Selasa, 10 Mac 2009

sementara....

SESUNGGUHNYA MELALUI FIRMAN ALLAH SWT DI DALAM AL-QURAN, BANYAK ALLAH SWT JELASKAN BAHAWA :

"KESENGSARAAN, KESUSAHAN, KEGEMBIRAAN & KESERONOKAN DUNIA SEMUA BERSIFAT TIPU DAYA SEMATA & SEMENTARA SAHAJA."

YANG PENTING, JANGAN ABAIKAN SOLAT DI AWAL WAKTU DAN SARANKAN SUAMI BERSOLAT BERJEMAAH DI RUMAH2 ALLAH (MASJID @ SURAU) SEBELUM JASAD DIBAWA UTK DISEMBAHYANGKAN SEBAGAI MAYAT, DAH RUGI.

SEMASA HIDUP INILAH KITA NAK HADIRKAN DIRI DI RUMAH ALLAH SWT UTK MENGHARAPKAN RAHMAT-NYA.

MANAKALA WANITA LEBIH AFDAL BERSOLAT DI RUMAHNYA AGAR AURATNYA TERJAGA DAN TIDAK TIMBULNYA FITNAH DIAKHIR ZAMAN.SAUDARAKU YANG DIMULIAKAN OLEH ALLAH SWT...

KAYA MACAM MANA PUN KITA, HEBAT MACAM MANA PUN KITA, WALAUPUN ORANG SEKELILING TAKUT PADA KITA KRN PANGKAT ATAU KRN KEDUDUKAN KITA SEBAGAI MENTERI, SULTAN, POLIS, TENTERA, KETUA JABATAN, DAN SIAPA SAHAJA KITA ITU SEMUA SEKADAR ALLAH SWT NAK UJI UNTUK MELIHAT TINGKAH LAKU KITA SAMA ADA ADA RIAK ATAUPUN TIDAK, TAPI PASTI DAN PASTI, SEDIA ATAU TIDAK, MAHU ATAU TIDAK, SUKA ATAU TAK SUKA, IA TIDAK MAMPU MENAKUTKAN "MALAIKAT MAUT" KETIKA DATANG MENJENGAH UTK MENGAMBIL ROH KITA UTK DIBAWA KE ALAM ARWAH MENEMUI ALLAH SWT DAN SEMUA AKAN DIHISAB OLEH-NYA.

KITA YANG AKAN BERLARI TERKENCING PULAK KRN BANYAK SOLAT YG DAH KITA TINGGALKAN, KITA LEWATKAN, AURAT YANG DAH KITA DEDAHKAN, TELINGA YANG KITA GUNA UTK MENDENGAR SELAIN AL-QURAN DAN KEBESARAN ALLAH SWT, MATA MELIHAT MAKSIAT DAN TUBUH WANITA YANG BUKAN MUHRIM KITA SELAIN MELIHAT KEBESARAN ALLAH SWT...

JADI UTK DAPATKAN RAHMAT DAN KASIH SAYANG ALLAH SWT, JANGAN SEKALI2 KITA MENILAI KEBURUKAN ATAU MENDOAKAN KEBURUKAN UTK HAMBA2 ALLAH SWT YANG LAIN HATTA MRK KAFIR SEKALIPUN, KITA DOA HIDAYAH UTK MEREKA AGAR MEREKA JUGA DAPAT NUR IMAN @ HIDAYAH DAN DAPAT MASUK SYURGA ALLAH SWT...

INILAH SIFAT2 ORANG MUKMIN.KITA SENTIASA ISLAH DIRI KITA KRN KITA AKAN BEROLEH KEUNTUNGAN AKAN DAPAT SIFAT RENDAH DIRI YANG TERBAIK. KATAKAN DALAM DIRI

"AKU YANG MASIH BANYAK SALAH DAN SILAP DI SISI ALLAH...., ANDAI AKU YANG MATI DULU, APA FAEDAH JIKA AKU SERING MENCARI KEBURUKAN ORANG LAIN....?"

SEMUA UMAT ISLAM SEDUNIA ADALAH BERSAUDARA SEKALIMAH "LAAILAAHAILLALLAH MUHAMMADURASULULLAH".....MAKA WAJIB KE ATAS KITA YANG TELAH DIPERINTAHKAN OLEH ALLAH SWT AGAR KITA SALING INGAT MENGINGATI SESAMA ISLAM BERKAITAN ALAM KUBUR, SIKSAAN KUBUR, TAMBAHAN PULA, RUMAH SAYA SEKARANG BETUL2 DEPAN KUBUR, LAGILAH SERONOK KALAU NAK ISLAH DIRI, RENUNG DIRI SETIAP MALAM & SIANG AGAR DATANG KEINSAFAN DALAM DIRI MEMPERBAIKI DOSA2 KITA YANG TERDAHULU.

MEMBUKA AURAT, MELENGAH @ MENINGGALKAN SOLAT, BERDATING SEBELUM KITA DISAHKAN SBG SUAMI ISTERI DLL...

SEMUA ITU MENGUNDANG MURKA ALLAH SWT....JADI KITA HARUS BERTAUBAT SEPENUH RASA PENYESALAN DAN TAKUT HANYA KEPADA ALLAH SWT DAN KITA WAJIB MENGAJAK SAUDARA2 ISLAM YG LAIN YG MASIH JAUH DARI AGAMA ALLAH SWT DGN KASIH SAYANG, AGAR MEREKA JUGA DAPAT KEMBALI KE JALAN YG HAQ DAN DAPAT REDHA ALLAH SWT.......

SEKIAN..WASSALLLAM.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...