Khamis, 30 April 2009

Misteri Think outside the box (Berpikir di luar kotak)

Berpikir di luar kotak adalah cara berpikir yang berbeza,
atau berpikir dengan cara yang tidak pada umumnya yang terjadi pada seseorang.
Dalam erti kata lain idea atau gagasan yang dimiliki oleh orang yang berpola
pikir think outside the box ini mempunyai pemikiran yang kreatif,
tidak pernah ada, tidak menciplak, berpikir dari dari sudut pandang yang baru.
Pemikiran ini kadang-kadang disebut proses pemikiran yang mengambil sisi lain dari sesuatu.
Pemikiran think outside the box ini banyak ditemui di lingkungan bisnes pengiklanan,
terutama digunakan oleh konsultan management dan eksekutif trainer pengiklanan,
yang telah melahirkan sejumlah slogan pengiklanan.
Idea berpikir di luar kotak tersebut selalu tidak lazim dalam memecahkan suatu masalah,
namun sangat berguna berguna untuk memecahkan permasalahan, kerana pada umumnya cara berpikir seperti ini berani berpikir walaupun gagal.
Dorongan berpikir di luar kotak, saat ini sangat popular di dunia broadcast dan pengiklanan di luar negeri,
dan di Malaysia cara berpikir seperti ini mulai berkembang sejak lahirnya televisyen swasta. dan pada masa ini baru popular di lingkungan broadcast saja, betapa tidak cara berpikir seperti ini menjadi popular kerana
ketidak lazimannya dalam cara mengungkapkan suatu gagasan atau idea. contoh kecil, beberapa iklan petronas yang tayang di stesyen televisyen. Beberapa Iklan Petronas yang ada di TV sekarang patut dipuji, kerana memiliki kreativiti yang luar biasa. Mula dari konsep, pemilihan karakter, hingga teknik pengambilan gambar. Secara terus, penonton pun menjadi turut berfikir, bahkan tercengang "macam mana boleh?".
Timbul satu pertanyaan dalam hati penonton, bagaimana proses pembuatan iklan itu? mulai dari penyusunan konsep, hingga tahap akhir yaitu penanyangan di TV. Iklan Petronas hari raya,hari merdeka, punya daya tarik tersendiri. Konsep iklan yang divisualisasikan tergolong sebagai baru, iaitu memberikan sudut pandang lain yang tidak ada kaitannya dengan petronas itu sendiri. Hal ini mungkin ingin menunjukkan bahwa petronas juga memiliki kepedulian sosial terhadap dunia sosial. Fenomena yang digambarkan cukup jelas, yaitu pengangguran yang masih banyak, dan diantaranya itu hanya satu orang yang memiliki kreativiti sendiri untuk mencipta lapangan kerja sendiri. Idea serta gagasan yang diberikan dalam iklan tersebut, cukup mewakili deskripsi fenomena yang tengah terjadi, hanya dalam durasi yang sangat singkat. Idea yang disajikan dalam iklan petronas tersebut bermuatan perangsangan emosi Mental yang paradoks atau pernyataan yg seolah-olah bertentangan (berlawanan) dengan pendapat pada umumnya atau kebenaran, tetapi pada kenyataannya mengandung kebenaran, pasalnya pada iklan tersebut telah mengubah paradigma yang bersifat tradisional, dengan menunjukan unconventionality menjadi conventionality, suatu hal yang tidak lazim menjadi lazim. Itulah salah satu implementasi dari think outside the box, are you?Sekarang kita kena budayakan pemikiran luar kotak ini.. jadikan rutin.Ni orang dulu kat KATAK BAWAH TEMPURUNG beb.. Moh kita budayakan AUR..A

Rabu, 29 April 2009

Keadilan

Keadilan itu syurga bagi orang yang dizalimi tetapi keadilan itu adalah neraka bagi orang-orang yang bersifat zalim
- Saidina Umar bin Al-Khatab

jujur

Orang-orang yang suka berkata jujur mendapatkan tiga hal, kepercayaan, cinta, dan rasa hormat.
- Saidina Ali bin Abi Thalib

Kejayaan Hakiki........

Kejayaan Hakiki..
sebanyak mana perintah Allah yang kita dapat bawa dalam kehidupan itulah kejayaan...
Sebanyak mana perintah Alah yang kita tidak dapat bawa dalam kehidupan itulah kegagalan..
jika harta jadi ukuran kejayaaaan.... maka Qarun lah paling berjaya...tapi sebaliknya.......
jika kekuasaan / pangkat ukuran berjaya maka firaun paling berjaya tapi sebaliknya...
jika jika jika jika tapi sebaliknya...

kaya dan taat perintah Allah berjaya seperti Abdul Rahman bin Auf.....RA
miskin dan taat perintah allah berjaya seperti bilal bin rabah .... RA

yang paling penting sejauhmana kita dapat taat perintah Allah SWT dengan cara yang ditunjukkan oleh nabi muhamad SAW......

Insyaaalah.......................................

Iman....

Iman satu perkara yang amat bernilai dan berharga....
setiap benda berharga pasti ada pencuri...
tamsilanya jika tertinggal jam mahal pasti hilang.
tertinggal taik ayam takkan hilang....
Pencuri bagi iman..
yang tahu harga iman..
ialah SYAITAN...
iman kita dicuri dari hati melalui..
mata........
telinga.....
mulut.....
fikiran kita............
berbuat keburukan........
syaitam kerja 24 jam 7 hari seminggu.
tanpa rehat walau sedetik...
untuk kita mati tanpa iman......
jadi jagalah angota kita dari jadi saluran pencuri.
jadikan ia saluran peningkatan iman..
mata lihat kebesaran ALLAH SWT....
mulut Cakap kebesaran ALLAH SWT...
telinga dengar kebesaran ALAH....
Fikir kebesaran ALLAH SWT...

Takbir...............

iman

Peliharalah iman kamu dengan memperbanyakkan sedekah, bentenglah hartamu dengan mengeluarkan zakat dan tolaklah gelombang bencana bala dengan sentiasa berdoa kepada Allah
- Saidina Ali bin Abi Thalib

2 nikmat

Dua nikmat yang sering dilupakan ialah kesihatan dan keselamatan.
- Saidina Ali bin Abi Thalib

letih

Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal.
-Saidina Ali bin Abi Thalib

nikmat

Bagi setiap nikmat ada kunci yang membukanya dan ada kunci yang akan menyelaknya yang mana kunci pembukanya adalah sabar dan kunci penyelaknya adalah malas
- Saidina Ali bin Abi Thalib

Kemarahan orang yang berakal dilihat pada tindak tanduknya dan kemarahan yang ada pada orang jahil itu dapat dilihat melalui perkataannya.
- Saidina Ali bin Abi Thalib

MEMBURU RAHMAT CINTA SYAHDU SEJATI ILAHI

SAHABAT-SAHABATKU
BURULAH RAHMAT CINTA SYAHDU SEJATI ILAHI
BAKARLAH MIMPI INDAH YANG MEMBUAI LENA
KERNA KEKASIH AWAL DAN AKHIR KITA
DI TENGAH MALAM DINGIN BISU
UKIRLAH PENGABDIAN KUDUS MENGHIDUPKAN SINAR MALAM
MERENUNG DIRI YANG BERGELUMANG DENGAN NAJIS-NAJIS DOSA
LAFAZKANLAH DOA-DOA KERAMAT YANG MEWANGI
KERNA ITU HAMPARAN KE SYURGAWI BAHGIA ABADI
DENGAN BERKAT RAHMAT KASIH SAYANG-NYA .
TITISKANLAH AIR MATA KITA MOGA MENJADI LAUTAN PENYESALAN HAKIKI
MOGA AIR MATA PENYESALAN HAKIKI KITA MEMADAMKAN GEJOLAK API NERAKA
DALAM DAKAPAN TAUBAT NASUHA NAN SUC I
MOGA JERNIH LAH KEMBALI DANAU KALBU KITA NAN KERUH
TAAT DAN SABAR MENERJANG GELORA NAFSU YANG KIAN MENGGANAS
YANG MENYALAKAN API BELAIAN IBLIS DURJANA
BEGITU RAMAI PENGIKUT IBLIS KEPARAT INI
BIARPUN INSAN SUDAH BERIKRAR SETIA ATAS NAMA ISLAM .
RENUNGKANLAH NABI ADAM DAN HAWA SUDAH TERBUANG DARI SYURGA
BETAPA LEMBUT MEMIKAT GODAAN IBLIS INI TAPI HAKIKATNYA API MEMBAKAR
SESUNGGUHNYA SI IBLIS LAKNATULLAH INI MUSUH KITA YANG NYATA
INGATLAH GODAAN IBLIS TERKUTUK INI
TAK KENAL PENAT LELAH SIANG MALAM , HINGGALAH KE NAFAS TERAKHIR KITA
INGATKAH KITA ?
SI LAKNAT INI BERJAYA MEMPERDAYAKAN BARSISA
SEORANG WALI YANG KAYA DENGAN IMAN DAN TAQWA
AKHIRNYA KECUNDANG DISUNTIK JARUM PUJUKAN SI IBLIS CELAKA INI.
ALLOOHUMMA INNII A’UUZIBIKA MIN SYARRI NAFSII
WA MIN SYARRI KULLI SYAITOONIN MARIID
WA MIN SYARRI KULLI JABBARIN ‘ANIID
SAHABAT-SAHABATKU MARILAH BERSAMA KITA AMALKAN DOA INI
LAFAZKANLAH DOA INI DI BIBIR DAN MOGA BERSATU ERAT DI JIWA KITA
MOGA KITA BISA JAHANAMKAN PUJUKAN IBLIS YANG TERKUTUK INI .


DAN DI SANALAH NANTI BERTAUT PERTEMUAN
DENGAN KEKASIH AWAL DAN AKHIR KITA ( ALLAH YANG MAHA PENGASIH )
DALAM KESYAHDUAN RAHMAT CINTA SEJATI ILAHI
UNTUK HAMBA =HAMBA ILAHI YANG BERTAQWA
INSYA-ALLAH , MOGA NAMA KITA TERCATAT BERSAMA GOLONGAN BERTAQWA .


NUKILAN : MJS ARJUNA SAKTI .
12 MAC 2009(KHAMIS-10.07)

DUGAAN HIDUP

Tuhan berikanlah aku
Pada jalan yang engkau tunjuki
Pada mereka yang engkau beri
Begitulah juanya aku
Apakah aku yang terleka
Apakah aku yang tidak tahu
Di dunia ini jalan berliku
Kupohon petunjuk ilahi

Oh,tuhanku
Aku percaya pada segala ranjau kehidupan ini
Rahmat mu luas tak terhingga
Aku insan yang masih mencari
Akan kutempuhi segala dugaan

Mereka mentertawakan aku
Sumber yang kau ilhamkan kepada ku
Yang kuberikan pada mereka , mengapa tidak diikhlaskan
Panjatkan syukur padamu ya robba
Oh,tuhanku …redhailah hidup ini
Kini yang ku bersama mereka ,berdamping bercita-cita
Kemesraanku kian terhimpit
Begitulah selalunya aku
SK KG AUR

Sami Solat..



Ibadurrahman

Allah swt berfirman: “Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas muka bumi dengan rendah hati (adab sunnah) dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik. Dan orang-orang yang melalui malam hari dengan sujud dan berdiri untuk tuhan mereka”(Al-Furqan : 63,64)

Berdasarkan ayat di atas, ianya terbahagi kepada dua, iaitu ‘Khabar’ dan ‘Mubtada’. ‘mubtada’nya ialah berjalan di atas muka bumi dengan rendah hati (adab sunnah) serta bila disapa oleh orang jahil mereka akan berkata ‘Qa lu salama’ (kata-kata yang baik).

Manakala ‘Khabar’nya hasil dari amalan tersebut bermula dengan keupayaan untuk melalui malam dengan amalan Tahajud dan doa. Ianya terkandung 9 hasil (Khabar)

1 – Bangun malam dengan bertahajud

2 - Berdoa agar dijauhi dari azab Neraka Jahanam

3 – Membelanjakan harta mengikut kehendak agama (tidak membazir dan tidak kedekut)

4- Tidak melanggari dosa-dosa besar iaitu syirik, membunuh, berzina.

5 – Bertaubat dengan sebenar-benarnya serta megerjakan amalan yag soleh.

6 – Tidak memberi saksi palsu serta bila bertemu orang-orang yang melakukan amalan yang tidak berfaedah, mereka lalui dengan menjaga kehormatan diri.

7 – Bila diberi peringatan dengan ayat-ayat Tuhan (al-quran ) mereka tidak membuta tuli dengannya.

8 – Mereka berdoa dengan doa “ Ya Tuhan kami kurniakanlah kepada kami isteri-isteri dan keturunan kami sebagai penyejuk mata dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa”.(Al-Furqan : 74 )

9 – Mereka dibalasi dengan ‘ghurfah’ (martabat yang tinggi) di dalam syurga dengan sebab kesabaran mereka dan di sambut dengan penghurmatan dan ucapan salam serta kekal di dalamnya.

Targhib dari ayat di atas

Dari sudut manakah kita boleh beramal dengan ayat di atas? Adakah dengan keluar bekerja kita boleh beramal dengan ayat di atas ? Adakah dengan ke pasar atau ke kebun kita dikira boleh beramal dengan ayat di atas? Tentunya tidak. Jadi dimanakah keadaan dan suasana yang membolehkan kita beramal dengan ayat di atas.

Jawapanya mengikut tanggapan penulis ayat di atas tersangat-sangat sesuai untuk kita beramal adalah di dalam amalan ‘Gasht’/’Jaulah’/Ziarah yang sememangnya dilaksanakan oleh Jemaah Tabligh ketika keluar /’Khuruj’ mahu pun ketika di ‘Maqomi’/ tempat sendiri. Di dalam amalan ‘Ghast’ terkandung kesemua sifat ‘Khabar’ didalam ayat di atas.

Di dalam ‘Gasht’ ini jemaah akan dibentuk bergerak dari lorong kelorong sekurang-kurang 3 orang dan seramai 10 orang. Tiga orang yang utama ‘Rahaba’ (penunjuk jalan/dalil), ‘Mutakalim’ (Jurubicara) dan Amir (ketua rombongan). Jemaah juga diingat kan untuk mengikuti ‘adab gahst’ yang antaranya merendahkan pandangan , keluar dangan berzikir iaitu dengan ‘tasbih’ dan pulangnya dengan ‘Istighfar’. Ini semua disebut ‘Haunan” di dalam ayat di atas. Ketika bertemu dengan orang-orang yang dijumpai maka ‘Mutakalim’ (jurucakap dalam robongan) akan bercakap mengenai mahfum ‘Kalimah Lailahaillah’. Terkadang-kadang apabila bertemu dengan orang-orang yang menentang , ‘Mutakalim’ juga akan berkata atas ‘mahfum kalimah’. Ini disebut ‘Qa lu salama’ di dalam ayat di atas.

Berdasarkan ayat di atas Ibn Abbas ra berkata ‘Qa lu salama’ (ucapan yang selamat) itu adalah ‘Qa lu ‘ala Kalimatillah’ (ucapan atas kalimah Lailahaillah). Sememangnya apa yang ada di dalam amalan ‘Gasht’ ini hampir mirip amalan yang dilakukan oleh ‘Ibadurrahman’ di dalam ayat di atas. Maka kalau ‘Ibadurrrahman’ boleh terhasil dengan janji ‘khabar’ dengan 9 sifat yang terhasil kepada mereka, maka apakah kita kita tidak akan memperolehinya jika amalan yang hampir sama diamalkan oleh kita. Pasti dan pasti sifat kita akan memperolehinya. Inilah yang disebutkan oelh Allah swt “Yuslih laku a’malakum wa yaghfir lakun zunubakum” ( dislahkan bagi kamu amalan kamu dan diampunkan dosa-dosa kamu ).

Jadi untuk perubahan diri khususnya dan kepada seluroh umat amnya, maka marilah kita melaksanakan ‘Gasht’/’Jaulah’/ Ziarah ini di tempat kita serta beristiqamah di dalam melaksanakannya. InsyaAllah.

Wallahu ‘alam.

SEKUNTUM MAWAR PUTIH BERDURI





Ingin kupetik sekuntum mawar putih berduri
Untuk kuhiasi di kamar sanubari
Tapi apa kan daya cenderasa lazuardiku kehilangan sakti
Tak bisa kutahan tangisan darah jari-jemari
Kerna penghalangnya duri-duri yang tak kenal erti simpati
Sudah lama kuidamkan keharuman mawar putih berduri
Agar hidupku yang kian layu kan berseri
Moga menjadi nurbisa jiwaku tika sirna senyuman mentari
Mengertilah aduhai sekuntum mawar putih berduri .
Jika kau pergi dulu sekuntum mawar putih berduri
Sentuhan puisiku ditusuk gerhana tanpa karisma pelangi inspirasi
Kidung puisiku pun berlagu sendu kan menjadi nesan misteri
Dan terasa duniaku dicakar gelita dan beku dalam hasrat terkulai .

Entahlah mungkin sejuta zaman jiwaku diselaputi debu mimpi
Kerna impian untuk memiliki sekuntum mawar berduri
Bagaikan menggenggam bara api dalam sepi
Edan kasmaran dalam diam meluap-luap bagaikan gunung berapi
(kehangatan cinta dalam diam meluap-luap bagaikan gunung berapi)
Tapi tak bertunas harapan jika musim dingin selalu melewati
Kelopak ilusi mekar di laman emosi tapi sayang tak berwajah realiti .

Hanyalah bisa kupeluk bayangan mawar putih berduri
Tapi tak kan menguntum kebahgiaan abadi di taman sanubari
Kerna hanyalah sekadar semilir ilusi yang mengiringi
Kerna hanyalah sekadar puspa mimpi yang mewangi
Menemani sisa-sisa kembara hidupku yang kian pucat lesi
Hakikatnya aku masih lagi sendiri tanpa ratu kalbu di sisi
Hakikatnya kesinambungan episod derita yang bersemi
Tanpa usapan mawaddah sejati selembut belaian sukma bidadari .

Aduhai Sayang engkaukah itu sekuntum mawar putih berduri ?
Aku sendiri yang terkesima menunggu jawapan yang tak pasti
Tapi yang pasti aku kan diijabkabul dengan mati.
Pesona dunia bernafas nafsu menutup mata hati sehingga kulalai
Pujaan setiap masa dan nurbisa sukma yang hakiki bernama Ilahi.
Sebenarnya Tuhan Yang Maha Satu kekasih awal dan akhir insani.
Aduhai hati berzikirlah kepada Tuhan Yang Maha Pengasihani
Jiwa yang kemarau kan disirami rahmat syahdu-Nya hujan damai.
Biarlah sekuntum mawar putih berduri tak sudi menjadi bunga hati.

ARJUNA SAKTI ( 08.04.2007 )

Misteri Ayam


Ceritanya berkisar di sebuah ladang penternakan
ayam yang terletak di Gunung Semanggul.tentang
sebuah peternakan ayam. Disana ada 5 Ayam
betina dan seekor ayam jalak (kira ayam jantan
macholah) yang umurnya sudah lanjut dimamah
masa (cewah-cewah cam lam novel percintaan lak).

Karena merasa bahwa ayam jalak yang sudah tua
tadi sudah melewati masa suburnya, si pemilik
ladang tersebut memutuskan untuk membeli
seekor ayam jalak lagi yang masih muda, tampan,
segak, macho dan yang sewaktu nganya.

Dengan secara tidak sengaja hal ini membuatkan si ayam
jalak tua menjadi merasa tersaing. Lalu bibit2 cemburu dan
hasat dengki menguasai dirinya, mulalah diyer
mengatur srategi. Lalu terjadi percakapan seperti
ini :


Si ayam jalak tua : Eh, kamu jangan serakah sgt
kat sini. Ayam betinanya kan ada 25. Kamu boleh
ambil yang 15, bakinya bagi aku.


Si ayam jalak muda: Banyak hensem ko punya
muka,tua tak sedarkan diri.Hang tu dah tua dah
tak larat dah so semua untuk aku sahaja.

Si ayam jalak tua : Eh a...berlagak tul mamat
seekor ni (jalak tua bercakap lam ati yer). Seper
kata aku tua tak larat lagi, ko jgn pandang rendah
pada aku, kang aku sekeh kang... O.klah, aku
maleh nak gaduh ngan budak hingusan cam ko ni
(jalak tua, menunjukkan eksennyer) so apa kata
kalau kita pertontonkan kemanchoan kita ngan
mengadakan satu pertandingan. Siapa yang
menang boleh ambil semua ayam betina yang ada
kat sini ayam ini. Yang kalah kirim salam.

Si ayam jalak muda: Aku.. aku boleh sahaja,
pantang dicabar ni. Kita nak buat pertandingan apa
ni... cabut bulu ayam ker (jalak muda membuat
lawak loya beruk yer)

Si ayam jalak tua : Dak'ah! Senang jer
pertandingan lumba lari. Sambil tersenyum
kambing,

Si ayam jalak muda:Set

Si ayam jalak tua : Lumbanya 400M. tapi karena
aku sudah tua, aku minta untuk lari dulu di
depanmu 50 meter.

Si ayam jalak muda: Boleh (dengan penuh
keyakinan).

Maka pertandingan pun dimulai. Ayam jalak tua
lari dulu 50 meter baru ayam jalak yang muda lari
menyusul dengan kecepatan kuasa extra gaban
yang mengkagumkan. Eh, baru kurang 1 meter
menyusul, si ayam jalak muda ditembak langsung
oleh pemilik peternakan.
Kenapa?????

[jawapan ada di bawah]


Kata Pemilik : "Kurang ajar. INI AYAM JALAK-
HOMOSEKS NI. Asal setiap kali aku beli dapat
yang macam ni SUKA SANGAT KEJAR-KEJAR
AYAM JALAK TUA AKU"

NiLAI MORAL : Jgn berlagak ngan org tua (depa
banyak trick yer,) HORMATILAH ORANG YANG
LEBIH TUA DARI KITA...

Ali kedai

Ada sorang lelaki bernama Ali, baru buka perniagaan khidmat nasihat. Officenya amat canggih, sederet dengan beberapa ofis yang lain. Ali seorang pakar perunding perniagaan, baru tamat belajar diluar negara, jadi nak mencuba nasib dalam bidang pernigaan, tekad tak mahu kerja ngan orang lain. Ofis dia masih baru, baru renovate la katakan.


Selepas sebulan ofis dibuka, perniagaan Ali masih belum bergerak, sampai sekarang satu bisnes pun tak dapat lagi. Sampai sekarang sorang pun belum pernah singgah kat ofis/kedai dia tu. Ali pening, signboard kat luar ofis dia tu mahal tuuuuu, beribu ringgit. Lobi sambut tetamu canggih tu, cuma belum ada pekerja lagi, Ali sorang2 je handle.

Pada satu hari, ada lelaki masuk kedai dia, apa lagi Ali pun berasa bangga giler, 1st customer la katakan, Ali cepat2 duduk kat meja dia, ambil phone telepon atas meja dia tu, berlakon olok olok bercakap dengan seseorang, saje je nak tunjuk perniagaan dia memang bagus giler, perniagaan ribu2 ringgit. Sambil menyuruh lelaki tu duduk depan dia, dan suruh tunggu kejap kerana dia masih cakap kat phone tu (padahal belakon aje), ini perbualan Ali ditalipon.

"Ye Dato', ooo pasal project tu dato', saya akan uruskan dato', ala dato' bayar kat saya beratus ribu, takkan saya main2 buat kerja ni dato', lagi pun sudah terlalu banyak perniagaan yang menjadi bukti kejayaan kami, itu dah cukup mengambarkan keberkesanan perkhidmatan kami��ok dato'�baik dato'� Oklah dato'�nanti kita jumpa kat hotel hilton malam ni�.ok dato'�.bye"

Ali pun meletakkan talipon. Dan mula bersembang dengan lelaki yang duduk terkebil-kebil di depannya tadi, menunggu Ali.

"Ya encik, terima kasih kerana memerlukan khidmat nasihat perniagaan kami, maaf kerana menunggu tadi, maklumlah perniagaan kami terlalu pesat berkembang, tak menang tangan, banyak sangat permintaan. Ya, ada apa yang kami boleh bantu dalam perniagaan encik" tanya Ali.

Lelaki tu menjawab " Saya technician telekom, nak sambungkan line telepon tu, magic gak encik ni, macamana boleh guna phone kalau tak de line

Pasti

Tika siang kudakap sejuta bayanganmu yang menggoda
Berhembuslah semilir ilusi mengejar impian mahligai sukma
Berpijak di alam nyata aku ditampar badai hampa
Tika malam kuusap seraut wajah ayumu yang manja
Mewangilah bunga mimpi idaman menghiasi kamar lena
Berpijak di alam nyata aku ditusuk sembilu kecewa
Namun kehangatan atma rinduku masih lagi bernyawa
Hadirlah dewi pujaan membelai kalbuku yang sayu kelabu
Hapuslah kabus yang melingkari penantianku dalam debu
Bukan nak kurayu atau mengemis elusan cinta syahdumu
Bukan jua menagih simpati jika hatimu sekeras pualam sejati
Sekian lamanya kutafsir senandung emosimu yang melambai
sekian lamanya jiwaku dilamar teka-teki bagaikan misteri
Sehingga mentari dan rembulan merajuk tak bisa dipujuk
Edan kasmaran yang kudamba hanyalah api yang gejolak
Meniti jambatan hidup yang rapuh tanpamu di ujung senja
Hanyalah mengharapkan gerimis rahmat Ilahi Yang Maha Esa
Moga di sana menanti sekuntum senyuman kasturi bidadari
Di pintu Syurga Firdausi bersinarlah cahya bahgia nan abadi
Pastilah sanubariku tak lagi dicakar rasa jemu , sepi dan pilu .



MJS Arjuna Sakti .



