Isnin, 4 Mei 2009

misteri keberkatan

hari ni genaplah umur aku 33 tahun....
macam macam ucapan aku dapat.. yang paling banyak kata murah rezeki, panjang umur.. tu lah yang biasa.....terima kasihlah.
ada juga yang berdoa dimurahkan rezeki , dibanyakkan rezeki , dipanjangkan umur , dicantikkan isteri, dan sebagainya lah........
tapi sejak akhir ni aku telah terfikir dan didesak berfikir,
bahawa apa yang penting ialah KEBERKATAN , keberkatan datang dari ALLAH SWT,, perbanyakkanlah dianugerahkan keberkatan...

Keberkatan rezeki..
keberkatan dalam rezeki maknanya tidak perlu banyak duit , banyak harta atau sebagainya,
tapi yang penting rezeki yang halal itu diberkati Allah SWT dan mencukupi untuk urusan kehidupan, itu yang dipangil sedikit pun cukup , banyak pun cukup..
tapi kalau tiada keberkatan duit , harta yang banyak tidak mencukupi, malah menyusahkan...

Keberkatan umur/ masa..
Keberkatan umur dan masa , masa dan umur dapat dimanfaatkan dengan kebajikan dan mentaati perintah Allah Dan sunah nabi..
panjang umur pun tidak berguna kalau sentiasa melanggar perintah Allah..
semua orang dianugerahkan dengan masa 24 jam sehari , 7 hari seminggu, namun ada yang sentiasa kata sibuk dan tak cukup masa, tidak sempat sujud pada Allah , tidak sempat membaca Al-Quran , tidak sempat berzikir,,dan sebagainya ini bukan kerana kurang masa tapi kerana tiada keberkatan,
maka laghalah kehidupan kita yang berlalu...

Keberkatan keluarga
Isteri dan anak-anak yang mentaati dan berkebajikan kepada orang tua.. saling kasih sayang,berbakti,taat, setia, dan sebagainya..
jika tiada keberkatan keluarga ramai , anak ramai namun mendatangkan pelbagai masalah dan sebagainya, derhaka , curang , dan pelbagai lagi masalah yang melanda sekarang...

Keberkatan dalam pekerjaaan
setiap bidang yang diceburi yang diberi keberkatan akan mendatangkan kebahagiaan , keseronokan bekerja , pekerja yang taat , majikan yang prihatin dengan pekerja , hasil yang memuaskan , mendatangkan kebaikan ,
jika tiada keberkatan , dalam pekerjaan akan datang ketidak seronokan , kebencian , perpecahan ,pergaduhan , cuai/ponteng, tipu menipu , ambil kesempatan dan sebagainya...

dan keberkatan ini boleh diaplikasikan dalam seluruh kegiatan dalam hidup kita...
bila kita sentiasa meminta kepada Allah SWT dan mentaati segala perintah Allah dengan cara nabi SAW maka Allah akan turunkan keberkatan dari langit dan dibukakan keberkatan dari bumi.
seperti bandar Madinatun Almunawarrah bandar bayangan kehidupan di Syurga...
bukan kerana bandar itu canggih tapi kerana keberkatan yang melimpah ruah..

aku sedang melihat diri aku dengan keberkatan.
diambang 33 tahun ni, mana misteri keberkatan aku..
semoga aku dan kita semua sentiasa dilimpahi keberkatan... Amin..................

malam ni kita menangis didepan Allah seperti seorang fakir minta sedekah.mintalah keberkatn dalam kehidupan....mengetuk pintu khazanah Allah SWT yang maha kaya...

2 ulasan:

alangbudi berkata...

Taurus (21 April - 21 Mei)
Orang nya: Mencabar. garang seperti singa, takut seperti tikus. Mereka tidak tetap dgn pendirian sendiri...
Tips utk memikat: Low profile sikit, mereka suka sesuatu yg mencabar, let him find out the real u..
WARNING: Kadang-kadang diorang suka buat kelakar seorang seorang... kesian takde orang lain layan...

alangbudi berkata...

Taurus
Taurus adalah jenis pekerja rajin dan dapat diharapkan, setia dan bisa jadi anggotakerja yang baik. Mereka juga amat teliti dan kreatif, sehingga sesuai sebagai pekerja pegawai bank dan seniman.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...