Selasa, 10 Mac 2009

Misteri Tok Poyang.


GAMBAR HIASAN

Melihat struktur sosial masyarakat Orang Hulu ini pula, kami dapati poyang mempunyai kedudukan yang agak istimewa di kalangan Orang Hulu. Walaupun poyang bukannya ketua masyarakat seperti tok batin, namun poyang begitu dihormati kerana dianggap sebagai individu yang diberikan “kuasa” untuk menjadi perantara dengan kuasa ghaib yang wujud di sekeliling mereka. Oleh sebab itu, poyang mempunyai pengaruh dalam menentukan lanskap sosiobudaya masyarakat Orang Hulu. Di samping mengubati orang sakit, poyang bertanggungjawab dalam menentukan pantang-larang yang mesti dipatuhi oleh setiap Orang Hulu untuk menjamin kesejahteraan hidup mereka.
Misalnya terdapat larangan daripada poyang bahawa Orang Hulu tidak boleh memakan daging rusa dan ikan toman kerana dikhuatiri akan mati cepat. Kami cuba membongkar rasional pantang larang ini, tetapi gagal. Ternyata larangan ini sangat peribadi sifatnya dan tidak boleh diberitahu kepada “Orang Luar” seperti kami.
Menurut seorang ahli sosiologi Inggeris G.Duncan Mitchell, dalam bukunya, Sociology: The Study of Social System, bomoh atau pawang (dalam kes Orang Hulu disebut poyang), sentiasa menerima kedudukan istimewa dalam sistem sosial masyarakat primitif yang percaya kepada kuasa ghaib. Menurutnya lagi, seringkali bomoh akan menjadi “pakar rujuk” yang paling beroutoriti dalam menentukan pola kehidupan dalam sesuatu masyarakat primitif.
Semasa kami mahu mengunjungi Kampung Mentelon untuk membuat kajian, kami terpaksa menunggu sehingga tiga hari untuk dibenarkan masuk ke kampung tersebut. Hal ini kerana pada ketika itu, Orang Hulu di Kampung Mentelon sedang berkabung atas kematian salah seorang penduduk di kampung tersebut. Poyang Kampung Mentelon menjelaskan kepada kami, “Kami dilarang keluar dari kampung ini atau menerima seorang pun tetamu dari luar sepanjang tempoh berkabung ini. Hanya sanak saudara yang mempunyai pertalian dengan si mati dibenarkan masuk ke kampung. Jika kamu melanggar peraturan ini maka kamu akan mendapat susah.”
Kami diberitahu oleh Orang Hulu bahawa dalam tempoh berkabung tersebut, poyang memainkan peranan penting untuk membaca mentera di rumah si mati. Poyang dianggap sebagai individu yang berupaya untuk menghindarkan sebarang kecekalan kepada keluarga si mati dengan memanggil roh atau penunggu Hutan Endau-Rompin untuk melindungi mereka.
Apabila kami berpeluang melawat rumah si mati selepas tempoh berkabung, kami dapati pelbagai alat pemujaan dan tangkal tersangkut di dinding rumah. Hati kami mula gelisah apabila poyang memberitahu bahawa sebenarnya rumah ini masih belum “cukup selamat” untuk dikunjungi. Menurutnya lagi, masih terdapat kuasa-kuasa jahat yang berkeliaran di sekeliling rumah. Kami mendengar setiap penjelasan poyang ini penuh minat dengan bulu roma yang mula berdiri.

kah..kah..SELAMAT DATANG TOK POYANG..kah..kah
kah..kah..TOK POYANG..kah..kah
ish..wah..CENGKORO CENKORO BALO SANGKO KALO..CAKAR KORO BALA SANGKAR..
kah..kah..BALA SUBRAMANIAM WAH..kah..kah

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...