Tarikh : 13 . 04 . 2007 .

misteri chu mat

Sekian lamanya memburu elusan mawar mimpi merayu
Tika malam gerhana meringis disirami gerimis sayu
Tika tangisan embun membasahi kelopak kalbu yang layu
Berbunga rindu tapi berdebu impian sekuntum senyuman ayu
Sekian lamanya mencari sinar tapi sesat di dalam belantara hempedu
Lantas tanpa diundang hujanan lakrima menjadi lelautan sendu
Kian malang terpijak duri beracun,sakit tak bisa beradu.


Sekian lamanya terseksa,namun masih menanti dan mencari
Hanyalah anganan kesyahduan dan kelembutan kasih suci bidadari
Sendiri lagi di laman mentari dan rembulan didakap kehangatan sepi
Sekian lamanya mahligai harapan bahgia dihiasi ilusi mimpi.


Nukilan:arjuna sakti(3.2.2007 asal 30.4.1999)

Api Rinduku Kian Menyala

Hadir lagi malam sepi nan dingin tanpa senyuman purnama
Api rinduku kian menyala biarpun hati disirami hujan lakrima
Kuusap seraut wajahmu nan jelita dalam dakapan sakti mimpi
Setelah aku mencumbui bayangan wajahmu dalam pesona ilusi
Tapi aku tak pasti bianglala asmara indah hatimu untuk siapa .
Berdebu hasrat kembara hidup bersamamu dalam atma dilema
Sangsi jiwa kemaruk dibuai edan kasmaran yang mengambang
Kerna kau ibarat jinak merpati bila didekati kau pun terbang .
Sentuhan syahdu suara manjamu mengubat keresahan sukma
Tapi tak bertemu mahligai asmara syurgawi bidadari sanubari
Gerhana panjang jiwaku kerna sering disambar taufan kesima
Kau kan ucap selamat tinggal jika jejaka idamanmu menjelma .
Aku hanyalah persinggahan usang untuk kaubuang duri sepi
Akulah si pungguk malang yang menanti cahya kasih purnama
Sudah pastilah aku merana dilambung ombak kecewa .

Aku cuba menghalau seribu bayangan mesramu yang menggoda
Tapi api rinduku kian menyala tika emosi terbiar dicakar gelisah
Mengapalah nasib hidupku selalu dibelenggu derita
Sampai bilakah harus kusongsong arus nasib pilu ini ?
Aduhai gadis ayu ilusi mimpi yang kurindu !


arjuna Sakti .


Tarikh : 15 . 04 .2007 .

Misteri Fesyen rambut






Gambar Hiasan

SETIAP orang sama ada lelaki atau perempuan mahukan rambut yang menarik dan menawan hati sesiapa yang memandang. Sebab itulah di zarnan moden dan canggih ini, berbagai-bagai jenis dan jenama syampu telah direka khas untuk membolehkan rambut dapat dijaga dan dirawat dengan rapi. Agar kelihatan menarik dan berseri?

Perlu diingat, rambut yang berseri dan menawan bukanlah hanya dengan mejaga melalui perawatan kecantikan sahaja. Bahkan dara seseorang itu juga memainkan peranan penting dalam memberikan bentuk rambut yang cantik. Sebab itulah kalau kita lihat seseorang gadis yang masih suci rambutnya akan kelihatan lebih menarik, tidak kasar atau kadangkala seperti tidak bermaya. Bagi mengatasi rambut anda tidak disentuh oleh lelaki perlulah anda tudung kerana selain daripada rambut anda menjadi tumpuan dan daya tarik pandangan lelaki dari segi kesihatan, rambut yang terkawal daripada habuk, dan segala benda yang terbang dan hinggap di rambut anda akan dapat dielakkan sama sekali.

Sebab itulah rambut yang sering ditutup, apabila dibuka akan kelihatan kemas dan menarik. Satu lagi kelemahan yang terdapat jika anda memdedahkan rambut anda dan terbiar begitu sahaja walaupun anda menjaganya setiap hari dengan berbagai rawatan ialah kulit kepala anda akan diserang kelimumur.

Berdasarkan kajian rambut yang menarik, adalah rambut yang sering dibalut dengan apa juga peralatan. Sebab itu Islam mewajibkan perempuan memakai tudung bukan saja bertujuan untuk menutup salah satu aurat anda, malah ianya menjamin kesihatan rambut dan kulit kepala anda daripada sebarang gejala penyakit.

Disamping menjaga diri daripada pandangan tidak sopan dan gangguan seksual lelaki anda perlu memastikan yang rambut anda itu akan menjadi satu daripada mahkota kecantikan yang azali.

Untuk pengetahuan anda seorang perempuan yang sudah berumahtangga jika
suaminya sering membelai rambut isterinya maka anda akan kelihatan lebih jelita.Selain daripada itu isteri atau perempuan yang sering menerima belaian pada rambut akan kelihatan lebih muda dan sentiasa berseri.

Sewajarnya perilaku yang pernah anda lakukan sewaktu di alam percintaan sebelum berumah tangga, iaitu membelai rambut pasangan anda, hendaklah diteruskan cara itu kerana ianya mampu mengekalkan keharmonian rumahtangga anda. Tetapi jarang benar kita lihat pasangan yang sudah berkahwin mahu melakukan belaian pada rambut isteri seperti di alam percintaan.

Rambut adalah aurat yang senang dikesan bahawa pemiliknya sudah tiada dara. Ini dapat dibuktikan jika setiap kali seseorang perempuan yang akan diijab kan akan melalui proses mengandam. Dalam proses mengandam ini selalunya akan adanya suatu acara memotong dan rnencukur anak rambut yang tumbuh di dahi, tengkuk dan di sebelah kiri dan kanan telinga. Rambut ini dikenali sebagai rambut dara.

Walaupun anda pernah mencukur dan menggunting anak rambut ini, seorang gadis yang masih suci akan dapat diketahui kesuciannya melalui proses mencukur anak rambut oleh Mak Andam. Untuk tujuan memastikan anak rambut ini mampu membuktikan si gadis itu masih suci (dara) atau tidak ianya memerlukan sebiji kelapa muda yang ditebuk dan mengandungi air. Rambut yang dicukur akan dimasukkan ke dalam air kelapa muda ini. Jika anak rambut terapung sahaja dipermukaan air kelapa, ini bererti si gadis itu masih perawan. Tetapi jika sebahagian atau kesemua rambut itu tenggelam ini bererti si gadis itu sudah tiada perawannya.

Melalui proses inilah, kadangkala kita selalu mendengar ada Mak Andam yang tidak boleh menyirnpan rahsia tentang pasangan pengantin yang mereka andamkan. Awas!! Ini bukan salah mereka, anda tidak perlu risau sewaktu anda akan melangsungkan perkahwinan kelak. Kesilapan yang lepas boleh diubah dengan berbagai-bagai cara jika anda fikirkan untuk kebaikan diri anda sendiri.

Selain daripada itu, rambut juga boleh membuktikan seorang gadis itu sudah hilang dara atau masih suci. Seperti kebiasaan jika kita bersiar-siar dan dihadapan kita, berjalan seorang perempuan yang kita tidak kenal siapa dirinya. Sama ada dia adalah isteri orang atau masih gadis lagi atau janda. Rambut seorang gadis adalah terlalu lembut,jika ditiup angin rambutnya akan mengerbang dan kembali ketempat asalnya.Sebaliknya rambut seseorang yang sudah berkahwin akan kelihatan sukar untuk kembali ke dudukan asalnya setelah ditiup angin.

Mungkin terdapat juga rambut seorang perempuan yang sudah berkahwin seperti masih anak gadis dan berseri. Ini berlaku, kerana walaupun perempuan itu telah berkahwin,sebelum perkahwinannya, dia tidak pernah melakukan perbuatan sumbang atau berasmara walaupun dengan bakal suaminya *(di alam pertunangan). Lantaran daripada sikapnya yang menjaga kesucian diri sehingga di malam pertama, Tuhan telah
mengurniakan suatu daya penarik kejelitaan pada wajahnya. Untuk makluman anda persetubuhan malam pertama oleh seorang gadis yang terlalu suci dengan seorang lelaki yang juga teruna akan menyerikan hidup mereka bukan sahaja keperibadiannya malah segala-galanya temasuklah susuk tubuh badannya. Sebab itulah berbagai-bagai petua
orang tua-tua yang perlu kita lakukan di malam pertama sebelum melakukan persetubuhan dan selepas melakukan persetubuhan tetapi dengan syarat pasangan itu adalah pasangan yang bersih dari segala dosa maksiat sebelum berkahwin.

Berbalik soal rambut boleh membuktikan samada kegadisan seseorang itu telah hilang atau masih suci, ingin saya terangkan satu petua yang mudah untuk sama-sama kita gunakan sebagai pedoman mencari kebaikan. Rambut seseorang gadis yang masih suci selalunya tidak kelihatan begitu menarik dengan mereka yang biasa menerima belaian pada rambut daripada lelaki. Kenapa saya katakan begitu, ianya disebabkan anak
gadis remaja yang mula pandai berdandan, bijak tentang pentingnya rambut sebagai daya tarik kepada lelaki.

Lantaran daripada itu, mereka tidak bersedia menguruskan rambut mereka agar kelihatan lebih berseri dan menarik. Sebaliknya jika kita lihat rambut anak gadis kelihatan menarik dan berseri kerana sentiasa disikat rapi ialah kerana dia sudah mengetahui rahsia rambutnya yang sering menjadi pujian kaum lelaki atau sekurang-kurangnya teman lelakinya yang kerap kali bertemu dengannya membelai dan memuji rambutnya.

Ini adalah satu faktor atau asas yang membolehkan anda terutama lelaki yang ingin mengenali sifat seorang gadis. Jika kali pertama anda mengadakan temu janji untu bersiar--siar di hujung minggu dengan si gadis yang baru anda kenali, maka terjadilah titik permulaan untuk memuji kecantikan si gadis yang anda bawa bersiar-siar itu. Pastikan yang anda sentiasa memuji kerapian rambutnya. Si gadis akan berkata yang rambutnya sudah tidak bermaya lagi kerana kadang-kala diserang kelemumur atau lain-lain penyakit yang bersangkutan dengan kesuburan rambutnya. Waktu itu si gadis akan memegang dan membelai rambutnya berkah-kali. Ini bukan bermaksud dia prihatin terhadap penjagaan rambutnya, sebaliknya inilah peluang bagi anda yang diberikannya untuk anda membelai rambutnya. Si gadis tidak akan marah jika anda menyentuh rambutnya walau dibelai dengan lebih mesra. Pada kebiasaanya gadis yang sudah biasa menerima belaian rambut dari lelaki apabila bertemu dengan lelaki lain dia tidak segan-silu untuk membenarkan rambutnya juga dibelai oleh anda (tidak kira lelaki itu baru dikenali). Tetapi tidak semua gadis yang mudah anda belai rambutnya bererti dia sudah tiada dara. Kemungkinan si gadis ini memang manja dan suka dengan belaian lelaki tetapi tidak hingga ketahap hubungan seks.

takhta , harta. wanita...




Engkaulah ratu di mahligai permata
Istana bayangan syurga
Harta dan takhta mengaburi mata
Tersesat dikau di terang cahaya
Langsung tidak kau endah kata bicara
Utusan hud-hud yang benar

Seruan mengajakmu taat Yang Esa
Tinggalkan menyembah Tuhan sang suria
Balqis, kau bijak dalam menilai dan membuat
pemilihan
Di antara yang sementara dan yang kekal buat
selamanya
Keindahan dunia yang hanya pinjaman untuk
seketika
Atau kebahagiaan hidup di akhirat yang
dijanjikan-Nya
Tak perlu kau singkapi labuh kainmu
Ketika kau melangkah ke istana Sulaiman
Bukannya air yang kau pijak tapi kaca
Terpedaya dikau dek kemilau sinarnya
Hanya sekelip mata mahligaimu pun beralih
Ifrit memindahkannya tanpa kau sedari
Kebijaksanaan Sulaiman telah merubah sekeping
hati
Akhirnya Balqis akur juga akan kelemahan
pada diri
Kau kutip iktibar dari apa yang telah engkau
lalui
Menjadikan kau isteri yang taat kepada
seorang nabi
Pangkat dan jua harta tak menjamin bahagia
Cantik dan keayuan wajah kan pudar akhirnya
Kemiskinan di dunia tak bererti kau terhina
Itu hanya di pandangan mata
Kemewahan tidak bermakna hidupmu
akan sentosa
Kesempurnaan, Tuhan menilainya...

Misteri kasut II



kah..kah.. TERSEBUTLAH ALKISAH..kah..kah..
kah..kah..BERPASANG-PASANGLAH KASUT TU..kah..kah
kah..kah..KASUT SAPA LA NI..kah..kah
kah..kah..WOIT BUAT APER TU..kah..kah
kah..kah..KASUT RUMAH..KASUT SPARE..kah..kah

Misteri Tahi Lalat

Sesungguhnya khadak dan khadar manusia adalah ketentuan dari
Allah...
Berusahalah untuk mencapai yang terbaik dari Nya. Hanya usaha dan
tawakkal kepada Allah sahaja yang membawa kita kepada kehidupan yang
terbaik.
Jauhilah diri dari percaya kepada perkara yang kharut marut. Itu
semua
sekadar kebetulan. YAKINLAH ... ALLAH MAHA BERKUASA DARI
SEGALA-GALA
MAKHLUK YANG LAIN.

