Jumaat, 24 April 2009

Misteri Kekuatan bismillah

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya
seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan
tidak mahu berbuat kebaikan.
Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap
dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului
dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan
sentiasa memperolok-olokkan isterinya.
Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah.
Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah
S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari
suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa
dengan bacaan-bacaanmu itu."
Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan
wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini."
Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat,
di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh
isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit
tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang
rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan
berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu
untuk disimpan."
Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan
diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia
menyimpan duit itu dia membuka dengan
membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T.
menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan
menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku
segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat
dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah
apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...