Jumaat, 27 Februari 2009

Apa erti menjadi seorang kekasih?

Menjadi kekasih mempunyai makna yg jauh lebih mendalam daripada sekadar menikah atau bercinta dengan seseorang. Berjuta juta orang menikah, berjuta juta orang bercinta, tetapi hanya sedikit yang benar- benar saling mengasihi. Untuk menjadi kekasih sejati, kita harus bersungguh- sungguh dan berpartisipasi dalam tarian kemesraan bersama pasangan kita...
Anda seorang kekasih bila menganggap pasangan anda sebagai anugerah, dan mensyukuri anugerah itu setiap hari...
Anda seorang kekasih bila ingat bahawa pasangan anda bukan milik anda, bahawa dia adalah pinjaman dari Allah SWT....
Anda seorang kekasih bila menyedari bahwa apapun yang terjadi di antara anda berdua selalu mempunyai hikmah, bahawa apapun yang anda katakan mempunyai potensi untuk membuat kekasih anda sedih atau gembira, dan bahawa apapun yang anda lakukan boleh mempererat atau meregangkan hubungan anda dengannya....
Anda seorang kekasih bila memahami semua ini, dan kerananya setiap pagi anda bangun dengan perasaan syukur sebab dikurniai satu hari lagi untuk mencintai dan menikmati kebersamaan dengan pasangan anda...

Semalam telah tiada, esok pun belum menyapa, kita hanya miliki hari ini, marilah kita memulainya kini.......
perghhhhhhh.......

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...