Jadilah Hamba ALLAH yang sentiasa beriman dan bersabar menempuh
dugaan.

Insya Allah...

Firasat Tahi Lalat :

Di kepala sebelah kanan - terkabul cita-citanya
Di kepala sebelah kiri - sering menemui kesusahan
Ubun-ubun - kurang jujur
Pusar - cerdas,tangkas dan tekun
Di Kening kanan - cergas dan cekap
Di kening kiri - cergas dan sopan santun
Sudut mata kanan luar - baik budi, ramai yang cinta
Sudut mata kanan dalam - disayangi suami atau isteri
Biji mata kanan - suka serong dan pembohong
Biji mata kiri - pembohong tapi baik hati
Di alis kanan - baik hati, suka menolong
Di alis kiri - ramai yang suka
Di pipi kanan - ramai teman
Di tengah-tengah pipi kanan - ramai yang suka
Di tengah-tengah pipi kiri - ramai kawan
Pada hidung - banyak rezeki
Pada batang hidung - banyak dicintai orang dan dapat
menjadi kaya
Bibir atas kanan - banyak rezeki dan pandai
Bibir atas kiri - ramai kawan, baik hati
Bibir bawah kanan - disegani orang, ramai yang suka
Bibir bawah kiri - pandai bicara, tak mudah kalah
Hujung mulut kanan - kecil rezeki, tak mudah kalah
Hujung mulut kiri - suka berpoya-poya
Dagu bawah kanan - jujur dan baik hati
Dagu bawah kiri - bijaksana, berbudi luhur
Leher kanan - cerdas, jujur, berani menderita
Leher kiri - cerdas dlm segala hal dan banyak
pengetahuan
Leher ditengah - tercapai apa yang dicita
Di bahu kanan - cermat dlm mengambil keputusan dan
banyak tanggungan
Di bahu kiri - suka kerja keras, banyak tangungjawab
Di dada kanan - dapat mengatasi masalah
Di dada kiri - berani, jujur dan sabar
Tetek kanan - baik hati, pendiam dan simpan rahsia
Tetek kiri - ramai kawan, setia pada suami atau isteri
Di punggung kanan - pendiam, simpan rahsia
Di punggung kiri - lambat, kurang agresif
Di perut bawah kanan - banyak rezeki, suka memberi maaf
Di perut bawah kiri - baik hati, tenang hidupnya
Pinggang kanan - sayang pada isteri atau suami
Pinggang kiri - disayangi oleh isteri atau suami
Di jari telapak tangan kanan - banyak rezeki tapi boros
Di jari telapak tangan kiri - banyak rezeki, menyimpan
Lengan kanan - setia dan taat pada atasan
Lengan kiri - menepati janji dan suka kerja
Siku tangan kanan - kuat hendak memiliki kekayaan
Siku tangan kiri - baik hati, suka menolong
Ketiak kanan - menyimpan rahsia
Ketiak kiri - jujur, banyak yang cinta
Pergelangan tangan kanan - boros, suka bersukaria
Pergelangan tangan kiri - dapat berpangkat
Pangkal peha kanan - kemahuan kuat
Pangkal peha kiri - suka kerja apa saja
Kemaluan kanan atau kiri - baik, suka senggama (bersetubuh)
Di kepala kemaluan - bakal beristeri dua
Betis kanan - suka berpoya, boros
Betis kiri - tidak suka menganggur
Tumit kanan - jujur, banyak kawan
Tumit kiri - baik budi
Di telapak kaki kanan - tidak mudah mengeluh
Di telapak kaki kiri - baik budi pekertinya
Lutut kanan - bersifat tidak peduli, tidak mahu berusaha
Lutut kiri - kurang berusaha

kalu ada 8 cari la ye...kah..kah..kah

pengemis hina

Aku hanyalah pengemis hina setitik cinta kasih
Pasti engkau tak pandang walaupun sebelah mata
Tak mengapalah kerana itu sudah lumrah kehidupan
Yang berharta bertakhta di mata dan di hati
Yang fakir disisih dicerca mungkin sampai akhir hayat nanti
Hanyalah sepi yang sudi hulur simpati
Meskipun tak pasti mengundang pawana damai di hati
Kembara hidup mesti diteruskan walaupun disirami gerimis pilu



MJS ARJUNA SAKTI 7.03.1007

Selasa, 28 April 2009

PM

By : DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK
PERDANA MENTERI MALAYSIA
Venue : PUSAT KONVENSYEN ANTARABANGSA PUTRAJAYA
Date : 28/04/2009
Title : MAJLIS PERDANA PERKHIDMATAN AWAM KESEPULUH (MAPPA X)

TEMA : SATU MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

Bismillahirahmanirrahim

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.

Y.A.B. Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin,
Timbalan Perdana Menteri Malaysia,

Y.B. Menteri-Menteri, Timbalan-timbalan Menteri,

Y.Bhg. Tan Sri Mohd Sidek bin Hj. Hassan,
Ketua Setiausaha Negara,

Y.Bhg. Tan Sri Ismail Adam,
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,

Y.Bhg. Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Bin Wan Abdullah
Ketua Setiausaha Perbendaharaan,

Y.Bhg. Tan Sri-Tan Sri, Dato’ Seri-Dato’ Seri,Dato’-Dato’, Datin- Datin, Dif-dif Kehormat,

Tuan-tuan dan puan-puan para hadirin yang saya hormati sekalian,

1. Alhamdulillah, saya mengucapkan rasa syukur setingginya ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan kurnia-Nya jua satu proses peralihan kuasa yang tertib, licin dan sempurna telah berlangsung pada 3hb April yang lalu. Terima kasih yang tidak terhingga saya rakamkan kepada YABhg Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi yang telah memungkinkan peralihan tersebut berjalan dengan begitu baik. Justeru, saya berasa amat sukacita kerana inilah julung kali saya bertemu dengan tuan-tuan dan puan-puan dalam Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) kali ke sepuluh atas kapasiti sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru.

2. Saya majukan ucapan terima kasih kepada Y.Bhg. Tan Sri Mohd. Sidek Hj. Hassan, Ketua Setiausaha Negara dan juga kepada Y.Bhg. Tan Sri Ismail Adam selaku Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan juga kepada Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) atas perencanaan dan pengaturan majlis ini bagi saya menyampaikan gagasan, hasrat dan harapan secara langsung kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

3. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan dari seluruh pelosok negara menjadi manifestasi komitmen dan iltizam tuan-tuan dan puan-puan kepada perkhidmatan awam yang telah lebih lima dekad menjadi tunjang dan nadi kepada pembangunan negara. Sungguhpun inilah kali pertama saya bercakap sebagai ketua kerajaan, hakikatnya saya telah lama kenal sebilangan besar tuan-tuan dan puan-puan sepanjang perjalanan kepimpinan dan politik, lebih 33 tahun.

4. Mengimbau sejarah, kira-kira empat puluh tahun yang lalu, Allahyarham ayahanda saya telah diamanahkan sebagai Pengarah MAGERAN. Pada saat dan ketika itu, perpaduan kaum ibarat retak seribu dan rakyat Malaysia sudah hampir hilang harapan. Selaku Pengarah MAGERAN, ayahanda saya telah berjaya memulihkan demokrasi serta harapan rakyat Malaysia dengan dibantu oleh anggota perkhidmatan awam yang amat berintegriti, berkebolehan, berwibawa dan berdedikasi. Pendek kata, ramai daripada pendahulu-pendahulu tuan-tuan dan puan-puan adalah mereka yang berada di barisan hadapan dan sangat instrumental dalam usaha memulihkan negara pasca episod hitam 13 Mei 1969.

5. Sekali air bah sekali pantai berubah. Salah satu hakikat zaman adalah perubahan; Untuk maju manusia perlu sentiasa berada di hadapan keluk perubahan manakala untuk kekal di hadapan manusia perlu menerajui perubahan, sebaliknya jika hanya bernostalgia dengan sejarah kejayaan lampau tanpa gigih mencari kejayaan-kejayaan baru akan menyebabkan gejala jumud dan beku membudaya. Oleh itu setiap generasi penjawat awam perlu membuktikan kerelevanan mereka kepada rakyat dengan mencipta semula peranan mereka sesuai dengan masa. Melalui kaedah ini barulah mereka boleh memainkan peranan secara berkesan sebagai pemelihara kepentingan awam.

6. Satu ketika dahulu penjawat awam Malaysia mempunyai reputasi yang amat cemerlang bukan sahaja di kalangan rakyat tempatan tetapi juga di peringkat rantau dan antarabangsa. Bukan maksud saya untuk mengatakan bahawa perkhidmatan awam Malaysia hari ini tidak secemerlang dahulu kerana telah terbukti bahawa perkhidmatan awam Malaysia telah memainkan peranan yang pro-aktif di dalam proses transformasi negara dari sebuah negara pertanian kepada sebuah negara perindustrian. Namun kayu ukur dan tanda aras hari ini telah berubah akibat proses globalisasi, ledakan maklumat dan peningkatan taraf sosio ekonomi rakyat. Sesungguhnya penambahbaikan yang ingin saya lakukan adalah satu kesinambungan kepada transformasi berterusan sektor awam yang telah dimulakan sejak lama dahulu.

PENJAWAT AWAM : DALAM KONTEKS MENDEPANI CABARAN EKONOMI

Tuan-tuan dan puan-puan,

7. Hakikatnya, hari ini kita berhadapan dengan dua cabaran monumental. Pertamanya cabaran jangka pendek dan keduanya cabaran jangka panjang. Di bawah cabaran jangka pendek ini terdapat tiga cabaran berkaitan. Cabaran jangka pendek pertama ialah untuk memastikan negara akan mengalami impak yang seminima mungkin kesan kegawatan kewangan dan ekonomi global yang sedang berlaku. Cabaran jangka pendek kedua ialah untuk keluar dari kemelut ekonomi dan kewangan yang ada, dengan kadar paling pantas. Cabaran jangka pendek ketiga ialah untuk membantu rakyat Malaysia bagi menangani keperitan hidup yang dialami.

8. Manakala cabaran jangka panjang pula ialah untuk melakukan pembaharuan dan perubahan struktural kepada ekonomi Malaysia berasaskan kepada satu model yang baru berteraskan kreativiti dan innovasi. Di bawah model baru ekonomi ini kerajaan akan membangunkan sektor perkhidmatan bagi menjadi peneraju pertumbuhan dan pembentukan kekayaan baru pada masa yang sama menggalakkan sektor pembuatan untuk bergerak ke rantaian nilai yang lebih tinggi.

9. Langkah-langkah ini diharapkan agar dapat menyelesaikan secara tuntas kemelut yang dialami negara selama ini dari segi ekonomi iaitu “of being neither here nor there” yakni, sementara kita bukan lagi boleh dianggap sebagai pusat sektor pengeluaran berkos rendah, kita juga belum berupaya melonjakkan negara ke peringkat lebih tinggi dalam rantaian nilai sektor yang sama.

10. Model baru ekonomi ini juga diharapkan akan menjadi pemangkin kepada Malaysia untuk meningkatkan statusnya dari sebuah negara “upper middle income” kepada negara “high income” dan dalam masa terdekat meletakkan kita kembali di landasan yang betul bagi merealisasikan Wawasan 2020 untuk menjadi sebuah negara maju.

11. Saya yakin dan percaya bahawa sektor perkhidmatan awam akan terus mampu memainkan peranan bagi menangani cabaran-cabaran ini kerana sejarah telah membuktikan bahawa tuan-tuan dan puan-puan telah berjaya membantu dalam proses transformasi Malaysia daripada sebuah negara pertanian berubah menjadi sebuah negara perindustrian moden sehingga Malaysia muncul di kalangan 20 negara perdagangan terbesar di dunia.

SATU MALAYSIA

Tuan-tuan dan puan-puan,

12. Apabila saya mengambil alih kepimpinan negara, saya telah mengutarakan konsep Satu Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Konsep ini bukanlah sesuatu yang baru. Ia sebenarnya adalah kesinambungan kepada apa yang diperjuangkan semenjak Almarhum Tunku Abdul Rahman. Selama ini pun, Malaysia berjaya kerana kita menjadikan kemajmukan rakyat yang ada sebagai sumber kekuatan walaupun kita telah menyaksikan banyak negara didunia telah hancur dek faktor kemajmukan. Malah kita juga telah merasai sedikit sebanyak bagaimana kemajmukan yang tidak diurus dengan betul telah hampir meranapkan negara seperti mana yang telah dialami semasa tragedi 13 Mei.

13. Maka yang demikian, suka atau tidak suka, kita mesti mengakui kemajmukan yang wujud adalah realiti yang harus di terima. Inilah merupakan teras kepada konsep Satu Malaysia, mengakui realiti yang ada dan menjadikannya sebagai platform untuk mencapai kejayaan demi kejayaan. Konsep ini tidak sekali-kali lari daripada apa yang telah dimaktub dan dimuafakatkan melalui undang-undang tertinggi negara iaitu Perlembagaan Persekutuan dan prinsip prinsip Rukun Negara.

14. Di bawah Konsep Satu Malaysia ini setiap rakyat Malaysia yang berkelayakan dan memerlukan bantuan serta pertolongan akan kita bantu. Tidak akan ada mana-mana pihak yang akan dicicirkan. Sesungguhnya lagi janganlah mana-mana pihak menganggap mereka adalah warganegara kelas dua di negara tercinta ini, kerana setiap anak Malaysia adalah potensi modal insan yang penting kepada negara, setiap mereka perlu dimanfaatkan sebaiknya.

15. Ketahuilah, setiap warganegara mempunyai hak dan tanggungjawab masing-masing sepertimana yang telah digariskan oleh Perlembagaan Persekutuan. Kewarganegaraan bukan sahaja menggariskan hak tetapi juga menuntut tanggungjawab. Janganlah mana-mana pihak terlalu taksub terhadap tuntutan hak dan melupakan tanggungjawab mereka sebagai warganegara.

16. Di bawah Konsep Satu Malaysia kita perlu memastikan tiada rakyat Malaysia yang terpinggir daripada mendapat perhatian kerajaan. Bagi kerajaan, meritokrasi bukan bermakna kesaksamaan yang membuta. Malah kesaksamaan bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya yang hak. Dari itu, seorang anak yang datang dari keluarga miskin tidak kira dari bandar atau luar bandar walau dari etnik manapun, tetapi ternyata mempunyai potensi sememangnya berhak mendapat bantuan kerajaan berbanding anak-anak golongan berada yang sudah tentu mempunyai peluang pendidikan yang terbaik.

17. Maknanya, kita boleh menawarkan akses pemula dengan menyediakan datar permainan yang adil tetapi kita sebagai kerajaan tidak berkemampuan memastikan ‘outcome’ yang sama. Dalam kata lain, kerajaan tidak boleh memainkan peranan ibubapa, keluarga atau masyarakat setempat, kerajaan juga bukanlah galang yang boleh mengganti kehendak, kemahuan, usaha serta iltizam seorang pelajar atau peniaga juga usahawan untuk berjaya. Apa yang kerajaan boleh buat seperti yang saya katakan tadi, adalah menyediakan garis permulaan yang adil. Pendek kata, antara prinsip-prinsip utama yang mendasari Satu Malaysia adalah kebersamaan (togetherness) dan kekitaan (sense of belonging) dalam satu keluarga besar.

PENJAWAT AWAM : DALAM KONTEKS MENDEPANI CABARAN PENTADBIRAN

MODENISASI SEKTOR AWAM

Tuan-tuan dan puan-puan,

18. Bagi menjayakan segala perubahan yang diperlukan negara dalam perjalanan kita untuk memastikan Malaysia terus aman, maju dan makmur pada abad ke-21, kita memerlukan sebuah persekitaran yang kondusif untuk semua rakyat Malaysia mengoptimakan potensi mereka. Di sini peranan sebuah perkhidmatan awam yang cekap, berkesan, responsif, luwes dan berani berubah adalah amat mustahak. Saya amat gembira kerana dalam melaksanakan inisiatif modernisasi ini saya telah mendapat sokongan dan kerjasama padu daripada barisan kepimpinan tertinggi perkhidmatan awam, khususnya Ketua Setiausaha Negara, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan. Sesungguhnya pembaharuan yang akan dilakukan ini bukanlah bersifat ‘top down’ tetapi sebaliknya melibatkan gabungjalin semua segmen perkhidmatan awam bermula dengan pimpinan atasan.

19. Usaha ini memerlukan proses modenisasi menyeluruh yang melibatkan bukan sahaja modenisasi paradigma tetapi juga struktural. Kita memerlukan perkhidmatan awam yang sesuai dengan pencapaian kejayaan pada alaf baru ini. Apa yang saya maksudkan dengan anjakan paradigma adalah pertamanya anjakan daripada ketegaran kepada keanjalan. Anggota perkhidmatan awam seharusnya menyedari bahawa kerajaan tidak mencipta kekayaan. Peranan ini dimainkan oleh sektor swasta yang mencipta kekayaan, dari kekayaan yang dicipta pihak swasta, kerajaan mempunyai saham yang dikutip di dalam bentuk cukai korporat. Hasil ini seterusnya digunakan bagi membangunkan negara dan untuk membayar gaji kakitangan awam.

20. Keanjalan ini penting bagi menghadapi cabaran untuk berjaya di dalam ekonomi baru yang ditandai oleh proses globalisasi. Kita harus mengubah kerangka minda, strategi dan kaedah bekerja jika kita ingin memanfaatkan fenomena yang ada. Sesungguhnya “extraordinary times requires extraordinary measures”. Sektor awam perlu menjadi pemudah cara kepada penciptaan kekayaan tanpa mengenepikan peranan mereka sebagai pemelihara kepentingan awam. Penjawat awam sekali-kali tidak boleh menjadi penghindar proses penciptaan kekayaan ini kerana jika mereka berbuat demikian, yang akan rugi pada analisa akhirnya adalah rakyat.

21. Anjakan paradigma kedua ialah beralih daripada budaya output dan perbelanjaan atau kesan nyata semata-mata kepada mementingkan aspek outcome atau dampak keberhasilan secara holistik. Perkhidmatan awam harus menganjak paradigma daripada menilai kejayaan yang berasaskan ‘output’ kepada kejayaan yang berasaskan ‘outcome’. Misalnya dalam bidang pelajaran, bukan sahaja jumlah sekolah atau makmal yang mencukupi harus diberi penekanan tetapi perhatian yang utama harus diberikan kepada soal kejayaan menyeluruh termasuk kebajikan dan moral pelajar. Begitu juga dalam hal menangani gejala penagihan najis dadah, perhitungan kita bukan hanya berapa kepada berapa banyak pusat serenti yang mampu dibina, akan tetapi berapa ramai penagih yang berjaya kita pulihkan. Contoh lain pula ialah penekanan kita bukan pada bilangan mesyuarat yang diadakan atau kekerapan lawatan ke luar negeri tetapi kepada apakah hasil yang tercapai daripada mesyuarat dan lawatan yang telah dibuat.

22. Anjakan paradigma ketiga adalah anjakan daripada birokrasi yang menyukarkan kepada birokrasi yang memudah cara dan menyenangkan rakyat. Kita memperakui sistem birokrasi yang ada di Malaysia telah membawa pembangunan ke seluruh penjuru negara sejak lima puluh tahun yang lalu, namun hari ini terdapat tanggapan bahawa pentadbiran awam berada di belakang keluk perubahan negara mahupun global. Jika diteliti perbelanjaan emolumen untuk pembiayaan sektor awam ianya terus meningkat saban tahun. Hakikatnya kerajaan membelanjakan satu perempat daripada perbelanjaan pengurusan setiap tahun untuk emolumen sektor awam. Pada tahun 2007 kerajaan telah mengumumkan kenaikan gaji asas kakitangan awam dari 7.5 peratus sehingga 35 peratus. Dari segi peruntukan, kerajaan telah pun membelanjakan jumlah yang besar untuk membiayai emolumen sektor awam pada tahun 2006 dengan sejumlah RM 28 billion untuk tujuan ini. Angka ini telah meningkat kepada RM 32 billion pada tahun 2007 dan kepada RM 41 billion pada tahun 2008. Persoalannya, dibenak rakyat tertanya-tanya, adakah perbelanjaan ini berbaloi. “Are the rakyat getting value for their tax dollars?”.

23. Lantas, untuk melakukan proses anjakan dan pembaharuan, kita memerlukan sektor awam yang bukan sahaja memahami realiti semasa tetapi mempunyai kemahuan dan berani membuat perubahan. “We do not need mere seat warmers, we need actual doers”. Di sudut yang lain pula, kenapa kita harus secara operasionalnya terus-terusan mengamal tatacara kerja yang usang, menyulitkan lagi melambatkan jikalau ia dapat dilaksanakan atau disiapkan dalam masa yang cepat. Perkara ini boleh dilaksanakan jika ada kemahuan, usaha dan tekad, ia tidak mustahil. Suatu masa dahulu untuk membuat atau memperbaharui pasport antarabangsa baru mengambil jangka masa yang panjang namun kini ianya boleh disiapkan dalam masa beberapa jam sahaja.

24. Dalam konteks ini juga, salah satu perkara yang sentiasa menjadi rungutan orang ramai ialah khidmat kaunter yang lambat. Rakyat mengeluh kerana walaupun jumlah kaunter dilihat begitu banyak namun kebanyakan waktu jumlah kaunter yang dibuka pada waktu puncak tidak pada jumlah yang optima yang dapat menangani jumlah pelanggan. Begitu juga jika rakyat menelefon jabatan-jabatan kerajaan pegawai atau kakitangan tidak menjawab atau jikapun mereka menjawab mereka mengatakan tidak tahu. Walaupun bukan semua yang terbabit akan tetapi hal ini telah menyebabkan tanggapan buruk rakyat terhadap perkhidmatan awam sebagai penyusah bukannya sebagai pemudah cara. Justeru kenapa masih memegang teguh kepada birokrasi yang menyusahkan, beranjaklah kepada birokrasi yang bersifat memudah cara. Saya lihat, salah satu langkah terbaik ialah Lembaga Hasil Dalam Negeri dengan kaedah e-filingnya yang merupakan pendekatan yang memudahkan penuh kreativiti dan innovasi.

25. Anjakan paradigma yang keempat pula daripada produktiviti semata-mata kepada gabungan produktiviti, kreativiti dan innovasi. Kalau selama ini kita mengukur pencapaian dari segi produktiviti, hari ini ukuran ini perlu ditambah baik melalui kreativiti dan innovasi. Ukuran produktiviti secara konvensional hanya memberikan kita penambahbaikan secara bertokok (incremental), manakala jika digabungkan produktiviti dengan kreativiti dan inovasi, ia akan memberikan kita penambahbaikan secara anjakan berganda (quantum leap).

26. Jelasnya, produktiviti yang digabungkan bersama kreativiti dan innovasi mampu melonjakkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan awam Malaysia. Tanggapan bahawa setiap masalah boleh diselesaikan dengan menubuhkan jabatan/agensi baru atau menambah kakitangan adalah pandangan yang tidak tepat. Dengan kemajuan teknologi maklumat produktiviti setiap pegawai dan kakitangan boleh dioptimakan. Kita perlu mengawal saiz kerajaan kerana kerajaan tidak tahu semuanya atau mempunyai penyelesaian kepada setiap permasalahan. Realitinya, era kerajaan besar dan kerajaan mengetahui segalanya sudah berakhir.

27. Semua jabatan dan agensi kerajaan harus memaksimumkan aplikasi kreativiti dan inovasi ini. Matlamat utamanya adalah untuk meningkatkan kepuasan hati klien sektor awam yang utama iaitu rakyat. Idea-idea baru tidak harus dilihat dengan penuh syak wasangka atau dibakulsampahkan hanya semata-mata ianya tidak konvensional. Untuk menjadikan perkhidmatan awam Malaysia sebagai tanda aras kecemerlangan peringkat global maka budaya pemikiran diluar kotak kebiasaan perlu menjadi norma harian dan rutin bukannya kepelikkan. Barulah nanti wujud persekitaran kerja yang dinamik lagi bertenaga dan berdaya saing.


Tuan-tuan dan puan-puan,

28. Dari segi pembaharuan struktural, pertamanya saya ingin mencadangkan kaedah ‘sistem kemasukan pelbagai peringkat’ ke dalam perkhidmatan awam. Di bawah konsep ini kita akan akan dapat memanfaatkan proses ‘cross fertilization’ di antara bakat-bakat sektor awam dan sektor swasta. Sudah tiba masanya kini jawatan-jawatan utama sektor awam dibuka kepada bakat-bakat daripada sektor swasta dan dari perkhidmatan selain perkhidmatan tadbir dan diplomatik. Kita tidak boleh lagi terlalu dogmatik, kita perlu mendapatkan bakat yang terpilih, terbaik dan tersaring demi kepentingan rakyat.

29. Keduanya saya juga mencadangkan satu dasar pintu terbuka di mana pegawai-pegawai perkhidmatan awam boleh dipinjamkan ke syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan pegawai GLC dipinjamkan pula ke perkhidmatan awam untuk saling menimba pengalaman. Dengan cara ini pegawai perkhidmatan awam boleh didedahkan kepada keperluan sektor swasta yang merupakan peneraju utama pertumbuhan negara.

30. Oleh itu ketiganya bagi mendapatkan bakat yang terbaik, perkhidmatan awam perlu mencontohi pelan pembangunan kerjaya dan pencarian bakat yang diamalkan seperti Petronas, Permodalan Nasional Berhad dan Bank Negara yang mempunyai sistem pengenalpastian bakat yang mantap serta telah menjadikan mereka organisasi yang hebat. Kita akan menghantar yang terbaik dikalangan penjawat awam untuk menimba ilmu di beberapa institusi tersohor di dunia seperti Kennedy School of Government, di Universiti Harvard, dan Wharton Business School di Universiti Pennsylvania.

Tuan-tuan dan puan-puan,

PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

31. Dalam menterjemahkan aspirasi ini, saya komited bagi memastikan perkhidmatan awam Malaysia akan dianggotai anak-anak Malaysia yang terbaik. Saya mencabar generasi muda yang hari ini mengkritik sektor awam untuk bersama-sama kita menambah baik sistem dari dalam. Marilah bersama menyertai perkhidmatan awam, mempersembah kudrat dan pemikiran saudara saudari demi pertiwi. Kita sedar buat masa ini kita tidak boleh menandingi kelumayanan yang ditawarkan oleh sektor swasta kepada saudara saudari tetapi apa yang kita boleh tawarkan adalah rasa kepuasan berkhidmat demi rakyat dan negara. Walau apapun, kita sedang berusaha untuk menyemak dan menambahbaik skim-skim perkhidmatan yang kritikal agar pengorbanan saudara dan saudari dihargai.

32. Di atas segalanya, saya amat maklum bahawa mengurus sebuah negara yang kompleks seperti Malaysia memerlukan kerjasama semua pihak. Paling utama harus ada kesefahaman diantara anggota pentadbiran sebagai pengubal dasar dan anggota perkhidmatan awam sebagai jentera pelaksana dasar. Ini kerana, sebaik manapun dasar yang telah digubal tanpa mekanisma pelaksanaan yang cekap maka matlamat dasar tidak akan mampu direalisasikan.

33. Lantaran itu, baru-baru ini, semasa mengumumkan anggota kabinet, saya telah menggariskan jangkaan terhadap pencapaian mereka. Saya telah mengamanahkan mereka untuk bekerja tanpa mengenal penat lelah bagi kepentingan rakyat. Sehubungan itu saya turut mengumumkan satu sistem petunjuk utama prestasi (KPI) yang akan dirangka bagi mengukur pencapaian mereka.
34. Namun, semboyan berkhidmat ini tidak terhenti setakat para anggota kabinet, anggota perkhidmatan awam adalah merupakan rakan kongsi utama kepada anggota pentadbiran untuk menunaikan komitmen kita kepada rakyat Malaysia dalam memberikan khidmat yang terbaik. Justeru, saya berdiri di sini pada hari ini, bagi mengulangi seruan kepada tuan-tuan dan puan-puan agar menumpah khidmat kepada rakyat dengan sepenuhnya.

35. Saya yakin dan percaya dengan pelaksanaan sistem pengurusan yang berteraskan pengiktirafan perkongsian antara anggota pentadbiran dan penjawat awam merupakan satu-satunya jalan untuk kita menempa kejayaan pembaharuan yang besar. Perubahan tidak datang hanya dengan pengumuman atau berucap mengenainya. Ia terhasil daripada dedikasi dan kerja keras sepasukan manusia yang diikat oleh apa yang disebut dalam istilah bahasa Arab sebagai wa’ad dan bai’ah yakni satu tautan persetiaan dan perkongsian komitmen yang padu antara penjawat awam dan pentadbiran.

Tuan-tuan dan puan-puan,

36. Kepimpinan tidak akan bermakna jika ia tidak berpaksikan kepada pencapaian. Bila rakyat menilai kepimpinan sektor awam dan politik, apa yang ingin diukur oleh mereka ialah pencapaian. Kepimpinan berteraskan pencapaian adalah kemuncak penilaian kepada kepimpinan. Sebab itulah saya telah merangka KPI kerana piawai kepada pencapaian itu perlu ada. Ini akan membolehkan perkhidmatan awam dinilai secara holistik merangkumi penilaian kuantitatif dan kualitatif. KPI ini bukan alat atau kaedah untuk menghukum atau mendera kakitangan awam tetapi sebagai kayu ukur yang objektif terhadap tahap penyampaian. Ingatlah bahawa setiap sen dan ringgit yang kita terima akan dipertanggungjawabkan bukan sahaja didunia ini tetapi juga di akhirat.

37. Sesungguhnya, modenisasi sektor awam adalah suatu usaha murni yang besar dan berterusan. Saya tidak mahu mengambil sikap hangat-hangat tahi ayam didalam usaha pembaharuan ini. Saya mahu mengatakan kepada anggota perkhidmatan awam bahawa apa yang saya katakan hari ini, apa yang saya janjikan hari ini, akan berkesinambungan dengan tindakan susulan. Selepas ini kita tidak mahu sekadar memanterakan slogan yang muluk- muluk tetapi kosong. Apa yang mustahak, kerja mesti dijalankan.

38. Kepada tuan-tuan dan puan-puan yang berprestasi tinggi, tidak perlu bimbang. Janganlah menganggap diri tuan-tuan dan puan-puan sebagai wira yang tidak didendang. Kepada mereka yang pencapaiannya kurang memuaskan pula, saya menyeru agar bingkas bangun membaiki prestasi diri. Rakyat berhak mendapat yang terbaik. Oleh yang demikian, di bawah konsep rakyat didahulukan, sektor awam perlu melihat rakyat sebagai klien yang terutama.

39. Penjawat awam perlu dilihat memberikan khidmat yang menyenangkan rakyat. Ini kerana sebab musabab atau raison d’etre kepada kewujudan perkhidmatan awam itu sendiri adalah untuk mengkhidmati rakyat. Kepuasan hati rakyat adalah tanda aras utama kepada kejayaan sektor awam. Dalam hal konsep rakyat diutamakan ini, marilah kita merenung sirah Rasulullah SAW sebagai pemimpin yang agung, betapa Baginda dengan prihatinnya meletakkan keutamaan yang tinggi kepada kepentingan dan kebajikan masyarakat sehinggakan di saat-saat akhir riwayat baginda, kalimah yang diucapkan adalah ‘umatku, umatku, umatku’. Jadinya, saya berasakan bahawa kita perlu mengambil pengajaran daripada kepimpinan Rasulullah yang sangat kasih dan penyayang kepada seluruh umat menelusuri kepimpinannya dalam tamadun Islam yang sungguh menakjubkan itu. Moga, dapatlah kita beriktibar daripadanya dalam mengangkat kepentingan rakyat dalam khidmat masing-masing.

40. Bertolak dari situ, pada hemat saya jua, jika kita benar benar ingin berkhidmat untuk rakyat, kita perlu mengetahui rintihan massa. Kita perlu fahami setiap masalah, kekangan dan kesulitan yang dihadapi rakyat, barulah kita mampu untuk mengambil langkah-langkah sewajarnya bagi mengatasi masalah tersebut. Sebab itulah saya sangat menekankan empati dalam pentadbiran saya agar penyelesaian yang kita capai bagi setiap masalah rakyat adalah bertepatan dengan hasrat mereka yang sebenarnya.

41. Yang paling mustahak, saya inginkan pentadbiran saya menjadi pentadbiran yang memahami denyut nadi rakyat. Pentadbiran yang berupaya menyelami keluh kesah dan gundah gulana sebenar kehidupan seharian rakyat. Justeru, sebaik saya memulakan tugas sebagai Perdana Menteri saya telah mulakan siri walkabout atau tinjauan mesra dan prihatin di kawasan-kawasan tertentu, bukan sahaja bagi membolehkan saya mendekati rakyat, tetapi lebih penting, supaya saya dapat merasai kepekaan secara visual dan merasai sendiri melalui panca deria saya akan segala bau dan hiruk pikuk serta liku-liku kepayahan yang dilalui oleh orang-ramai dalam menjalani kehidupan seharian mereka.

42. Contohnya juga, bagaimana kita hendak menggubal dasar pengangkutan awam jika kita tidak sendiri turun ke bawah menaiki LRT dan komuter atau bas yang menjadi nadi pengangkutan selama ini. Di noktah ini, saya sayugia teringat kepada pendekatan Allahyarham ayahanda saya yang turun merapati rakyat ke kampung-kampung, sawah bendang, tanah-tanah rancangan, menaiki basikal dan berperahu. Memang jelas, pengalaman yang diperolehi itu amat berharga, dan penilaian yang dapat dibuat sangat berbeza berbanding penilaian berasaskan laporan-laporan dibentang dalam keselesaan bilik pejabat berhawa dingin yang terpisah jauh dari realiti kehidupan. Sebab itulah saya mahukan pegawai-pegawai tinggi kerajaan juga turun padang dari masa ke semasa untuk memahami masalah pelanggan masing-masing. "We must understand our stakeholders in order to be able to deliver what they require". Nescaya, insya Allah, rakyat akan menerima kita sepenuhnya.

43. Akhir kata demi rakyat, tunjangkan dan tampilkanlah penjawat-penjawat awam yang berintegriti, berkebolehan, setia dan berdedikasi. Satu Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Sekian terima kasih.

mISTERI SELSEMA babi




Seperti yang diketahui umum (harap tahu), wabak Selsema Babi sedang melanda Mexico dan Amerika Utara beberapa hari lepas. 81 orang maut di Mexico ,menjangkiti 12 orang di Amerika Syarikat dan buat pertama kalinya pihak berkuasa di New Zealand mengesahkan 10 pelajar negara berkenaan yang baru pulang dari Mexico menghidap selesema babi dan terpaksa dikuarantin sebagai langkah berjaga-jaga.



Selsema Babi, merupakan satu penyakit respiratori (sistem pernafasan) yang selalu ditemui dalam kawanan babi, disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1) yang telah mengalami mutasi dan menghasilkan strain baru. Selsema ini yang selalunya berlegar dalam spesis babi sahaja, dilihat mula menjangkiti manusia dan mula dikesan dalam manusia sejak 1988.



Namun menurut laporan Centres of Disease Control and Prevention Amerika Syarikat atau singkatannya CDC, jumlah kes Selsema Babi dilihat semakin meningkat sejak Disember 2005 sehingga Februari 2009, dan semua kes ditemui di negeri-negeri Amerika Syarikat. Sedari Mac 2009 hingga April 2009, lebih 1000 kes Selsema Babi dikesan di Mexico, dan lebih dari 80 kematian yang dikaitkan dengan virus H1N1 dilaporkan. Tanggal 26 April 2009 (kelmarin), Jabatan Kesihatan Amerika Syarikat mengisytiharkan wabak Selsema Babi ini sebagai kecemasan kesihatan awam (public health emergency), setelah lebih 20 kes dikesan di seluruh Amerika Syarikat.



Simptom-simptom yang dipamerkan pesakit yang dijangkiti H1N1 adalah seperti, selsema, demam, batuk, kepenatan dan juga kurang selera makan. Ada juga laporan menyebut bahawa pesakit mengadu sakit tekak, loya, muntah-muntah dan cirit-birit. Virus H1N1 ini dipercayai menjangkiti manusia ke manusia melalui udara, titisan rembesan hidung mahupun mulut yang berlegar di udara. Selsema Babi mudah menjangkiti manusia lain dalam lima ke sepuluh hari pertama jangkitan. Ubat yang disarankan adalah seperti; amantadine, rimantadine, oseltamivir dan zanamivir, walaubagaimanapun, untuk wabak terbaru ini, rawatan yang disarankan adalah dengan menggunakan oseltamivir dan zanamivir. Vaksin untuk selsema manusia bermusim tidak melindungi manusia dari Selsema Babi.



