Isnin, 2 Mac 2009

Hari Sedih...

sori la..
hari ini hati aku sayu sikit..
tersentuh..
kecewa..
ada satu cerita nak kongsi,,
Ceritanya Begini:
seorang sahabat yang agak dekat hubungan ngan aku,,
sahabat aku ni warganegara asing yang menetap disini,,menggunakan pasport,,
ditakdirkan Allah dia ni menghidap penyakit buah pinggang,,penyakit dia ni memerlukan rawatan hemodalisis (cuci buah pinggang),,oleh kerana dia warga asing maka setiap kali rawatan memerlukan kos yang tinggi,,paling minimal RM600.00 setiap sessi,,pekerjaan takda sebab kesihatan tak mengizinkan,,
Sahabat ni ada seorang isteri,, mula2 isteri membantu,, tapi mungkin tertekan isteri dia ada buat hal la.. dia pernah telefon aku dan menangis sambil menceritakan masalah yang dialaminya...
Ketika kali terakhir dia meminta bantuan aku bagi nasihat isteri dia..dan menolong dia mendapatkan dokumen pengenalan bagi memudahkan urusan perubatan dia..
aku masih dalam proses bertanya dan cuba buat hubungan dengan pihak berkenaan,,tapi apakan daya aku ni pun orang biasa jer..proses yang lambat..
Keadaan dia semakin tenat,, dan akhirnya hari ini aku dapat berita dia meninggal dunia pagi tadi di hospital HTAA...
terkedu dan tersentak aku....Maafkan lah aku yang belum dapat membantu..
Semoga Allah beri pengampunan dan menempatkan sahabatku dikalangan orang yang soleh dan mendapat keredhaan Allah..AMIN
.....AL-FATIHAH......

so ni nama kehidupan,,sentiasa ada pancaroba dalam kehidupan..ini tugas kita menjalani kehidupan ini..tak boleh lari bang..kena terus dan kita tak pernah tahu apa misteri yang menunggu di simpang kehidupan

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...