AKTIVITI HARIAN
Kegemaran Orang Asli Jakun adalah suka memburu, memancing dan menangkap ikan, bercucuk tanam, membuat anyaman dari mengkuang, pertukangan tangan dan sebagainya. Alat buruan dan tangkapan mereka ialah, sumpitan, lembing, lukah/bubu, jala, jaring, jerat/perangkap.
Hasil pertukangan mereka seperti, buluh sumpitan, nyiru, gadang, model perahu atau patung-patung berupa binatang dan orang yang diperbuat dari teras kayu yang keras, manakala nyiru dan gadang dibuat dari rotan yang dibelah dan juga dari kulit pokok bemban. Sekarang ini hasil-hasil kerja tangan tersebut telah dipamerkan di muzium Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Gombak selain itu dibuat sebagai cenderahati dan dijual kepada umum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan