Adapun terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj
Adapun terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj adalah kerana bumi
merasa bangga dengan langit. Berkata dia kepada langit, "Hai langit,
aku lebih baik dari kamu kerana Allah S.W.T. telah menghiaskan aku
dengan berbagai-bagai negara, beberapa laut, sungai-sungai, tanam-
anaman, beberapa gunung dan lain-lain."
Berkata langit, "Hai bumi, aku juga lebih elok dari kamu kerana
matahari, bulan, bintang-bintang, beberapa falah, buruj, 'arasy,
kursi dan syurga ada padaku."
Berkata bumi, "Hai langit, ditempatku ada rumah yang dikunjungi dan
untuk bertawaf para nabi, para utusan dan arwah para wali dan
solihin (orang-orang yang baik)."
Bumi berkata lagi, "Hai langit, sesungguhnya pemimpin para nabi dan
utusan bahkan sebagai penutup para nabi dan kekasih Allah seru
sekalian alam, seutama-utamanya segala yang wujud serta kepadanya
penghormatan yang paling sempurna itu tinggal di tempatku. Dan dia
menjalankan syari'atnya juga di tempatku."
Langit tidak dapat berkata apa-apa, apabila bumi berkata demikian.
Langit mendiamkan diri dan dia mengadap Allah S.W.T dengan
berkata, "Ya Allah, Engkau telah mengabulkan permintaan orang yang
tertimpa bahaya, apabila mereka berdoa kepada Engkau. Aku tidak
dapat menjawab soalan bumi, oleh itu aku minta kepada-Mu ya Allah
supaya Muhammad Engkau dinaikkan kepadaku (langit) sehingga aku
menjadi mulia dengan kebagusannya dan berbangga."
Lalu Allah S.W.T mengabulkan permintaan langit, kemudian Allah S.W.T
memberi wahyu kepada Jibrail A.S pada malam tanggal 27
Rejab, "Janganlah engkau (Jibrail) bertasbih pada malam ini dan
engkau 'Izrail jangan engkau mencabut nyawa pada malam ini."
Jibrail A.S. bertanya, " Ya Allah, apakah kiamat telah sampai?"
Allah S.W.T berfirman, maksudnya, "Tidak, wahai Jibrail. Tetapi
pergilah engkau ke Syurga dan ambillah buraq dan terus pergi kepada
Muhammad dengan buraq itu."
Kemudian Jibrail A.S. pun pergi dan dia melihat 40,000 buraq sedang
bersenang-lenang di taman Syurga dan di wajah masing-masing terdapat
nama Muhammad. Di antara 40,000 buraq itu, Jibrail A.S. terpandang
pada seekor buraq yang sedang menangis bercucuran air matanya.
Jibrail A.S. menghampiri buraq itu lalu bertanya, "Mengapa engkau
menangis, ya buraq?"
Berkata buraq, "Ya Jibrail, sesungguhnya aku telah mendengar nama
Muhammad sejak 40 tahun, maka pemilik nama itu telah tertanam dalam
hatiku dan aku sesudah itu menjadi rindu kepadanya dan aku tidak
mahu makan dan minum lagi. Aku laksana dibakar oleh api kerinduan."
Berkata Jibrail A.S., "Aku akan menyampaikan engkau kepada orang
yang engkau rindukan itu."
Kemudian Jibrail A.S. memakaikan pelana dan kekang kepada buraq itu
dan membawanya kepada Nabi Muhammad S.A.W. Wallahu'alam.
Buraq yang diceritakan inilah yang membawa Rasulullah S.A.W dalam
perjalanan Israk dan Mikraj.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan