1. Yakjuj dan Makjuj masih terkurung di dalam bumi dan masih berusaha untuk menembusi tembok pejal yang dibina oleh Zulkarnain.
(Sehingga datang satu masa, mereka sendiri akan sebut Insya Allah besok kita akan korek lain. Besoknya, kesan lubang itu masih ada...)
2. Bila mereka telah bertebaran dimuka bumi, bilangan mereka sangat ramai.
3. Anggota tubuh mereka sangat kuat, telinganya besar macam telinga gajah, bahkan lebih besar dari itu hingga ia menutup tubuhnya dengan telinganya itu.
4.Umur mereka panjang dan kadar kematian mereka amat rendah berbanding manusia lain.
5.Sebelum mereka dibebaskan dari kurungannya, Allah S.W.T akan mengirim nabi Isa A.S untuk membunuh Dajjal. Nabi Isa kemudian akan membawa orang2 beriman ke gunung untuk melindungi mereka dari angkara Yakjuj dan Makjuj.
Bila Allah S.W.T membebaskan mereka dari kurungan, mereka akan memusnahkan segala tumbuhan dan haiwan dibumi ini, bahkan manusia akan dibinasakan dan air-air sungai juga akan kering diminum oleh Yakjuj dan Makjuj.
(Gunung yang dimaksudkan adalah Gunung Tursina (Turisinin didalam surah At-Tiin, Turisaina brdsarkan bhsa)
6. Laungan suara mereka begitu kuat hingga boleh didengar diseluruh bumi, bahkan seluruh penghuni bumi akan bergoncang dan menggeletar ketakutan oleh suaranya itu.
7. Ditengah keganasan yang mereka lakukan, mereka akan menembakkan anak panah ke Langit dengan tujuan membunuh Allah. Untuk mengelirukan mereka, Allah S.W.T pun menyuruh Malaikat menyapukan darah di mata panah itu supaya mereka menyangka bahawa mereka benar-benar telah membunuh Allah S.W.T.
8. Dengan sangkaan bahawa mereka telah berjaya membunuh Allah S.W.T, mereka pun bertekad untuk menjelajahi langit dan menguasai angkasa lepas.
9. Allah S.W.T akan mengirimkan kuman untuk membinasakan daging dan otot2 ditubuh mereka.
10. Bau busuk dari bangkai mereka akan memenuhi seluruh bumi.
11. Nabi Isa A.S bersama dengan orang beriman yang melarikan diri ke gunung, akan berdoa agar Allah menyelamatkan mereka dari ancaman kuman itu.
12. Awan tebal akan meliputi seluruh udara bumi hingga Allah S.W.T menurunkan hujan selama 40 Hari. Air hujan yang mengalir di bumi akan menjadi merah keraa hujan itu menyuci darah dan bau busuk di udara bumi, hingga bumi dan udaranya kembali BERSiH.
13. Manusia beriman yang terselamat dari bencana besar itu akan berusaha memulihkan kesuburan bumi dan kedamaian diantara mereka, untuk berbakti kepada Allah S.W.T kerana agama pada ketika itu adalah ISLAM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan