Assalammualaikum,
Pada hari Sabtu lepas Surau Darussaadah di Keramat Permai telah
mengadakan ceramah umum mengenai
Isra' Mikraj oleh Ustaz Abdullah Mahmud. Berikut adalah sedikit sebanyak
intipati ceramah yang
Ingin saya kongsi bersama rakan2 sekalian:-
Menurut Ustaz, masyarakat Melayu telah lama buat salah dalam
'membantu' seseorang mengahdapi
sakaratul maut. Menjadi kebiasaan, kita akan mengelilingi orang yang
tengah nazak dengan masing2
membaca surah Yasin, dengan bacaan yang tersendiri dan bermacam2 ragam
(setengah dengan tartil,
setengah bacaan laju). Perbuatan sebegini akan menjadikan orang yang
tengah nazak merasa lebih
kelam kabut (kerana menurut ustaz sebelum datangnya kematian, kita
'disibukkan' dengan segala
gambaran perbuatan kita di dunia). Kaedah yang sepatutnya diamalkan
ialah:-
i. Lantik seorang yang bacaan Alquran nya baik (dari segi
tajwid) untuk membaca surah Yasin-
yang lain2 bole bersama2 semak.
ii. Sebaik2 orang yang dilantik itu adalah anak ataupun
saudara terdekat yang mempunyai perasaan
kasih pada orang yang tengah nazak.
iii. Merenung wajah orang tengah nazak sebelum surah Yasin
dibaca untuk menimbulkan rasa belas
kasihan dan mudah2an surah yang dibaca boleh membantu pencabutan nyawa
beliau.
iv. Membaca 3 hingga 4 kalimah Surah Yasin, berhenti, dan
menolong (menuntun) beliau untuk
melafaz "Laa ila ha illallah".
v. Kemudian menyambung semula bacaan, baca 3 hingga 4
kalimah, berhenti lagi, dan menolong
beliau mengucap "Laa ila ha illallah"lagi.
vi. Diteruskan sehingga lah beliau menghembuskan nafas yang
terakhir.
Semoga ini dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan kita dalam
'membantu' saudara mara atau mak
ayah kita dalam menghadapi sakaratul maut.Dan smoga kita mendapat segala
rahmat serta hidayah NYA
dlm
membuat amal kebajikan dengan cara yang betul
bukan semata2 melalui ikutan adat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan