Aku hanyalah pengemis hina setitik cinta kasih
Pasti engkau tak pandang walaupun sebelah mata
Tak mengapalah kerana itu sudah lumrah kehidupan
Yang berharta bertakhta di mata dan di hati
Yang fakir disisih dicerca mungkin sampai akhir hayat nanti
Hanyalah sepi yang sudi hulur simpati
Meskipun tak pasti mengundang pawana damai di hati
Kembara hidup mesti diteruskan walaupun disirami gerimis pilu
MJS ARJUNA SAKTI 7.03.1007
1 ulasan:
kau pun dah mula merengek TJ...abislah macam ni...basah janggut dengan air mata
Catat Ulasan