Pocong
Hantu yang berbungkus macam lepat pisang baru masak ni memang
Mudah
Cari kelemahannya. Kita hanya perlu bukak tali pengikat di atas
Kepalanya dan tarik kain balutannya. Sudah tentu dia akan berasa malu
kerana dia tidak pakai apa apa pun, selain kain kapan pembungkusnya tu.
Langsuir
Dia ni suka pandang muka kita, jadi beranikan diri anda tenung
balik muka dia sambil jelir-jelir lidah. Kalau tak pun tunjuk cermin
muka katdia, pasti dia tersipu-sipu malu.
Pontianak
Hantu yang suka ketawa. Kalau terserempak dengan dia, kita
Pun mestilah ketawa sama. Kalau boleh kita cuba mengilai lebih kuat dari dia, tentu dia boring.
Hantu Raya
Hantu ni suka beraya dan suka menyamar jadi tuan dia. Cara
Mengalahkannya senang saja, sambutlah hari raya tiap kali jumpa dia, bagi duit raya,ajak main meriam buluh, suruh kacau dodol atau jaga lemang. Tentu dia takkacau kita sebab banyak kerja dan aktiviti lain dia nak buat.
Hantu Galah
Hantu ni la yang paling tinggi di muka bumi. Kalau terjumpa
dia,kita hendaklah meniarap. Pasti dia tak perasan kita ada di situ.
Jerangkung
Dia ni ada kulit tapi nipis. Tinggal rangka saja, dan paling
Mudah untuk menewaskannya. Kita hanya perlu tunjal dahinya dengan
telunjuk danlihatgerak-gerinya mengimbangi badan untuk berdiri tegak.
Toyol
Lagiii senang kalau nak kalahkan dia, bagi duit satu sen
berguni-guni..nanti dia ingat duit emas, lepas tu dia pikul
bawak balik bagi tuannya...lepas tu sah-sah lah dapat penampau Jepun dari tuannya kerana mana nak tukar duit satu sen banyak2 tu...
Hantu Blogger
Yang ni payah sikit nak cakap sebab, hantu-hantu ni cam
Korang lerrr..dok berblogging 24 jam..macam sekarang nih..sah-sah
Tengah baca blog ni..macamana nak jawab..korang sendiri gak jadik
hantu..jadi bawak-bawaklah buat kerja lain .....
kah..kah..kah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan