Khamis, 25 Februari 2010

Rintihan.....


Ya Allah Ya Tuhanku…
Aku tahu ketenangan, kebahagiaan dan keyakinan sedang menghampiriku,
Ake sedar setiap musibah yang menimpa diriku adalah ujian-Mu ke atas keimanan dan ketaatanku kepada-Mu,
Kini ku mengerti bahawa di sebalik setiap kepahitan yang telah, sedang dan akan ku lalui, ada kemanisan yang Engkau janjikan untukku di penghujungnya,
Aku terima setiap ketetapan-Mu ke atasku kerana aku yakin bahawa setiap ketetapan yang Engkau datangkan ke atasku adalah yang terbaik untukku mengikut ilmu-Mu,
Aku kini sedar bahawa musibah yang melanda hidupku adalah petanda saying-Mu kepada ku,
Kini aku tidak lagi bertuhankan dunia, sebaliknya aku bertuhankan Engkau Ya Allah,
Kini aku tidak lagi meletakkan kebahagiaan kepada kebendaan,
Aku tidak lagi takut kepada sesuatu atau seseorang kerana aku tahu tiada ketakutan bagiku yang mentaati-Mu,
Cukup Engkau tempatku bergantung dan aku tidak akan sekali-kali bergantung kepada yang lain selain daripada-Mu,
Aku sekarang melihat Engkau dalam setipa hal kehidupanku,
Aku kini tenteram walaupun dunia di sekelilingku kian bergelora,
Aku sudahpun memulakan lembaran baru dalam hidupku,
Aku tahu Engkau Tuhan Yang Maha Memberi, Maha Penyayang dan Maha Menolong,
Aku redha dan bersyukur di atas segala nikmat dan rahmat-Mu ke atasku,
Aku sekarang rajin berusaha dan sentiasa mengingati-Mu,
Aku tidak lagi berburuk sangka terhadap Engkau dan diriku,
Aku kini khusyuk mengisi jiwa dengan mendekati-Mu,
Aku tenang, aman dan bahagia di sisi-Mu Ya Allah,
Aku tidak lagi mudah berputus-asa,
Aku bersabar dalam menunggu bantuan-Mu,
Terima kasihku kepada-Mu kerana telah memberi petunjuk kepadaku,
Amin……...

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...