Sabtu, 28 Februari 2009

Ustaz Nazri Dan Anak muridnya...

Ustaz Nazri kelihatan tenang melangkah masuk ke tingkatan Satu Mulia. Pelajar-pelajar bersedia menanti kedatangan guru yang mereka sayangi kerana merasakan Ustaz Nazri banyak mengambil berat tentang diri mereka samada mengenai solat, ibadat malahan perkembangan sahsiah mereka sendiri.
Ustaz Nazri “ Assalamualaikum pelajar-pelajar semua”.
Pelajar-Pelajar “ Waalaikumussalam warahmatullah ustaz”.
Ustaz Nazri : Ahmad baca doa mula belajar

Ahmad membaca doa, pelajar-pelajar lain mengaminkannya.
Selepas membaca doa memulakan pelajaran ustaz Nazri bertanya :

Ustaz Nazri. “ Siapakah diantara kamu yang bersalaman dengan ibu bapa sebelum datang ke sekolah hari ini?”

“ Saya Ustaz”, 20 daripada 25 pelajar menjawab dengan suara yang lantang.

Ustaz : “ Siapa sayang kepada kedua ibu bapa?”
Pelajar: “Saya ustaz” serentak 25 pelajar daripada kelas itu mengangkat tangan dan menjawab dengan lantang

Ustaz: “Alhamdulillah inilah sepatutnya sikap anak yang baik dan soleh” .

Ustaz: “InsyaAllah hari ini kita akan belajar tajuk Berbakti Kepada Ayah Bonda”.

Ustaz: “Fahmi! apa yang awak faham makna berbakti kepada kedua ibubapa?”.
Fahmi :”Berbakti kepada ibubapa bermaksud berbuat baik kepada mereka semasa mereka masih hidup atau mati”.

Ustaz : Ummu hani, apa dalil al-Quran seseorang anak itu wajib berbuat baik kedua ibu bapa.
Ummu hani: Dalilnya ialah ( Surah al-Isra’ ayat 23 ) : yang bermaksud:
“ Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik terhadap kedua ibu bapa, jika salah seorang daripada keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaanmu maka janganlah engkau berkata kepada mereka sekalipun perkatan “Uf” dan janganlah engkau menengking mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia”.

(Surah Luqman – ayat 14): maksudnya :
“Dan kami (ALLah) mewajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya . Ibunya telah mengandungnya demi menanggung kelemahan demi kelemahan dan tempuh menceraikan penyusuannya selama dua tahun , bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu.”
Ustaz: “Bagus Ummu hani”

Aminah : “ Ustaz, bagaimana cara kita berbakti kepada kedua ibu bapa?”
Ustaz : “Bagaimana pandangan anda Harizan?”
Harizan : Antaranya ustaz , ialah :
Mentaati perintahnya kecuali perkara maksiat
Sentiasa berbincang dan meminta izin untuk melakukan sesuatu
Menjaga makan minum mereka setelah mereka tua
Belajar bersungguh-sungguh
Tidak melakukan apa yang dibencinya
Sentiasa menolong nya didalam melakukan pekerjaan
Sentiasa mendoakan kesejahteraan keduanya
bercakap secara lemah lembut dan tidak meninggikan suara
Tidak melukai hati mereka
Tidak mengganggu mereka
semasa bercakap/ berbual-bual
semasa tidur
bekerja/ sibuk urusan peribadi
makan minum
berihat
Sentiasa mentaati Allah dan RasulNya
Menyahut panggilannya
Menjaga maruah kehormatan diri dan keluarga.

Ustaz : “Bagus Yusuf .Itu tanda anak yang soleh”.
Ustaz : “Mohammad Lutpi, kenapa kita wajib berbuat baik kepada ayahbonda?”
Mohammad Lotfi : Kepada ibu kerana :
ibu mengandung kita
ibu menanggung kesengsaan ketika mengandung
Ia melahirkan kita
Menyusu kita
Mengasuh dan mendidik kita
Memberi kasih sayang
Menjaga kita sehingga besar

Ustaz : “Bagus, bagaimana pula dengan ayah wahai Saudah?”
Saudah: Kepada bapa kerana:
Bekerja mencari rezki
Memberikan perbelanjaan makanan, pakaian dan perbelanjaan sekolah kita
Memberikan kasih sayang
Memberikan perlindungan kepada kita
Sentiasa mendorong kita untuk belajar

Ustaz : “Alhamdulillah”.
Amirul Eman : “Ustaz, bagaimana pula kita perlu beradab kepada ayah bonda kita?”

Ustaz : Adab-Adab dengan ibu bapa antaranya:
Berbicara dengan lemah lembut
Sentiasa menghormatinya seperti bangun ketika ia masuk
Menciumnya pagi ,petang atau tertentu sepeti Hari Raya
Mengucap tahniah/beri hadiah seperti hari ibu, ulangtahun dan lain-lain
Menjaga nama , kehormatan dan harta benda mereka
memuliakan tetamu/kawan mereka
sentiasa meminta dan memberi pandangan yang baik
Sentiasa mengembirakan hati mereka
Tidak meninggikan suara/menengking
Tidak memotang percakapannya
Tidak memakan/ meminum makanan /minuman kecuali selepas atau makan bersamanya.
Tidak tidur /berbaring dihadapannya
Tidak berjalan mendahului mereka
Tidak memasuki bilik mereka tanpa izin
Sentiasa mendoakan mereka

Ustaz : “Adakah anda semua melakukan adab tersebut. Kalau belum beradablah ya!!!,
“Bagaimana pula seseorang itu dikatakan anak yang durhaka dan sebutkan ciri-cirinya?” . “Bagaimana pandangan anda Naimah ?”
Wahida : “Derhaka kepada ayahbonda bermaksud – Seseorang anak melakukan maksiat/ Dosa kecil atau besar dan tidak menunaikan hak dan tanggungjawabnya yang sebenar”.
Contohnya ustaz
Memandang kepada mereka dengan pandangan hina ketika marah / mencaci
Menganggapkan dirinya setaraf /lebik baik daripada orang tuanya
Enggan menghormati ibubapa / Bangga diri
Malu menyebut nama ayah bonda / Malu mengaku ayahbondanya ( ketika berpangkat / Kelurgnya miskin atau pedalaman)
Enggan menyara kehidupan mereka di kala tua
Menengking mereka/ Meninggikan suara
Membantah percakapan mereka
Menggunakan bahasa kasar/ tidak bersopan seperti aku- engkau – bodoh
Ustaz : “Luqman ,apakah balasan terhadap orang yang menderhaka kepada ayah bondanya”
Flyza : Akibatnya ialah :
Berdosa besar
Tidak berbau syurga sebagaimana hadis Nabi bermaksud : “Tiga orang yang diharamkan Allah masuk ke Syurga iaitu Tahi arak, pendurhaka kepada kedua ibu bapa dan dayus yang membiarkan isterinya melakukan perkara keji”
Dipercepatkan pembalasannya di dunia lagi contohnya Al-Qamah yang tidak boleh mengucap ketika Nazak
Tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya
Dibenci oleh masyarakat

Ustaz : “Fakhruddin , mengapa berlakunya perbuatan derhaka kepada kedua ibubapa.”
Edward : “Antara sebab-sebabnya ialah”
 Kurang ilmu pengetahuan
 Kurang keimanan
 Lupa balasan Allah
 Angkuh, riak dan sebagainya

Ustaz : “Alhamdullah semua pelajar faham betul cara berbakti kepada ayah bonda. Berbahagialah ayahbonda yang mempunyai anak-anak seperti kamu semua.

Pelajar-Pelajar : “Insyaallah ustaz, kami ingin menjadi “ Qurratal-a’yun” kepada ibubapa kami, mendoakan kesejahteraan mereka samada masa hidup atau selepas mati mereka”.

Ustaz : Oh!!! Siapa di antara kamu yang pernah mendengar atau membaca atau memiliki buku-buku atau majalah yang menceritakan tentang sejarah cerita-cerita yang berhubung dengan kelebihan atau contoh-contoh anak yang soleh, atau sifat-sifat berbakti kepada kedua ibu bapa atau orang-orang yang menderhaka kepada kedua ibu bapanya.

Kamaruzzaman : Ustaz , saya ada terbaca cerita mengenai nikmat kurniaan Allah kepada seorang pemuda yang hidup di zaman Nabi Ibrahim as. Ceritanya panjang ustaz, tetapi saya ringkas lebih kurang begini . “ Seorang pemuda yang berbuat baik dan sangat mengambil berat terhadap ibubapnya . Apabila bapanya meninggal ia menjaga ibunya sehingga tua . Ia melayan ibunya sepertimana ibunya melayan beliau semasa kecil. Ia memandikan ibunya, menyuapkan makan ibunya serta sentiasa mendoakan kesejahteraan ibunya. Ibunya juga sentiasa mendoakan kepada Allah selepas matinya nanti anaknya dikurniakan ketenangan dan memberikan sebuah tempat yang bukan di dunia dan di langit.”
Doa ibunya dimakbulkan Allah , di mana pemuda tersebut telah dikurniakan nikmat hidup di suatu alam lain yang sangat fantasi. Pemuda ini dijumpai di zaman Nabi Sulaiman as”. Cerita lanjut boleh sahabat-sahabar baca cerita tersebut di dalam buku Himpunan cerita wanita dan laki-laki dlam al-Quran dan al-Hadis di bawah tajuk Kisah Nabi Sulaiman dengan pemuda yang berbakti kepada ibubapa.”

Ustaz : “ Bagaimana pula contoh orang yang derhaka kepada ibubapa Aina?”
Aina : “ Kita boleh ambil contoh perisiwa yang masyhur di zaman Rasulullah tentang al-Qamah yang tidak dapat mengucap sewaktu nazak kerana tidak mendapat keredhaan daripada ibunya. Al-Qamah melebihkan isterinya sehingga ibunya merasa hati dan tidak memaafkannya…..ceritanya panjang ustaz. Saya rasa kawan-kawan telah mendengar kisah ini sebelum ini.

Ustaz: “Baiklah anak-anak pelajar semua. Kita ambil contoh daripada cerita-cerita tadi sebagai pengajaran dalam kehidupan kita. Jadilah kita anak yang taat semuga kehidupan kita mendapat keberkatan daripada Allah samada di dunia mahupun di akhirat.Kita perlu sedar bahawa keredhaan Allah berdasarkan keredhaan ibu bapa kepada kita sabagaimana Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud
“Keredhaan Allah adalah bergantung kepada keredhaan ibu bapa kepada kita”

Masa pun dah habis. Pelajaran kita sampai di sini hari ini. Insya Allah berjumpa lagi besok.

Ustaz: “Assalamualaikum warahmatullah wabarakaatuh”
Pelajar: “Waalaikumussalam warahmatullah wa barakatuh.”

...BAGUS USTAZ....

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...