Telah ditakdirkan kita berada di akhir zaman. Di zaman yang hari ini dipenuhi dengan fitnah yang banyak (fitan). Saban hari kita disajikan dengan ribuan maklumat dari berbagai sumber yang boleh meruntuhkan iman kita. Kalaulah tidak dengan rahmat dan hidayat pastinya kita terjerumus di lembah kehinaan.
Sumbang Mahram, Rogol Beramai-ramai, Buang Bayi, Imam Jumaat Wanita, Murtad dan lain- lain isu yang sepatutnya tidak berlaku dan dilakukan oleh Ummat Islam. Dalam pada itu kita masih lagi tidak peka dengan isu-isu sebegini tetapi sebaliknya dilalaikan dengan hiburan dan sukan hinggakan isu-isu celebriti atau bintang sukan menjadi topik panas yang dibicangkan dalam masyarakat. Justru itu celebriti dan bintang sukan menjadi idola dan ikon anak-anak muda. Tidak hairan anak-anak muda belasan tahun bercita-cita untuk menjadi artis dan ruang tersebut tebuka luas sehingga program hiburan mencari bakat melata hampir disemua setesyen T,V yang bersembunyi disebalek nama “Akademi”. Terlalu sedikit yang berbentuk keagamaan dan kalau ada pun menghasilakan rating yang terlalu rendah.
Hasilnya pakaian, rambut serta gaya hidup begitu mirip kepada kehidupan celebriti tadi. Kalau dahulu sekitar tahun 80han kita akan dapati ramai remaja perempuan memakai tudung sama ada ke sekolah mau pun sewaktu tidak ke sekolah. Sebaliknya hari ini pasti kita akan melihat yang bertudung hanyalah di sekolah dan sewaktu keluar sahaja dari pada pagar sekolah akan kelihatan tudung ditanggalkan dan rambut yang berbagai fesyen dan berwarna warni dipamerkan.Pakaian amat-amat menjolok mata serta menunggang skuter mengalahkan lelaki. Tidak menhairankan kita bila didapati pelajar perempuan menedang gurunya, merokok dipagar sekolah. Pelajar lelaki merogol beramai-ramai, terlibat dengan kongsi gelab, menagih dadah serta seribu satu macam maksiat.
Ini bersesuaian dengan sabda nabi saw :
“Wakaifa bikum iza fasaqo syababukum, waiza tokhot nisa ukum, wa kasaro juhalukum. Qi la wainna haaza laka inun? Qa la : wa asyaddu min zalik”
Maknanya :
“Bagaimana keadaan kamu nanti apabila anak muda kamu menjadi fasiq, wanita hilang maruah dan kejahilan berleluasa. Sahabat bertanya apakah ini akan berlaku? Jawab nabi : lebih dari itu pun akan berlaku.”
Untuk ini setiap daripada kita bertanggungjawab merubah dengan “Qum fanzir wa rabbaka fakabbir. . . . ” dengan “Yamsyu alal ardhi haunan . . . . “
Dua bentuk usaha, Maqomi dan intiqoli ( hijrah dan nusrah ) seta menghidupkan pusat masyarakat yang terpenting iaitu masjid pada amalan yang sepatutnya. Dakwah, mangajar / belajar ilmu, ibadat dan juga khidmat. Juga mengujudkan suasana keagamaan di dalam rumah kita dan juga persekitaran kita. Usaha yang dijalankan oleh berbagai pertubuhan perlu diteruskan dan ditingkatkan, JIM, ISMA, ABIM, Hizbut Tahrir, PAS, Jemaah Tabligh dan lain-lain NGO Islam perlu diberi sokongan dan galakan.
Insyaallah ini sedikit sebanyak akan dapat memelihara kita, keluarga dan jiran-jiran dari fitnah berkenaan. Insyaallah, moga kita sama-sama dapat usahakan.
Wallahu A’lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan