Rabu, 26 Mei 2010

Tinggal Kenangan...


ketika aku lepak baca blog tadi..
teringat aku satu pesanan daripada Seorang bos dan sahabat:
sikit ilmu tentang kepimpinan...
bagi yang makan gaji ni memang tak terlepas dari berhubung dengan ketua/bos/pemimpin,
ada macam2 la ketua , pengarah,pengetua,guru besar,pengurus,bos,tokey,macam2 macam la..
yang kerja sendiri dia la pemimpin,atau bos,
yang baru kerja risau bos , yang lama pun risau , yang dapat bos baru lagi risau...
macam2 ada la dalam kepala..
aku dengar :
Bukit tempat timbunan awan..
Telok tempat timpunan kapal..
Lurah tempat timbuna air..
Ketua tempat timbunan umpatan...

Jadi ramai diantara kita ni pekerja dan ada bos, jadi kita kena tau la serba sedikit tentang gaya kepimpinan..pemimpin
mengikut kajian beliau.. gaya kepimpinan ada empat:
1. Kepimpinan Kemanusiaan
Kepimpinan kenusiaan ini berkisar kepada budibicara. Keputusan dibuat berdasar kepada budi bicara dan keadaan individu dari semasa ke semasa.Keprluan pekerja diambil kira.
2. Kepimpinan Proses.
Pemimpin membuat keputusan atau dasar mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Sama ada dasar atau sistem.Semuanya harus mengkikut peraturan dan standard kerja yang telah ditetapkan oleh organisasi tersebut
3. Kepimpinan Tindakan.
Kepimpinan tindakan sentiasa menggesa kerja yang telah diarahkan.
Contoh : Zana awak dah buat , Zana bila nak siap, zana mana dia yang saya nak tu…
Kepimpinan ini mementingkan kerja / tindakan dengan kepantasan dan ketepatan..
4. Kepimpinan Idea
Pemimpin jenis ini banyak melontarkan ide untuk dibuat dan dilaksana.Pemimpin melontar idea dan terserah kepada pekerja untuk melaksanakan idea tersebut.pemimpin sentiasa ada idea untuk dibuat oleh pekerja..
Kesemua jenis kepimpinan ini sebenarnya perlu tapi perlu seimbang.. jika salah satu terlebih atau terkurang maka ia akan memakan sistem organisasi itu sendiri..
Sebagai pemimpin disitulah terletak kepandaian untuk mengenal pasti dan melaksanakan setiap jenis kepimpinan mengikut masa dan keadaan.
Sebagai pekerja juga perlu bijak menangani situasi tersebut..
Kerana sebenarnya pemimpin yang baik perlu meprodukkan pekerja yang cemerlang , meningkatkan keupayaan dan taraf pekerja tersebut , kemandirin kemahiran pekerja dan pekerja tersebut bersedia menghadapi dunia pekerjaan yang dicabar dengan Glokal dan Global…
Kepimpinan dan yang dipimpin harus menegakkan sentiasa situasi yang kedua2 pihak menang dapat manfaat..”win win situation” saling bergilir..
Pemimpin harus membimbing – pelaksanaan – juka tak laksana timbulah teguran..
Pemimpin harus mempunyai daya pemerhatian dan daya penaakulan yang tinggi..mungkin sampai telepati..
Tambah beliau :
“management by laughing” lebih baik kerana ia mewujudkan satu suasana yang lebih erat. Dalam arahan ada kemanusiaan.
“Management by picture” kurang baik kerana menggambarkan keburukan sebagai arahan. Kelemahan selalu diungkit; mood kerja leh hilang.. Cth: kes eli wong
“Management by serious” : terlebih ni boleh cabut lari pekerja..hehehe ..nak contoh ker.. tak yah la…. Sendiri piker la…yea…
Sebagai pemimpin harus mempunyai pandangan yang luas ; “helicopter view”
Pekerja : “ground view” kot jadi kena patuh la…
Menurut beliaua lagi: mafhum hadis nabi s.a.w
Hebat pemimpin kerana jemaaah, hebat jemaah kerana taat ahlinya…
Sebagai pemimpin tidak boleh bertolak ansur kepada 3 perkara:
- Tidak jujur pada tugas
- Tidak amanah pada wang ringgit walaupun 10sen
- Pecah belah/adu domba/batu api….

Tambahan lagi setiap pemimpin harus ada MBWA
“management by walking around”
Sedikit smart partnership la…
Kah….kah..kah..
Kutipla ilmu tu dimana saja….kata beliau...

beliau yang dimaksudkan ialah En Yusof Bin Mohamad...Banyak ilmu dan pongalaman yang beliau telah kongsi dengan aku..Terima Kasih

2 ulasan:

End Be Zack's berkata...

satu lagi gaya kepimpinan TJ... kepimpinan terlarang mana??? kah .. kah .. kah

Kembara Kelana berkata...

ish ish ish,.....macam macam....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...