Khamis, 14 Mei 2009

Seloka Sk kampong Aur,


Assalamulaikum pembuka bicara,
Madah disusun mengungkap rasa,
Suasana riang pagi yang ceria,
Kerna menyambut Hari Guru tercinta.

Sk. Kampong Aur jauh di pedalaman,
Di tepi bukit, dihujung jalan,
17 guru memberi perkhidmatan,
Mendidik, mengajar memberi pengalaman.

Cikgu Yusuf guru besarnya,
Orangnya sasa, tinggi pula,
Kalau berbicara tiada hentinya,
Memimpin guru, murid dan para pekerja.

Bertubuh tinggi, berjanggut panjang,
Cikgu Rahman berjenaka bila bersama,
Bila mengajar sedikit garang,
Itulah dia gpk pertama.

Pandai mengaji juga menyanyi,
Pandai bercerita kisah nabi-nabi,
Itulah dia ustaz Nazri,
Gpk hem yang penuh dedikasi.

Cikgu Zamri gpk koko berkaliber
Bersuara lembut, suka menolong,
Macam-macam aktiviti dibuatnya,
Mengurus sukan, uniform dan gotong royong.

Ustaz Daud suka menyendiri,
Bertapa menyepi mencari ketenangan diri,
Walau begitu dia tak pernah sunyi,
Kerna murid-muridnya sungguh menyayangi.

Orangnya kurus dan tinggi lampai,
Setiausaha peperiksaan menjadi tugasan,
Cekap berkhidmat tak pernah lalai,
Cikgu Mohd mudah memberikan senyuman.

Edi Herman nama diberi,
Badannya sihat, muka berseri,
Mengajar senaman di pagi hari,
Kalau bercerita penuh misteri.

Teacher Pizah nama panggilan,
Menjadi bunga kembang setaman,
Orangya manis tak kedekut senyuman,
Suaranya lembut penuh keibuan.

Sir muhairi gagah orangnya,
Segak dan tampan belum berpunya,
Terbatuk-batuk itulah trademarknya,
sekali menjerit kecut perut anak muridnya,


Cikgu Sani guru dedikasi,
Setiap masa selalu busy,
Mengajar matematik tegas skali,
Murid kecut perut, kecut hati.

Kelas pra cantik sekali,
Cikg Nazian pandai hiasi
Semua muridnya kecil sekali,
Setiap hari menghafal a,b,c.

Suka menanam pokok keladi,
Orangya relax, tidak menonjol,
Diamnya dia diam ubi,
Cikgu Safri hasilnya berbakul-bakul

Suka menolong tak kira masa masa,
Mahir pula dalam teknologi,
Biarpun Cikgu Husni kecil orangnya,
Tapi kecil-kecil cili padi.

Cikgu Saidi indah warnanya,
Kalau mengajar memang bersungguh,
Bila murid ramai bertanya,
Tak sempat nak jawab berpeluh-peluh

Ke kampung Aur datang bekerja,
Dari keratong asal kampungnya,
Bertubuh kecil molek sahaja.
Cikgu Suzi nama timangannya,

Mulut becok bak burung murai,
Itulah Rohana cikgu pemulihan,
Tekun mengajar tak pernah cuai,
Walau murid beri seribu alasan.

Wahid, isnain, salasatun,
Bahasa arab menjadi didikan,
Hal hiya jamilatun,
Ustazah Fatimah yang rupawan

Petang-petang pergi berburu
TJ ucapkan Selamat hari Guru

1 ulasan:

alangbudi berkata...

Salam Tuan, jgn marah tuan, bergurau senda....

Dalam seloka ada gurau, ada sindiran,
Jgn cepat amik perasaan,
Niat utama menjadi hiburan,
Senyum tawa dalam berkawan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...