Sabtu, 28 Februari 2009

DEFINISI ISLAM

1. Islam berasal dari perkataan bahasa Arab iaitu “Aslama”. Dari segi bahasa ia bermaksud taat, patuh, berserah diri, selamat dan sejahtera.

2. Dari segi istilah syara’, Islam bermaksud tunduk, patuh serta menyerah diri kepada Allah swt dan mengamalkan ajaran yang dibawa oleh Rasul-Nya.

3. Islam menurut pengertian khusus adalah agama yang diajarkan oleh Nabi Muhammad saw.





4. Menurut pengertian umum, Islam bererti agama yang diajar oleh semua Nabi dan Rasulullah swt bermula dari Nabi Adam as. hingga Nabi Muhammad saw. tetapi sekiranya ajaran tersebut telah berubah dari ajaran asalnya, maka ia tidak dianggap sebagai agama Islam.





ISLAM SEBAGAI AD-DIN



1. Islam adalah agama yang terakhir diturunkan kepada Nabi Muhammad saw. yang lengkap dan sesuai untuk semua lapisan masyarakat sepanjang zaman.



2. Ia adalah satu-satunya agama yang diakui benar dan diterima oleh Allah swt. seperti maksud firman-Nya dalam Surah Ali Imran, ayat 19 ;

“Sesungguhnya agama yang diredai di sisi Allah swt. hanyalah Islam”.

3. Ajaran Islam merangkumi semua aspek kehidupan manusia. Ia memberi petunjuk dan panduan kepada manusia hidup di dunia dan mendapat keredaan Allah.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...