Rabu, 7 Oktober 2009

DAN HARI RAYA IDUL FITRI....

Bulan Shawal berkunjung tiba
Ramadhan sudah berlalu pergi...
Takbir hari raya dilaungkan
Memuji Tuhan sekelian alam
Penuh kesyukuran dalam rintihan
Penuh harapan.....

Wajah ceria berpandangan
Saling maaf - bermaafan
Buang yang keruh ambil yang jernih
Bertekad azam didalam dada
Memperbaharui amal dihari muka.

Hidup didunia hanya sementara
Peluang beramal sentiasa terbuka
Pencucui isi dada dari daki dunia
Satu perjalanan keluhuran jiwa
Meniti usia kehari tua.

2 ulasan:

Kembara Kelana berkata...

man
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA kepada semua guru dan masyarakat kampung aur hari ini..sampaikan salam pada mereka man..seronok man ..kau boleh handle menda tu insya allah.

Tok Janggut Aur berkata...

Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar..berkat doa tuan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...