereka yang duduk berjauhan.

Bersempena dengan hari Ibu yang akan berlangsung pada hujung minggu ini 10 Mei 2009, di sini dipaparkan beberapa koleksi sajak yang ditujukan kepada ibu. Sajak-sajak ini telah diperolehi daripada beberapa laman blog, terima kasih.

Terima kasih ibu…

-Al-Ahnaf bin Qais

Tidak ada kebaikan bagi pembicaraan kecuali dengan amalan.
Tidak ada kebaikan bagi harta kecuali dengan kedermawanan.
Tidak ada kebaikan bagi sahabat kecuali dengan kesetiaan.
Tidak ada kebaikan bagi sedekah kecuali niyt yang ikhlas.
Tidak ada kebaikan bagi kehidupan kecuali kesihatan dan keamanan.
-Al-Ahnaf bin Qais

Saidina Ali r.a berkata

Saidina Ali r.a berkata : 
• Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.
• Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.
• Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.
• Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat wara' (memelihara diri & hati-hati dari dosa).
• Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.
• Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
• Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan. 
• Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak salahnya,maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, berarti dia tidak wara', sedang orang yang tidak wara' itu berarti hatinya mati.

Jumaat, 8 Mei 2009

Saidina Othman Ibnu Affan r.a. berkata

Saidina Othman Ibnu Affan r.a. berkata : Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
• Hatinya selalu berniat suci
• Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
• Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
• Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah
• Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...