Sebagai langkah pencegahan juga, orang awam digalakkan memakai topeng dan juga melaporkan diri pada klinik atau hospital berdekatan jika ada melawat negara-negara (dalam sebulan yang lepas) yang telah diisytihar dilanda wabak Selsema Babi.

misteri kentut

> 1. Dari mana asal kentut?
> Dari gas dalam usus.
> Gas dalam usus berasal dari udara yg kita telan, gas yang menerobos ke usus dari darah, gas dari reaksi kimia dan gas dari bakteria dalam perut.
>
> 2. Apa komposisi kentut?
> Bervariasi. Makin banyak udara anda telan, makin banyak kadar nitrogen dalam kentut (oksigen dari udara diaserap oleh tubuh sebelum sampai di usus). Adanya bakteria serta reaksi kimia antara asam perut dan cairan usus menghasilkan karbon dioksida. Bakteria juga menghasilkan metana dan hidrogen. Propors masing-masing gas tergantung apa yang anda makan, berapa banyak udara tertelan, jenis bakteria dalam usus, berapa lama kita menahan kentut. Makin lama menahan kentut, makin besar proporsi nitrogen, kerana gas-gas lain terserap oleh darah melalui dinding usus. Orang yang makannya tergesa-gesa kadar oksigen dalam kentut lebih banyak kerana tubuhnya tidak sempat menyerap oksigen.
>
> 3. Kenapa kentut berbau busuk?
> Bau kentut kerana kandungan hidrogen sulfida & merkaptan. Kedua bahan ini mengandung sulfur (belerang). Makin banyak kandungan sulfur dalam makanan anda, makin banyak sulfida & merkaptan diproduksi oleh bakteri dalam perut & makin busuklah kentut anda.. Telur & daging mempunyai peranan besar dalam memproduksi bau busuk kentut. Kacang-kacang berperanan dalam memproduksi volume kentut bukan dalam kebusukannya.
>
> 4. Kenapa kentut menimbulkan bunyi?
> Kerana adanya vibrasi lubang `anus` saat kentut diproduksi. Kerasnya bunyi bergantung pada kecepatan gas.
>
> 5. Kenapa kentut yg busuk itu hangat & tidak berbunyi?
> Salah satu sumber kentut adalah bakteria. Fermentasi bakteria & proses pencernaan memproduksi panas, hasil sampingannya adalah gas busuk.
> Ukuran gelembung gas lebih kecil dan hangat dengan produk metabolisme bakteria yg berbau busuk. Ini kemudiannya menjadi kentut, walau hanya kecil volumenya,tapi SBD (Silent But Deadly)
>
> 6. Berapa banyak kentut diproduksi sehari?
> Rata-rata setengah liter sehari dalam 14 kali kentut.
>
> 7. Mengapa kentut keluar melalui lubang dubur?
> Kerana density-nya lebih ringan, kenapa gas kentut tidak melakukan perjalanan ke atas? Tidak demikian. Gerak peristaltik usus mendorong isinya ke arah bawah. Tekanan di sekitar `anus` lebih rendah. Gerak peristaltik usus menjadikan ruang mempunyai tekanan, sehingga memaksa isi usus, termasuk gas-nya untuk bergerak ke kawasan yang bertekanan lebih rendah, iaitu sekitar `anus`. Dalam perjalanan ke arah `anus` gelembung-gelembung kecil bergabung jadi gelembung besar.. Kalau tidak ada gerak peristaltik, gelembung gasakan menerobos ke atas lagi, tapi tidak terlalu jauh, kerana bentuk usus yg rumit & berbelit-belit.
>
> 8. Berapa waktu yang diperlukan oleh kentut untuk melakukan perjalanan ke hidung orang lain?
> Bergantung kepada kondisi udara, seperti kelembaban, suhu, kecepatan & arah angin, berat molekul gas kentut, jarak antara 'transmitter'
> dengan 'receiver'. Begitu meninggalkan sumbernya, gas kentut menyebar & konsentrasinya berkurang. Kalau kentut tidak dikesan dalam beberapa detik, bererti ianya mengalami pengcernaan di udara & hilang ditelan udara selama-lamanya. Kecuali kalau anda kentut di ruang sempit, seperti lift, kereta, konsentrasinya lebih banyak, sehingga baunya akan berlegar dalam waktu yang agak lama sampai akhirnya diserap dinding.
>
> 9. Apakah setiap orang kentut?
> Sudah pasti, kalau masih hidup. Sesaat setelah meninggalpun orang masih boleh kentut.
>
> 10. Betulkah lelaki kentut lebih kerap daripada perempuan?
> Tidak ada kaitannya dengan gender... Kalau benar, bererti perempuan menahan kentutnya, & apabla mahu kentut, banyak sekali jumlah yg dikeluarkan.
>
> 11. Saat apa biasanya orang kentut?
> Pagi hari di toilet.. yang disebut "morning thunder". Kalau resonansinya bagus, boleh didengar di seluruh penjuru rumah.
>
> 12. Mengapa makan kekacang menyebabkan banyak kentut?
> Kekacang mengandung zat gula yg tidak boleh dicerna tubuh. Gula tersebut (raffinose, stachiose, verbascose) jika sampai di usus, bakteria di usus berpesta & membuat banyak gas. Jagung, kubis, susu juga penyebab banyak kentut (bukan baunya!).
>
> 13. Selain makanan, apa lagi penyebab kentut?
> Udara yang tertelan, makan terburu-buru, makan tanpa dikunyah, minum `soft drink`, naik pesawat udara (kerana tekanan udara lebih rendah, sehingga gas di dalam usus mengalami ekspansi & muncul sebagai kentut)..
>
> 14. Apakah kentut sama dengan sendawa, tapi muncul dari lain lubang?
> Tidak... sendawa muncul dari perut, komposisi kimianya lain dengan kentut. Sendawa mengandung udara lebih banyak, kentut mengandung gas yang diproduksi oleh bakteria lebih banyak.
>
> 15.. Kemana perginya gas kentut kalau ditahan tidak dikeluarkan?
> Bukan..tetapi diserap oleh darah, bukan hilang kerana bocor..Tapi bermigrasi ke bahagian atas menuju usus & pada gilirannya akan keluar juga.. Jadi bukan lenyap, tapi hanya mengalami penundaan.
>
> 16. Mungkinkah kentut terbakar?
> Boleh saja. Kentut mengandung metana, hidrogen yg combustible (gas alam mengandung komponen ini juga). Kalau terbakar, nyala-nya berwarna biru kerana kandungan unsur hidrogen.
>
> 17. Bolehkah menyalakan mancis dengan kentut?
> Jangan mengada-ada... konsistensinya lain.. Juga suhunya tidak cukup panas untuk memulakan pembakaran.
>
> 18. Mengapa kentut anjing & kucing lebih busuk?
> Kerana anjing & kucing adalah karnivor (pemakan daging). Daging kaya dengan protein. Protein mengandung banyak sulfur, jadi bau kentut binatang ini lebih busuk. Lain dengan herbivor seperti kambing, kuda, gajah, yang memproduksi kentut lebih banyak, lebih lama, lebih kuat bunyinya, tapi relatif tidak berbau.
>
> 19. Betulkah pening kepala kalau mencium bau kentut 2-3 kali berturut-turut?
> Kentut mengandung sedikit oksigen, mungkin sedikit saja anda mengalami pening kepala kalau mencium bau kentut terlalu banyak.
>
> 20. Apakah warna kentut?
> Tidak berwarna.
>
> 21. Apakah kentut itu asid atau neutral?
> Asid, kerana mengandung karbondioksisa (CO2) & hidrogen sulfida (H2S).
>
> 22.. Apa yang terjadi kalau seseorang kentut di planet Venus?
> Planet Venus sudah banyak mengandungi sulfur (belerang) di lapisan udaranya, jadi kentut di sana tidak ada kesannya.

TJ : DILARANG KENTUT KECUALI PENDITA , ITU PUN
PERLAHAN LAHAN
...kah.kah
( E pepet )

rumput

Ingin aku jadi rumput sahaja, supaya dimakan oleh kuda kerana amat ngerinya siksaan Allah
- Saidina Abu Bakar As-Siddiq

pemimpin

Sesiapa yang dilantik menjadi pemimpin kepada manusia maka dia hendaklah mengajar dirinya terlebih dahulu sebelum mengajar orang lain. Dan dia hendaklah memperelokkan setiap tindak tanduknya seharian sebelum memperelokkan dengan lidah. Dan sesiapa yang mengajar dirinya sendiri serta memperelokkannya lebih layak untuk mendapat kemuliaan daripada mereka yang mengajar dan memperelokkan manusia yang lain.
- Saidina Ali bin Abi Thalib

Kembali Pulang - Kangen Band

bintang terlihat terang
saat dirimu datang
cinta yang dulu hilang
kini kembali pulang

lihatlah dia mulai bernyanyi
coba merangkai mimpi
cinta yang dulu pergi
kini datang kembali

#
wajahmu mengingatkanku
dengan kekasihku dulu
wajahmu mengingatkanku
dengan masa laluku

##
kekasih yang dulu hilang
kini datang kembali pulang
akan ku bawa dia terbang
damai bersama bintang

kekasih yang dulu hilang
kini datang kembali pulang
betapa senang kurelakan
dan takkan kulepaskan

hatinya

Barangsiapa yang jernih hatinya, akan diperbaiki Allah pula pada yang nyata di wajahnya.
-Saidina Umar bin Al-Khatab

Isnin, 27 April 2009

misteri ahli KE.D.A.P






anggota kedap dibawah pokok ceri
bersantai dan berdamai
meneroka misteri

Sabtu, 25 April 2009

Misteri El Nino ?

Setiap tiga ke tujuh tahun, suatu arus laut yang panas menggantikan suatu arus laut yang kebiasaannya sejuk di luar pantai Peru, Amerika Selatan. Fenomena lautan yang diperhatikan ini dipanggil El Nino. Pemanasan lautan ini didapati berlaku di kawasan yang luas meliputi Pasifik tengah dan timur serta mempunyai kaitan dengan keadaan kejadian luar biasa cuaca yang ketara di tempat-tempat tertentu di dunia seperti banjir yang teruk dan kemarau yang berpanjangan. Di Asia Tenggara, Indonesia dan Australia, keadaan-keadaan lebih kering dari normal berlaku sementara di Pasifik tengah dan timur berhampiran khatulistiwa kebiasaannya lembap dialami.

Secara lazimnya, El Nino berlaku untuk tempoh 9 ke 18 bulan. Biasanya ia mula terbentuk pada awal tahun, berada dikemuncak pada akhir tahun dan menjadi lemah pada awal tahun yang berikutnya. El Nino yang mempunyai keamatan yang sama tidak semestinya menghasilkan corak iklim yang sama.

Bagaimana El Nino dikaitkan dengan keadaan-keadaan atmosfera?

Semasa El Nino, perairan yang lebih panas di Pasifik tengah dan timur membekalkan haba dan lembapan tambahan kepada atmosfera yang berada di atasnya. Ini mendorong pergerakan menaik yang kuat dan dengan demikian merendahkan tekanan permukaan di dalam kawasan pergerakan menaik itu. Udara lembap yang naik itu terpeluwap lalu membentuk kawasan ribut petir yang luas dan hujan lebat di kawasan berkenaan. Di bahagian barat Pasifik termasuk Malaysia, tekanan atmosfera meningkat, menyebabkan cuaca menjadi lebih kering.

Indeks Lampau Ungu Suria (UVI)

Indeks lampau ungu suria (UVI) ialah indeks yang menerangkan paras sinar lampau ungu ke atas permukaan bumi. Nilai indeks ini berjulat dari sifar dan ke atas – lebih tinggi nilai indeks, lebih tinggi potensi berlakunya kemudaratan pada kulit dan mata, dan masa kemudaratan untuk berlaku adalah kurang. Nilai indeks lampau ungu suria adalah berbeza sepanjang hari. Indeks lampau ungu (UVI) di bawah menunjukkan paras lampau ungu maksima sesuatu hari. Kebiasaan ini berlaku dalam tempoh empat-jam sekitar tengahari suria di antara tengahari dan 2.00 petang. Indeks lampau ungu (UVI) adalah penunjuk yang baik untuk mengelak dari terdedah kepada sinaran lampau ungu pada tempoh paras lampau ungu maksima.

UVI maksima pada 24 April 2009:

panasnya.........

Heran, kalau siang panasnya minta ampun. Duh! Matahari ada berapa sih sekarang? Atau mataharinya sudah beranak cucu sekarang? Hhuhuhuh…

ENSO Alert System Status: La Niña Advisory

Synopsis: A transition to ENSO-neutral conditions is expected during April 2009.
Atmospheric and oceanic conditions during March 2009 continued to reflect weak La Niña conditions. The monthly sea surface temperatures (SST) remain below-average across parts of the east-central and eastern Pacific Ocean (Fig. 1). The Niño-3.4 SST index value persisted near −0.5°C during the month (Fig. 2). Negative subsurface oceanic heat content anomalies (average temperatures in the upper 300m of the ocean, Fig. 3) weakened further across the eastern half of the equatorial Pacific Ocean. At thermocline depth, positive temperature anomalies in the western and central Pacific expanded eastward, while negative temperature anomalies became confined to the far eastern Pacific (Fig. 4). Convection remained suppressed near the Date Line, and enhanced across Indonesia, but weakened during the later part of the month due to Madden-Julian Oscillation (MJO) activity. Enhanced low-level easterly winds and upper-level westerly winds also decreased across the equatorial Pacific Ocean. Collectively, these oceanic and atmospheric anomalies are consistent with a weakening La Niña.
A majority of model forecasts for the Niño-3.4 region show that once ENSO-neutral conditions are reached, it will continue through the remainder of 2009. Several models indicate La Niña will continue through March-May 2009 (Fig. 5). Based on current observations, recent trends, and model forecasts, a transition to ENSO-neutral conditions is expected during April 2009.
Over the equatorial Pacific Ocean, La Niña-like impacts are expected to linger during April-June 2009, including above-average precipitation over Indonesia, and below-average precipitation over the central Pacific. Over the United States, La Niña impacts are strongest during the Northern Hemisphere winter and typically weaken during the spring. During December 2008-February 2009, tropical precipitation anomalies reflected La Niña, characterized by a westward retraction of deep tropical convection towards Indonesia, suppressed precipitation centered on the Date Line, and enhanced rainfall over northeastern South America (Fig. 6). In the United States, La Niña was associated with drier-than-average conditions across the southern tier of states (extending into California and the mid-Atlantic), and wetter-than-average conditions over the Ohio/Tennessee Valleys and northern Intermountain West (Fig. 7).
This discussion is a consolidated effort of the National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA), NOAA’s National Weather Service, and their funded institutions. Oceanic and atmospheric conditions are updated weekly on the Climate Prediction Center web site (El Niño/La Niña Current Conditions and Expert Discussions). Forecasts for the evolution of El Niño/La Niña are updated monthly in the Forecast Forum section of CPC's Climate Diagnostics Bulletin. The next ENSO Diagnostics Discussion is scheduled for 7 May 2009. To receive an e-mail notification when the monthly ENSO Diagnostic Discussions are released, please send an e-mail message to: ncep.list.enso-update@noaa.gov

kata kata

Orang yang bercita-cita dan berazam besar, selalu bertemu halangan dan rintangan yang besar. Kebesaran halangan dan rintangan itu adalah ukuran kecil besar sesuatu cita-cita. - HAMKA

