Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertakwa dan Benar Sebenar Benar Nya beriman serta selamat di dunia dan selamat di akhirat.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Subhanahu wata'ala kerana memberikan kemewahan kepada kita sehingga dapat memberikan kemudahan tempat beribadat dengan membangunkan masjid-masjid di merata tempat, sehignga umat Islam dapat beribadat kepada Allah Subhanahu Wata'ala seperti bersembahyang lima waktu berjemaah dan bersembahyang Jumaat dengan selesa dan sempurna.
Semua umat Islam tahu sembahyang lima waktu itu salah satu Rukun Islam yang lima dan merupakan ibadat yang sangat penting dalam Islam dan menjadi tiang agama.
Di samping sembahyang lima waktu, Sembahyang Jumaat juga salah satu sembahyang yang dituntut dalam Islam dan wajib dikerjakan melainkan mereka yang dikecualikan oleh hukum syarak.
Firman Allah Subhanahu Wata'ala di dalam Surah Al Jumu'ah ayat 9 tafsirnya :
" Wahai orang-orang yang beriman Apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segerakanlah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah dengan mengerjakan Sembahyang Jumaat dan tinggalkanlah berjual beli pada saat itu, yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui hakikat yang sebenarnya ."
Rasulullah Sallallahu Alaihi wasallam bersabda maksudnya :
" Dari Tariq bin Syahib, dari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, Baginda bersabda : sambahyang Jumaat adalah hak yang wajib ke atas setiap orang Islam (mengadakannya secara berjemaah) kecuali empat iaitu hamba, perempuan, kanak-kanak dan orang sakit."
(Riwayat Al-Imam Abu Daud).
Ketegasan dan keprihatinan Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam terhadap tuntutan Sembahyang Jumaat amatlah jelas sehingga Baginda pernah bersabda sebagaimana diriwayatkan oleh Al-Imam Muslim, dari Abdullah bin Mas'ud, bahawa Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sangat suka sembahyang yang dilakukan secara berjemaah, sehingga pernah berkata bahawa Baginda hendak pergi membakar rumah-rumah mereka yang tidak mahu mengerjakan Sembahyang Jumaat Berjemaah.
Bahkan Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam juga pernah bersabda maksudnya :
" Dari Abi Al-Ja'ed Ad'damri dan bersamanya seorang kawan, sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Barang siapa meninggalkan tiga Jumaat kerana memudah-mudahkannya, Allah mencap nifaq( Munafik ) atas hatinya ." (Hadis riwayat Imam Abi Daud).
Walau bagaimanapun, Sembahyang Jumaat itu tidaklah diwajibkan jika berlaku halangan yang dibolehkan oleh syarak seperti orang-orang yang uzur atau sakit atau mereka yang tidak dapat pergi ke masjid disebabkan oleh perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan sehingga menyukarkan mereka pergi ke masjid seperti hujan ribut, banjir, peperangan dan sebagainya dan mereka boleh solat zohor dirumah .
Sebenarnya setiap amal ibadat itu ada dengan adab-adabnya, begitulah juga Sembahyang Jumaat. Dengan mengerjakan adab-adab tersebut, kita akan beroleh pahala sunat dan dengannya boleh menyebabkan ibadat menjadi lebih sempurna.
Diantara adab-adab tersebut ialah sebelum pergi ke masjid, kita disunatkan mandi, membersihkan badan, memakai pakaian yang bersih serta bau-bauan yang harum.
Menyentuh dalam cara berpakaian pula, kita adalah digalakkan untuk memakai sebaik-baik pakaian, biarlah pakaian itu bersih dan kemas, seperti Memakai Sebaik baik Pakaian yaitu jubah kerana ianya Sunnah Rasullilah saw Menyatakan Cinta Nya kita kepada baginda Nabi Besar kita saw atau berbaju Melayu.
Kerana kita bersembahyang adalah menghadap Allah Subhanahu Wata'ala dan sudah sepatutnyalah kita memakai pakaian yang elok dalam sembahyang.
Adab-adab yang lain pula ialah kita dituntut agar bersegera ka masjid. Menepati waktu sembahyang merupakan tuntutan agama malahan akan mendapat ganjaran yang besar.
Ulama Syafie juga sepakat mengatakan bahawa sunat (mustahab) menghadirkan diri lebih awal ke masjid pada hari Jumaat, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam menjelaskan tentang kelebihan orang-orang yang menghadirkan diri lebih awal ke masjid pada hari Jumaat,
Sebagaimana sabdanya yang diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Bukhari, dari Abi Hurairah Radiallahuanhu, Rasulullah Sallallahu Alaihi wasallam bersabda yang bermaksud :
" Apabila datang hari Jumaat, maka setiap pintu masjid ada Malaikat yang mencatat orang-orang yang masuk mengikut urutannya. Apabila imam telah duduk di atas mimbar, para Malaikat menutup buku catatan mereka dan datang untuk mendengarkan zikir (khutbah).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan