Jumaat, 10 April 2009

IDENTITI MASYARAKAT ORANG ASLI JAKUN

IDENTITI MASYARAKAT ORANG ASLI JAKUN

Mengikut sejarah suku kaum Jakun ini berasal daripada persekitaran kepulauan Sulawesi dan Irian Jaya Indonesia.. Suku kaum Jakun ini terkenal sebagai keturunan lanun di masa lalu yang mana kehidupan mereka suka merompak kapal-kapal dagang Inggeris, Belanda dan Portugis.

Di zaman Sultan Melayu Melaka pada masa itu, suku kaum ini telah menjadi sebagai askar upahan untuk menentang Inggeris, Belanda dan Portugis yang menyerang Negeri Melaka. Mereka telah tertipu di atas kebijaksanaan Laksamana Tun Ali yang mana akan memberi ganjaran dan status pada masa itu. Mereka dan juga rakyat Negeri Melaka tidak berjaya melawan askar-askar Inggeris, Belanda dan Portugis kerana tidak terlawan dengan senjata senapang dan meriam, sebaliknya mereka menggunakan pedang, tombak dan keris.

Apabila kejatuhan pemerintahan Sultan Melaka maka masyarakat Jakun tiada tempat untuk tinggal dan tiada layanan dari Sultan Melaka dan rakyatnya dengan rasa kesal masyarakat Jakun pun berlayarlah meninggalkan Negeri Melaka dengan menaiki beberapa buah ‘tongkang’ atau ‘jong’ ke suatu tempat baru ke arah Laut Cina Selatan. Setelah beberapa lama berlayar maka mereka pun sampailah ke sebuah pulau. Malang sungguh nasib mereka apabila sampai di pulau berkenaan mereka dapati tiada berair, pokok-pokok, rumput dan hutan. Malah binatang-binatang dan burung tidak terdapat di pulau berkenaan.

Mereka pun mengambil keputusan untuk berpatah balik ke Semenanjung Tanah Melayu. Dalam perjalanan mereka telah kehabisan makanan dan bekalan air. Mereka bergantung harap kepada adanya hujan sahaja.. Malang nasib mereka hujan tiada dan apatah lagi makanan. Ramai diantara mereka mati kelaparan dan kehausan dan juga mati kerana sakit. Oleh yang demikian untuk meneruskan sisa hidup maka rakan-rakan mereka yang sakit tadi meminta mereka dibunuh dan dijadikan makanan. Keadaan yang terpaksa itu mereka pun lakukan demi perjuangan bangsa mereka. Oleh itu masyarakat lain mengatakan bahawa ‘Orang Asli memakan orang’. Begitu juga ada yang mengatakan bahawa masyarakat ini mempunyai ‘ekor’. Sebenarnya ialah mereka telah kehilangan pakaian sewaktu dalam pelayaran. Kekurangan pakaian maka masyarakat Jakun menggunakan apa sahaja untuk menutup aurat mereka iaitu dipanggil ‘cawat’

Sekian lama mereka berlayar maka sampailah ke suatu tempat di Kuala Pahang yang diberi nama ‘sekokoh’. Nama ini adalah bererti ‘sejiwa’, ‘sepadu’, ‘sehati’ dalam bahasa Jakunnya. Dengan kekuatan dan semangat yang kuat tadi mereka telah membuka tempat tersebut sebagai tempat tinggal mereka iaitu Kampong Sekokoh, Pekan. Sehingga sekarang sauh dan cebisan rangka ‘tongkang’ atau ‘jong’ masih ada yang mana diselaputi batu karang.

Kerja-kerja mereka menebas menebang dan bercucuk tanam dan menternak ayam dan sebagainya. Mereka juga mengambil upah kerja-kerja menebas tanah milik Kerabat Diraja Sultan Pahang. Atas budi baik dan jasa yang telah terjalin begitu erat maka ada juga di kalangan Kerabat Diraja telah berkahwin dengan masyarak ini.

Diceritakan bahawa, pada suatu masa dahulu Sultan Pahang telah memerintahkan rakyatnya menebang sebatang pokok ‘terentang’ atau (kemahang) di tebing Sungai Pahang yang berhampiran dengan istana sultan. Maka rakyat pun tebanglah pokok tersebut namun sehingga ke petang pokok itu tidak juga tumbang. Di sambung keesokkan harinya pula, alangkah terkejut sekelian yang hadir bahawa pokok itu menjadi keadaan seperti biasa tiada kesan tebang. Ditebangkan semula tidak juga tumbang. Keesokkan hari begitu juga sehinggalah beberapa hari. Maka bendahara pun mengadap sembah ke bawah Dului Sultan. Setelah beberapa ikhtiar tidak berjaya maka datanglah seorang bomoh Orang Melayu mengatakan bahawa tiada orang lain yang boleh menebang pokok tersebut melainkan masyarakat Jakun sahaja.

Disuruhlah oleh Sultan kepada orang-orang Jakun menebangnya. Pokok itu pun ditebang dari pagi hingga ke tengah hari, maka tumbanglah pokok tadi. Ketua masyarakat itu pun meminta Sultan dan kerabatnya membuat jamuan dan dihidangkan di atas tunggul pokok tadi. Setelah selesai memasak maka dibuat hidangan dan didapati sebanyak 40 hidangan semuanya. Syaratnya makanan hendaklah dihidangkan didalam daun rotan ‘dahan’. Kerja-kerja menyusun daun rotan dilakukan oleh anak gadis ketua masyarakat Jakun tadi diletak secara menyongsang dan hidangan untuk bapanya diletak secara betul. Apabila Sultan dan kerabatnya menjamu makanan tersebut maka tangan mereka pun terluka terkena duri. Sultan dan yang lain-lain hairan kenapa Ketua masyarakat Jakun tidak mengalami luka malah makan dengan begitu baik sekali. Disuruh anaknya membalut luka di tangan Sultan dan membantu menyuap makanan untuk Sultan. Selesai sahaja makan Ketua masyarakat Jakun tadi pun memberi tahu,” mengapa tuanku tidak pusingkan daun hidangan tadi, jika tuanku buat seperti patik nescaya tidak akan luka”.

Dengan kata-kata itu Sultan pun sedar bahawa masyarakat Jakun mempunyai kepandaian berfikir dan mempunyai ilmu yang tinggi. Dengan kejadian itu Sultan pun memperisterikan anak gadis ketua masyarakat tadi.

Sejarah mengenai masyarakat Jakun telah ditulis oleh pengembara Inggeris yang bernama Tom Pirates dan buku tulisannya tersimpan di muzium New York, Amerika. Seorang bekas pelajar Universiti Miami Encik Akim bin Buntat
telah menjumpai buku sejarah tersebut dan beliau telah menyusun semula dan dibentangkan semasa simposium Masyarakat Orang Asli Antarabangsa
Di Kuala Lumpur pada Tahun 1995. Beliau adalah berbangsa Jakun

6 ulasan:

Juliet_iRa~" berkata...

salam..
boleh saya tau rujukan ini?
ada lagi tak maklumat dan sejarah tentang masyarakat jakun ni?
kalo ada, boleh berikan link @ web add nya?
email sy : nadhirah_naz@yahoo.com

Tok Janggut Aur berkata...

nanti sy emailkan bukunya...

sya berkata...

slm..
sy sedang buat kajian berkenaan peniagaan dan keusahawanan kaum jakun. boleh x sy dptkn pe2 bhn @ rujukan berkenaan kaum jakun klu ada. tq
email : in_shaz@yahoo.com

Siapakah??? berkata...

boleh saya tau rujukan ini juga?
ada lagi tak maklumat dan sejarah tentang masyarakat jakun ni? saya sedang buat kajian..
kalo ada, boleh berikan link @ web add nya?
email sy : atiqah_dt@yahoo.com

Unknown berkata...

slm tuan,
Saya amat memerlukan maklumat dan sejarah tentang masyarakat Jakun ini. Boleh x emailkan bahan rujukan kpd saya melalui email roslinawatiyusoff@yahoo.com

Unknown berkata...

Juga maklumat utk berhubung dgn individu yg berdarah etnik jakun.. terima kasih byk.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...