Khamis, 23 April 2009

solat jumaat 2

Perumpamaan orang yang hadir ke masjid lebih awal adalah bagaikan orang yang menyembelih korban seekor unta, kemudian seperti menyembelih korban seekor sapi, kemudian seperti menyembelih korban seekor kambing, kemudian seperti memberi hadiah seekor ayam, kemudian seperti orang yang memberikan hadiah sebiji telur ."

Sesungguhnya, melambat-lambatkan hadir ke masjid apatah lagi setelah mana imam naik ke atas mimbar untuk membaca khutbah adalah merugikan.

Kerana kesempatan hadir awal ke masjid sebenarnya bolehlah dimanfaatkan dengan melakukan perkara-perkara sunat seperti Sembahyang Sunat Tahiyatul Masjid, membaca Al-Qur'an, beristighfar, berzikir dan berdoa, kerana hari Jumaat itu mempunyai banyak kelebihan serta ganjaran pahala yang berlipat ganda.

Selain daripada itu juga, apabila khatib naik ke atas mimbar, para jemaah janganlah berkata-kata, sebaliknya hendaklah menjawab azan dan seterusnya hendaklah menumpukan perhatian terhadap khutbah yang disampaikan.

Dari Abu Hurairah Radiallahuanhu, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : "Barang siapa yang berwuduk dan menyempurnakan wuduknya, kemudian dia pergi ke masjid untuk menunaikan Jumaat, lalu mendengar dan tidak bercakap ketika khutbah dibacakan, maka diampuni dosa-dosanya yang ada di antara hari Jumaat itu dan hari Jumaat berikutnya dan ditambah tiga hari lagi. Dan barang siapa yang bermain-main dengan anak-anak batu ( 1 ) ketika khutbah maka ianya telah berbuat sia-sia ."


( 1 ) Yakni Bercakap cakap , bermain main ,tidur dll yang tak memberi tumpuan pada khubah yang dibacakan . (Hadis riwayat Imam Muslim).

Oleh itu, rebutlah peluang dan kelebihan-kelebihan tersebut dengan mendiamkan diri dan mendengarkan khutbah yang disampaikan dengan khusyuk, bukan dengan mempersia-siakannya dengan tidur, berangan-angan dan sebagainya kerana di dalam khutbah terdapat banyak ilmu dan nasihat yang berguna yang boleh menjadi panduan untuk kehidupan.

Ingin juga diingatkan di mana terdapat segelintir di antara kita yang tergesa-gesa datang ke masjid kerana terlewat dan ada pula yang tergesa-gesa hendak pulang setelah selesai sembahyang, tanpa menunggu doa habis dibacakan.

Bukankah doa itu amat penting, sehingga dikatakan doa itu senjata orang mukmin? Kerana dengan doalah kita memohon ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala keampunan, keselamatan, keberkatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat.

Oleh itu, kerjakanlah Sembahyang Jumaat itu dengan penuh khusyuk dan tawaduk serta menurut adab-adabnya. Mudah-mudahan kita akn mendapat ganjaran yang dijanjikan dan tidak termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi.

Dari Surah Al Mu'minuun ayat 1 - 3 tafsirnya :

"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyang dan mereka yang menjauhkan diri daripada perbuatan dan perkataan yang sia-sia."

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...