Isnin, 29 Jun 2009

kemahiran berkomunikasi

Berikut ada beberapa saranan yang disarankan oleh Dr. David Woodfellow, pengarah center of relationship. Therapy Atlanta, Amerika Syarikat berhubung komunikasi berkesan di dalam perhubungan. Mungkin saranan ini boleh kamu jadikan tips untuk memperbaiki komunikasi kamu dengan sahabat.


KETIKA MARAH

1. perlahankan suara dan nada bicara kamu sewaktu memulakan perbualan. pada mulanya memang agak sukar untuk melaksanakannya. Namun jika kamu sudah terbiasa untuk mengawal perasaan marah. lama-kelamaannya semuanya akan jadi biasa.

2. Hindari kata-kata yang boleh menyinggung perasaan sekali gus boleh menimbulkan perasaan tidak suka sahabat.

3. Elakkan penggunaan kata-kata yang berkaitan dengan kekurangan fizikal atau lain-lain kelemahan yang ada pada sahabat.

4. Fokus, jangan membawa masalah lain yang tidak mempunyai hubung kait dalam permasalahan yang sedang kamu alami ketika itu.

5. Sewaktu perasaan marah baru mula menguasai diri, gunakan waktu 20 minit untuk saling berdiam diri bagi meradakan ketegangan.


KOMUNIKASI BIASA

1. Luangkan waktu 20 minit untuk berbual tentang apa sahaja seaktu kamu dan sahabat baru bertemu

2. kalau boleh luangkan waktu sepetang bersama sahabat sambil bersiar-siar atau bersenam.

3. Jangan bangkitkan isu-isu perbualan yang boleh menimbulkan ketengangan

4. Jadikan perkara-perkara berikut sebagai kebiasaan


JIKA HUBUNGAN BERMASALAH

1. bincangkan secara terbuka tentang punca perbalahan itu boleh berlaku

2. cuba cari jalan penyelesaiannya bersama-sama

3. bentuk satu keputusan yang rasional sekali gus boleh memuskan hati kedua-dua pihak.


CONTOH KATA-KATA NEGATIF

jaga hati sahabat sama seperti kamu mahu orang lain menjaga hati kamu. berikut adalah antara perkataan-perkataan yang tidak seharusnya kamu lafazkan terhadap sahabat meskipun kamu sedang berada dalam emosi marah terhadapnya.

1. makian

2. kata-kata yang menunjukan sikap tidak menghargai seperti: kata ganti diri kasar seperti kau, aku (kecualilah jika kata-kata itu kamu gunakan setiap hari). bodoh dan sebagainya selain itu elak menggunakan kata-kata yang menjuruskan tentang kekurangan fizikal sahabat dan sebagainya

3. kata-kata yang bersifat 'menghukum' sahabat seperti penipu, pemboros, pengecut dan sebagainya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...