Khamis, 26 Februari 2009

Gaya kepimpinan..

ketika aku lepak tadi dapatlah sikit ilmu tentang kepimpinan...
bagi yang makan gaji ni memang tak terlepas dari berhubung dengan ketua/bos/pemimpin,
ada macam2 la ketua , pengarah,pengetua,guru besar,pengurus,bos,tokey,macam2 macam la..
yang kerja sendiri dia la pemimpin,atau bos,
yang baru kerja risau bos , yang lama pun risau , yang dapat bos baru lagi risau...
macam2 ada la dalam kepala..
aku ni bukan la pemimpin sangat tapi tertarik dengan perkongsian pintar dari seorang sahabat jugak bosla...
aku dengar :
Bukit tempat timbunan awan..
Telok tempat timpunan kapal..
Lurah tempat timbuna air..
Ketua tempat timbunan umpatan...

Jadi ramai diantara kita ni pekerja dan ada bos, jadi kita kena tau la serba sedikit tentang gaya kepimpinan..pemimpin
mengikut kajian sahabat aku ni.. gaya kepimppinan ada empat:
1. Kepimpinan Kemanusiaan
Kepimpinan kenusiaan ini berkisar kepada budibicara. Keputusan dibuat berdasar kepada budi bicara dan keadaan individu dari semasa ke semasa.Keprluan pekerja diambil kira.
2. Kepimpinan Proses.
Pemimpin membuat keputusan atau dasar mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Sama ada dasar atau sistem.Semuanya harus mengkikut peraturan dan standard kerja yang telah ditetapkan oleh organisasi tersebut
3. Kepimpinan Tindakan.
Kepimpinan tindakan sentiasa menggesa kerja yang telah diarahkan.
Contoh : Zana awak dah buat , Zana bila nak siap, zana mana dia yang saya nak tu…
Kepimpinan ini mementingkan kerja / tindakan dengan kepantasan dan ketepatan..
4. Kepimpinan Idea
Pemimpin jenis ini banyak melontarkan ide untuk dibuat dan dilaksana.Pemimpin melontar idea dan terserah kepada pekerja untuk melaksanakan idea tersebut.pemimpin sentiasa ada idea untuk dibuat oleh pekerja..
Kesemua jenis kepimpinan ini sebenarnya perlu tapi perlu seimbang.. jika salah satu terlebih atau terkurang maka ia akan memakan sistem organisasi itu sendiri..
Sebagai pemimpin disitulah terletak kepandaian untuk mengenal pasti dan melaksanakan setiap jenis kepimpinan mengikut masa dan keadaan.
Sebagai pekerja juga perlu bijak menangani situasi tersebut..
Kerana sebenarnya pemimpin yang baik perlu meprodukkan pekerja yang cemerlang , meningkatkan keupayaan dan taraf pekerja tersebut , kemandirin kemahiran pekerja dan pekerja tersebut bersedia menghadapi dunia pekerjaan yang dicabar dengan Glokal dan Global…
Kepimpinan dan yang dipimpin harus menegakkan sentiasa situasi yang kedua2 pihak menang dapat manfaat..”win win situation” saling bergilir..
Pemimpin harus membimbing – pelaksanaan – juka tak laksana timbulah teguran..
Pemimpin harus mempunyai daya pemerhatian dan daya penaakulan yang tinggi..mungkin sampai telepati..
(Misteri telepati ni akan dihurai dalam post akan datang la)
Tambah sahabat aku ni:
“management by laughing” lebih baik kerana ia mewujudkan stu suasana yang lebih erat. Dalam arahan ada kemanusiaan.
“Management by picture” kurang baik kerana menggambarkan keburukan sebagai arahan. Kelemahan selalu diungkit; mood kerja leh hilang.. Cth: kes eli wong
“Management by serious” : terlebih ni boleh cabut lari pekerja..hehehe ..nak contoh ker.. tak yah la…. Sendiri piker la…yea…
Sebagai pemimpin harus mempunyai pandangan yang luas ; “helicopter view”
Pekerja : “ground view” kot jadi kena patuh la…
Sahabat aku kata lagi: mafhum hadis nabi s.a.w
Hebat pemimpin kerana jemaaah, hebat jemaah kerana taat ahlinya…
Sebagai pemimpin tidak boleh bertolak ansur kepada 3 perkara:
- Tidak jujur pada tugas
- Tidak amanah pada wang ringgit walaupun 10sen
- Pecah belah/adu domba/batu api….

Tambahan lagi setiap pemimpin harus ada MBWA
“management by walking around”
Sedikit smart partnership la…
Aku pemimpin keluarga jer….
Kah….kah..kah..
Kutipla ilmu tu dimana saja….

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...