Sesuatu yang baik, belum tentu benar. Sesuatu yang benar, belum tentu baik. Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga. Sesuatu yang berharga/berguna, belum tentu bagus.
Sabtu, 28 Februari 2009
Misteri jalan ke Segamat...
Hari ni cuti.. bro..
bila cuti ni isteri ngan anak-anak pun menuntut hak la..
nak jalan, nak keluar beli barang, aku pun bincang dan belit sikit, keputusan akhir Segamat (lega sikitla tak jauh).. Bila nak start jalan..gambar kat atas tu la yang tak tahan.. memikir perjalanan yang panjang,kereta,panas,serabut, macam2 la.. nak-nak melalui jalan ni tak tau la aku nak cakap dah berapa juta kali lalu.. lemah..ni la yang lemah dok kat rompin... lemas..90% umur kat atas jalan jer..
aku bawak slow je la.. anak akupun hibur aku dengan dua persembahan. satu: teknik melepaskan diri dari ikatan tali pinggang keledar..
kedua; teknik hilangkan benda ngan sapu tangan memang hilang betul aku punya lighter..kelam kabut nak mencigar..gambar pun ada kat atas tur..
Misteri:
1. Aku pun tak tahu dah berapa banyak kali aku lalu jalan ni,
2. Dah bermacam tujuan aku pergi,
3. Dah bermacam jenis rakan/teman aku bersama jalan ni..
4. macam2 macam aku tengok..awek pun ramai..hehehehehe
Jadi aku terus teringan perjalanan kehidupan,macam2 jenis ragam dan rupa orang kita gerak,kawan baru,musuh baru,ketua baru,,,macam2 ada....
cuma misi kita harus jelas jangan sampai alpa .. nak gi segamat borak2 samoai kat jba BOOSTER jer tu tak jadi.. ada jugak aku nak gi segamat terlepas ke Puchong..tu misteri tur...
Cabaran dan ujian sepanjang perjalanan perjalanan dalam kehidupan menguji tahap kesabaran meneruskan perjalanan..
Dulu aku ngan bapak aku lalu jalan tanah merah lagi dahsyat tur...
Dan sebagai orang Islam kita perlu membawa agama dalam kehidupan..susah senang kena bawa agama tu.. jangan tercicir amalan agama..esok bila mengadap Allah swt apa pun takdak semua dah tertinggal...
Aku teringat Kata Imam Al-Ghazali : Manusia mengoyak rabak agama bagi menampal dunia..Dunia tak kunjung tertampal akhirat koyak rabak...
Satu lagi cerita tamsilan ; seorang musafir dalam perjalanan dibekalkan dengan seuncang batu,, setiap kali ada ketakutan dan haiwan menganggu ,,dia halau dengan mencapak batu tur,ad bunyi pun dia campak,semak goyang pun dia campak batu..hingga akhirnya dia sampai ke destinasi,, dia pun rasa dahaga,, singgah warung minum air,,sampai masa nak bayar dia tak da duit langsung,,bagi baki batu tu tinggal satu,,pakcik tu mata terbeliak,,dia kata kalau sebiji batu tu bukan setakat bayar minum air,beli warong beli negara tu pun boleh..musafir pun ternganga..menyesal buang batu tadi..kalu ada satu uncang apa pun dia boleh beli..tapi menyesal tak guna..
moral cerita batu tu umpama iman..sepanjang perjalanan kehidupan iman kita makin rosak.. Allah beri nilai di Akhirat iman sebesar zarah..Allah ganjarkan dengan 10 kali dunia ni.. emmm amacam..
jadi cari la pedoman untuk menjalani kehidupan ni dengan sempura dan sahabat yang betull
usahakan IMAN YANG MANTAP....
kah..kah..kah..MISTERI tu bang....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan