Khamis, 23 April 2009

7 pahala selepas mati

7 pahala selepas mati
Dari Anas r.a. berkata

Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat
diterima seseorang itu selepas matinya.

1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya
selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di
dalamnya.

2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang
minum daripadanya.

3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi
ada orang yang membacanya.

4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang
menggunakannya.

5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang
memakannya baik dari manusia atau burung.

6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia
diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.

7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya
selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya

8. yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang
yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan
ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.


Tj : sahabat cakap : TIDAK PENTING DIMANA KITA BERMULA.. TAPI DIMANA KITA BERAKHIR...

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...