Jumaat, 1 Mei 2009

Dua beranak maut dirempuh dua kereta

KUALA LUMPUR: Dua beranak maut selepas kenderaan dinaiki dirempuh dua kereta lain yang dipercayai sedang berlumba di Jalan Jelatek, di sini awal pagi tadi.

Kejadian berlaku jam 2.45 pagi ketika mangsa sekeluarga baru tiba dari Bandar Muadzam, Pahang menuju rumah saudaranya yang terletak di AU 1, Taman Keramat, kira-kira 300 meter dari lokasi kemalangan.

Rempuhan dua kereta, Toyota Celica serta Proton Wira mengakibatkan mangsa, Norwati Mohamed, 39, yang duduk di sebelah kiri pemandu tersepit dan mati serta merta di tempat kejadian, manakala anaknya Afiqah Syafiah , 5, meninggal dunia kira-kira jam 8 pagi semalam.

Suami mangsa, Jaafar Mustafa, 39, yang juga pembantu khas kepada bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Jamaludin Jarjis serta seorang lagi anaknya, Mohd. Fikri, 10, cedera ringan selepas dibantu orang awam.
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning, berkata kejadian berlaku berhampiran stesyen LRT Jelatek apabila kereta Proton Iswara dinaiki lima beranak itu datang dari arah pusat bandaraya ingin membelok ke kanan menuju ke arah Taman Keramat AU 1.

“Siasatan awal mendapati, ketika berada di simpang tiga jalan itu, suami mangsa keliru dengan lampu isyarat yang sebenarnya bertukar hijau untuk ke arah Setiawangsa manakala ke Taman Keramat, lampu masih merah.

“Rempuhan berlaku apabila kereta mereka membelok ke kanan menyebabkan Toyota Celica dan Proton Wira yang dipandu laju dari arah Setiawangsa merempuh dan menyeret kenderaan mereka sejauh 20 meter,” katanya ketika dihubungi semalam.

Pemandu kedua-dua kereta yang berumur 22 dan 25 tahun itu cedera dan kini dirawat di HKL.

Bagaimanapun anak sulungnya, Nurul A'isyah, 14 cedera parah di bahagian pinggang kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

tj; innalillah. alfatihah...

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...