Selain daripada kerelaan untuk berkorban, kekuatan sesuatu bangsa juga bergantung kepada kerelaan dan kecekapan untuk bekerja. - SOEKARNO

Senyuman adalah ibarat perhiasan batin, yang membantu mengindahkan perhiasan lahir yang kurang cantik. Dengan senyuman kemana pun kita pergi, bersinarlah disana cahaya kegembiraan. Dengan senyum tiada urusan yang berat dalam dunia ini, semuanya dapat diatasi. - HAMKA

Pergaulan mempengaruhi didikan otak. Pergaulan membentuk kepercayaan dan keyakinan. Oleh itu, untuk kebersihan jiwa, hendaklah bergaul dengan orang-orang yang berbudi, orang yang dapat kita kutip manfaat daripadanya. - HAMKA

Tidak ada satu pun sifat yang diberikan Tuhan kepada kita yang tidak berguna. - HAMKA

Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada rohaninya. Apa yang dapat difikirkan menentukan apa yang dicapai. - HAMKA

Sesungguhnya setiap kegagalan mengandungi benih-benih kenikmatan yang akan datang. Sebenarnya setiap kegagalan itu hanya berlaku untuk sementara saja. - HAMKA

Selain daripada kerelaan untuk berkorban, kekuatan sesuatu bangsa itu bergantung kepada kerelaan dan kecekapan serta kesediaan untuk bekerja. - SOEKARNO

Sebesar-besar atau seberat-berat urusan, jangan dihadapi dengan muka berkerut, kerut muka itu dengan sendirinya menambahkan lagi kerut pekerjaan itu. - HAMKA

Haji Abdul Malik Bin Haji Abdul Karim Amarullah ( HAMKA).

Tokoh dari tanah seberang ini sengaja dipilih untuk disisipkan dalam koleksi ini kerana Almarhum Haji Abdul Malik Bin Haji Abdul Karim Amarullah atau dikenali sebagai Prof. Dr Hamka adalah ulama besar Nusantara yang sangat terkenal. Lebih-lebih lagi beliau berasal dari tanah Minangkabau yang mempunyai pertalian dengan masyarakat adat perpatih di Negeri Sembilan. Setiap orang di negara ini yang pernah melihat dan mendengar kuliah agama yang disampaikan oleh tokoh ini pastinya merasai kerinduan yang mendalam terhadap nastolgia lampau. Penyusun sendiri tanpa sedar boleh menitiskan airmata apabila tokoh ‘idola’ ini tersedu dalam ceramah dakwahnya di kaca TV kira-kira awal tahun 1970an dahulu. Gayanya yang tersendiri dalam berdakwah amat memukau sekali bagai magnet yang boleh menyentuh hati setiap insan yang mendengar.

Latar Belakang Ulama

Pak Hamka atau Buya Hamka adalah nama istimewa yang mempunyai nilai tersendiri di persada perkembangan Islam dan dunia kesusasteraan nusantara. Hamka dari singkatan nama Haji Abdul Malik bin Haji Abdul Karim. Almarhum dilahirkan di Kampung Tanah Sirah ( ada riwayat lain mengatakan di Kampung Molek), Negeri Sungai Batang Maninjau, Minangkabau pada 14 Muharram 1326H bersamaan 17 Febuari 1908. Bapanya Haji Abdul Karim Amrullah adalah ulama terkenal Minangkabau yang tersohor dan dianggap pula pembawa reformasi Islam ( kaum muda). Menariknya pula, datuk beliau adalah ulama tarekat yang bersuluk terkenal. Tuan Kisa-i ( datuk Hamka) tetap mengamal Thariqat Naqsyabandiyah, istiqamah mengikut Mazhab Syafie. Pemahaman Islam Tuan Kisa-i sama dengan pegangan ‘Kaum Tua’, tetapi pada zaman beliau istilah ‘Kaum Tua’ dan ‘Kaum Muda’ belum tersebar luas. Anak beliau, Syeikh Haji Abdul Karim Amrullah, adalah seorang pelopor dan termasuk tokoh besar dalam perjuangan ‘Kaum Muda’. Syeikh Haji Abdul Karim Amrullah menolak amalan Thariqat Naqsyabandiyah, sekali gus menolak ikatan ‘taqlid’, tetapi lebih cenderung kepada pemikiran Syeikh Muhammad Abduh. Manakala ibunya pula bernama Siti Safiyah Binti Gelanggar yang bergelar Bagindo nan Batuah.

Menurut sejarahnya, bapa beliau pernah dibuang daerah oleh penjajah Belanda ke Sukabumi dalam tahun 1941 lantaran fatwa beliau yang dianggap membahayakan penjajah dan keselamatan umum. Haji Abdul Karim adalah tuan guru kepada
Sheikh Haji Ahmad Jelebu[1] yang riwayat hidupnya turut disajikan dalam koleksi ini. Beliau meninggal dunia pada 21 Jun 1945.

Pendidikan

Hamka mendapat pendidikan awal agama dari Madrasah Tawalib yang didirikan oleh bapanya. Masa kecilnya, seperti kanak-kanak lain beliau juga dikatakan lasak dan nakal. Ini diceritakan sendiri oleh Sheikh Haji Ahmad Jelebu bahawa Hamka pernah menyimbah air kepada penuntut lain semasa mengambil wuduk. Selepas itu beliau berguru pula kepada Sheikh Ibrahim Musa di Bukit Tinggi. Dalam tahun 1924, Hamka berhijrah ke Jawa sempat menuntut pula kepada pemimpin gerakan Islam Indonesia seperti Haji Omar Said Chakraminoto. Lain-lain gurunya ialah Haji Fakharudin, Ki Bagus, Hadi Kesumo dan iparnya sendiri Rashid Sultan Mansur.

Kerjaya Hidup

Hamka telah menyertai Gerakan Muhamadiah dan menerajui kepimpinan pertubuhan itu di Padang Panjang tahun 1928. Hamka bergiat aktif bagi menentang gejala khurafat, bidaah dan kebatinan sesat di sana. Beliau menubuhkan Madrasah Mubalighin pada 1929 dan dua berikutnya, Pak Hamka berpindah pula ke Kota Makasar, Sulawesi untuk menjadi pimpinan Muhamadiah.

Keilmuan dan ketokohan yang ada pada beliau mendorong beberapa buah universiti mengambilnya sebagai pensyarah dalam bidang agama dan falsafah. Antara universiti itu ialah Universiti Islam Jakarta, Universiti Mohamadiah Sumatera Barat, Universiti Islam Pemerintah di Jogjakarta dan Universiti Islam Makasar. Bagi mengiktiraf keilmuannya, Universiti Al Azhar, Mesir telah menganugerahkan Doktor Kehormat dalam tahun 1958 dan beliau turut menerima ijazah Doktor Persuratan UKM pada 7 Jun 1974.

Bakat Menulis

Keistimewaan Pak Hamka ialah kebolehannya menulis novel dan menghasilkan kitab-kitab agama yang terkenal. Berikut ialah beberapa buah buku karangan tersebut:

a. Novel

Tenggelamnya Kapal Vanderwick
Dalam Lembah kehidupan
Di Bawah Lindungan Kaabah
Kenangan Hidup
Merantau Ke Deli
Ayahku
Laila Majnun
Siti Sabariah

b. Kitab Agama dan Falsafah

Tafsir Al Azhar ( 30 Juz)
Khatib Ul Ummah ( 1925)
Tarikh Abu Bakar As Sidiq
Ringkasan Tarikh Umat Islam
Islam dan Adat Minangkabau
Tasawuf Moden
Falsafah Hidup
Lembaga Hidup
Lembaga Budi

c. Majalah

Kemahuan Zaman ( 1929)
Al Mahdi ( 1933)
Pendoman Masyarakat ( 1936 - 1942)
Semangat Islam ( 1944- 1948)
Menara ( 1946-1948)
Panji Masyarakat ( 1959)

Hasil tulisan beliau ini banyak memberi petunjuk dan ilham kepada para pembacanya. Malah karya-karya Almarhum Pak Hamka mampu membangkit semangat perjuangan seperti karya-karyanya dalam majalah selepas perang. Majalah Panji Masyarakat sendiri telah telah diharamkan oleh pemerintahan Sukarno dalam tahun 1960 iaitu setahun selepas penerbitannya. Bagaimanapun, majalah ini diterbitkan semula dalam pemerintahan order baru Suharto tahun 1966.

Pak Hamka pernah dipenjarakan awal tahun 1960an. Zaman pemerintahan Sukarno dan ketika kominis bermaharajalela, selain ditangkap buku-buku Almarhum ada yang dibakar. Di dalam penjara inilah, beliau melahirkan kitab Tafsir Al Azhar yang menjadi bacaan ummah sekarang. Penahanan batang tubuhnya dalam sangkar besi itu tidak dapat membunuh semangatnya untuk beribadah kepada Tuhannya.

Penyusun pernah membaca kisah riwayat Presiden Sukarno yang penuh kontroversi itu. Dinyatakan apabila bekas Presiden itu meninggal dunia, Pak Hamka telah dijemput dan dirayu supaya mengimami sholat jenazah Sukarno. Peringkat awalnya, Almarhum agak keberatan menunaikannya kerana sikap Sukarno masa hidupnya amat dipertikaikan. Namun apabila teringat tentang sifat Allah yang Maha Pengampun untuk mengampun dosa-dosa hambaNya. Buya Hamka maju juga ke hadapan untuk mengetuai sholat jenazah itu, dikatakan saat akhir hidupnya Sukarno mulai kembali kepada fitrah mengingati penciptanya.

Berdakwah

Penyusun amat bersetuju dengan pandangan bahawa Pak Hamka adalah tokoh Ulama besar dan pendakwah tersohor yang pernah dilahirkan untuk abad kedua puluh di Nusantara ini. Kewalian dan sifat karamah maknawiyah yang dimilikinya, mampu menyentuh hati dhamir ribuan insan yang mendengar kata bicaranya yang lunak dan menyegarkan. Penyusun ingin mengutip tulisan Saudara Abdul Ghani Said,
[2] penyusun buku “ 7 wali Melayu” bahawa Keistimewaan karamah maknawiyah antara lain ialah kata-katanya memberi kesan pada hati pendengar hingga mendorong orang membuat perubahan pada jalan kebaikan..”

Kekuatan minda dan kefasihan lidahnya untuk berdakwah dengan susun kata yang memukau jarang dimiliki oleh kebanyakan pendakwah. Kalau ada kisah tentang burung boleh berhenti terbang di udara apabila mendengar kemerduan bacaan Kitab Zabur oleh Nabi Daud A.S, maka Buya Hamka juga mempunyai magnet yang boleh meruntun jiwa pendengarnya untuk melabuhkan punggung mendengar sebentar ceramah dakwahnya. Hati yang keras bisa terlunak dan terpegun. Memang Allah memberi keistimewaan besar kepadanya iaitu senjata sulit berdakwah dengan lidahnya.

Di Negara kita, Pak Hamka sering juga berkunjung dan memenuhi undangan untuk berceramah termasuk di kaca TV hingga awal tahun 1980an. Beliau sering diundang menyertai muktamar Islam peringkat antarabangsa dan pernah berdakwah hingga ke Benua Eropah dan Amerika Syarikat. Kata Dr H. Ibnu Sutowo, hampir kesemua perjalanan hidupnya di dunia ini dimaksudkan untuk agama.

Kembali Ke Rahmatullah

Ulama istimewa ini kembali menemui Al Khaliqnya sewaktu berusia 72 tahun pada 24 Julai 1981 jam 11.10 pagi waktu Malaysia. Almarhum dipercayai mengalami serangan penyakit jantung. Penyusun berharap agar paparan kisah hidup tokoh nusantara yang agong ini dapat mengimbau kembali kenangan kita terhadap Pak Hamka yang dikasihi dan kita tidak rugi apabila mengingati orang-orang yang soleh kerana ia boleh mendatangkan rahmah. Rasulullah sendiri pernah bersabda yang bermaksud
“ Sesungguhnya perbandingan ulama di bumi sepertilah bintang- bintang di langit yang boleh dijadikan panduan di dalam kegelapan di bumi dan di laut..”
Golongan yang cuba mengelak diri dari mendampingi ulama atau memusuhi mereka yang ikhlas untuk memandu kita di dunia ini perlulah berwaspada. Ingatlah, peringatan Allah SWT dalam Hadith Qudsi :
“ Barang siapa memusuhi waliKu ( ulama), maka Aku akan mengisytiharkan perang terhadapnya” ( Riwayat Al Bukhari).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...