Rabu, 18 Mac 2009

Buat Sahabat..... .......

Jangan kau sisihkan aku dari pandanganmu,
Sungguhpun aku bukan terbaik buatmu,
Sungguhpun kau telah temui pengubatmu,
Sungguhpun cinta telah diketemukan,
Lalu kau bahagia disaat itu,
Bersama rindu dan alunan asmara,
Seiring bersama cinta yang tercipta.

Jangan kau sisihkan aku dari memorimu,
Biarpun aku hanyalah sahabatmu,
Sungguh aku bukan tandinganmu,
Sungguh aku bukan gandinganmu,
Biarpun jauh perbedaan antara kita,
Engkau tetap sahabatku,

Jangan sisihkan aku dari hidupmu,
Biarpun aku lemah,
Berbanding dirimu,
Biarpun aku daif,
Berbanding kehidupanmu,
Biarpun aku kekurangan,
Berbanding kesempurnaanmu,
Izinkan aku menjadi sahabatmu.

! Jangan sisihkan aku dalam sedarmu,
Mahupun dalam lenamu,
Biarpun rindu itu bukan milikku,
Kesedaranku meredhai takdirku,
Bagai takdir sang pipit,
Masakan tegar bersama sang helang,
Kerana aku hanyalah sahabatmu,

Ya...aku sahabatmu,
Sahabatmu yang mengingatimu,
Mendoakan mu bahagia,
Melihatmu bahagia,
Bahagiamu,
Adalah kebahagiaan ku jua..

Daripada Sahabat

kepada Sahabat.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...