Pendahuluan
Pelajar yang terdiri dari pelajar sekolah hingga ke institusi pengajian tinggi adalah golongan yang paling ramai berbanding dengan golongan dewasa. Mereka adalah golongan yang sedang mencari ilmu dan kebenaran, berpegang dan beramal dengan kebenaran. Dalam Islam pelajar mempunyai kedudukan yang tinggi dan mulia . Mereka dilindungi oleh para malaikat di mana sahaja mereka berada. Malah seluruh makhluk dibumi dan ikan di air turut berdoa dan memohon keampunan untuk mereka.
Walau bagaimanapun pelajar amat terdedah kepada pelbagai cabaran dan dugaan. Keadaan pelajar pada masa kini amat berbeza dengan pelajar zaman silam.
Ketika dunia semakin maju , ramai pelajar yang berjaya, semakin banyak cabaran dan ujian yang dihadapi oleh pelajar. Berikut adalah antara beberapa jenis dan contoh cabaran tersebut:
1. Cabaran dari segi Akidah
Beriman kepada Allah adalah teras kehidupan seorang muslim. Iman juga merupakan tapak yang teguh untuk melahirkan amal perbuatan yang baik. Iman umpama pohon yang dapat menghasilkan buah-buahan yang baik dan kemudian dikecapi oleh semua orang. Akidah atau iman menambahkan kesedaran menentang bahaya, menggoncang gunung dan bukit, menukar bentuk zaman, merubah jalan sejarah, melenyapkan bimbang dan ragu, membangkitkan keyakinan dan keberanian dan tidak tunduk melainkan kepada kehendak yang satu. Walau bagaimanapun iman ibarat laut , yang kadangkala surut.
Beberapa contoh perbuatan meruntuhkan iman atau akidah :
i. Memuja syaitan ( Black Metal )
ii. Anti hadis
iii. Memuja artis.
iv. Kristianisasi
i. Memuja Syaitan ( Black Metal)
Negara kita telah dikejutkan dengan kemunculan kumpulan ‘ Black Metal’ yang memuja syaitan berkepala kambing hitam, meminum darah kambing hitam, memakai baju hitam dan berambut punk di Sungai Petani, Kedah.
Ada pelajar membawa bahan-bahan dan buku-buku yang disebarkan oleh kumpulan ini ke sekolah. Pelajar menyimpan buku-buku memaparkan kegiatan dan ungkapan kata-kata kumpulan ini dalam bentuk buku scrap dan diletakkan di dalam meja di kelas.
ii. Anti Hadis
Golongan anti hadis ini sudah lama bertapak di Malaysia. Suasana ini dikeruhkan dengan kemunculan buku ‘ Satanic Verses’ tulisan Salman Rushdi yang memesongkan pemikiran yang sudah terpesong. Pelajar tidak terlepas dari pengaruh ini. Hidup dan beramal secara songsang, mengaku beragama Islam tetapi enggan belajar Pendidikan Islam, kerana pada pandangan mereka ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w sudah tidak sesuai lagi di zaman ini.
iii. Memuja golongan artis.
Sebut sahaja nama-nama artis seperti Shah Rukh Khan, Salman Khan, Mariah Carey , Siti Nurhaliza dan lain-lain lagi , biodata mereka di hujung jari, alamat, isteri, suami, nama kereta, kegemaran mereka semua dapat diterangkan dengan jelas. Gambar-gambar artis pujaan memenuhi ruang-ruang dinding di dalam bilik, malah gambar separuh bogel mereka ditampal di bilik tanpa segan silu.
v. Kristianisasi
Gerakan kristianisasi yang dibiayai oleh Muballigh kristian bergerak cergas di seluruh dunia, tidak terkecuali di Malaysia. Ramai pelajar dan remaja yang terpengaruh dengan cara penyelesaian masalah yang dibawa oleh pendakyah golongan ini. Surat khabar telah memaparkan berita penukaran agama beberapa orang pelajar IPT di Malaysia. Malah ramai lagi yang tidak mengisytiharkan penukaran agama mereka supaya tidak menimbulkan masalah kepada diri mereka.
Kesan cabaran ini.
a. Akidah akan rosak.
b. Syirik kepada Allah tidak akan diampunkan oleh Allah.
c. Kegagalan dalam pelajaran
d. Umat Islam menjadi lemah.
e. Nama baik keluarga tercemar.
f. Agama Islam tidak dihormati.
Cabaran kedua : Dari segi sosial.
Manusia adalah makhluk sosial yang mesti hidup berkelompok dan bermasyarakat. Pelajar adalah satu kelompok masyarakat yang dikaitkan dengan sekolah dan persekitarannya. Di sekolah mereka dididik dengan nilai dan etika yang luhur dan murni. Tetapi segelintir pelajar membelakangkan nilai-nilai dan etika yang dididik mengakibatkan kehancuran dan menurunkan martabat mereka yang tinggi. Berikut beberapa cabaran yang dihadapi oleh pelajar di bidang ini.
i. Bahan-bahan dan perbuatan lucah.
Kewujudan bahan lucah, bercumbuan di dalam kelas, berkhalwat dan mengeluarkan kata-kata lucah sesama rakan telah menyumbang kepada masalah sosial di Negara kita. CD dan VCD lucah banyak dijual di pasaran secara terbuka yang memudahkan pelajar mendapatkannya, walaupun kerajaan giat membenteras kegiatan ini.
ii. Kekemasan diri
Terdapat pelajar yang berambut panjang, berpakaian tidak mengikut peraturan , tidak kemas dan tidak bersih.
iii. Ponteng sekolah
Kajian secara rambang mendapati seramai 53,826 orang pelajar ponteng sekolah pada tahun 1997. Terlibat dengan bohsia 1993 448 orang dan 773 orang pada tahun 1994.
iv. Penyalahgunaan dadah dan merokok.
Angka tidak rasmi menunjukkan hampir 2 juta penagih dadah di pusat Serenti. Dari jumlah ini 90 % adalah orang Melayu termasuk pelajar yang telah cicir dari persekolahannya.
Kajian secara rambang mendapati pelajar yang kurang sopan kepada guru dan pengawas serta menghisap rokok seramai 30,123 orang pada tahun 1997.
v. Sumbang Mahram.
Sesungguhnya pada masa kini ramai pelajar terutama pelajar perempuan terdedah kepada sumbang mahram. Bapa, datuk, saudara mara , jiran dan penjaga belum tentu dapat memelihara dan menjaga dengan baik anak-anak di bawah jagaan mereka.
Lihat beberapa kes ini didapati dari Berita Harian .
a. Dua sepupu berusia 11 dan 13 tahun telah ditahan kerana disyaki mencabul kehormatan seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun.
b. Pelajar berumur 13 tahun dirogol jirannya sejak 6 tahun lalu.
c. Seorang penoreh getah ditahan kerana disyaki merogol dan meliwat anak perempuannya berumur 11 tahun.
Kesan Cabaran ini.
a. Lalai dalam pelajaran
b. Hidup tidak berkat
c. Perlanggaran hukum Allah
d. Kemurungan
e. Masyarakat tidak aman.
f. Hidup dalam ketakutan.
Cabaran Ketiga dari Segi Kemajuan Teknologi.
Kemajuan ICT sepatutnya disyukuri oleh semua pihak, namun kedatangannya telah mencabar kesabaran semua pihak terutama pelajar. Ramai pelajar yang melayari internet bukan untuk mencari portal pendidikan , bahkan menghabiskan masa untuk chatting , melihat gambar-gambar lucah dan bermain games. Jika sukar melayari internet di rumah mereka akan ke Cyber Café.
Bagi pelajar lain yang tidak bermain internet, mereka menonton TV , ramai ibu bapa melanggan Astro. Masa akan dihabiskan di depan TV.
Kesan cabaran ini.
a. Masa terbuang.
b. Pemikiran tidak berkembang.
c. Ketinggalan dalam pelajaran
d. Akhlak tercemar
e. Pembaziran wang.
f. Solat fardhu terabai.
Penyelesaian dan cara mengatasinya.
Langkah mengatasi Cara mendapatkannya
1. Mendalami ilmu agama dan beramal dengannya 1
2.
3. Mendampingi orang yang berilmu.
Menghadiri kuliah agama.
Membaca buku-buku agama
2. Melibatkan diri dengan aktiviti yang berfaedah 1.
2.
3. Berpersatuan.
Menyertai program anjuran masyarakat seperti gotong royong.
Qiamullail
3. Motivasi diri 1. Selalu berjumpa kaunselor
4. Pengurusan masa 1. Menyediakan jadual waktu harian dan mematuhinya.
5. Mengawal hawa nafsu 1.
2.
3.
4.
5.
6. Banyakkan membaca Al Quran.
Berzikir.
Solat dan puasa sunat
Berhenti menonton bahan lucah.
Menjaga batas pergaulan.
Menutup aurat dan berpakaian sopan.
6. Memilih rakan 1.
2. Bergaul dengan rakan yang berakhlak mulia.
Bersahabat dengan rakan yang mematuhi ajaran Islam , contohnya tidak meninggalkan solat solat.
Penutup
Pelajar adalah bakal pemimpin masa hadapan. Persiapan diri sebagai pemimpin hendaklah dimulakan dari bangku sekolah. Kekuatan iman dan ketinggian ilmu pengetahuan merupakan asas kepemimpinan yang baik. Cabaran yang berada di sekitar kehidupan seharusnya menjadi pendorong kearah kecemerlangan diri di masa hadapan. Sebagai pelajar muhasabah diri hendaklah dilakukan dari masa ke semasa supaya wujud pembaikan dalam diri masing-masing. Ambillah contoh kehidupan Rasulullah, para sahabat dan golongan yang beroleh kejayaan dalam menghadapi kehidupan dunia tanpa sempadan ini.
Kata cendikiawan : (Buku Mutiara Hikmat )
Orang yang berilmu itu menyedari bahawa:
i. Timbulnya keinsafan dari perasaan.
ii. Timbulnya kemahuan dari keinginan
iii. Timbulnya keyakinan dari kepercayaan
iv. Timbulnya kemajuan dari perubahan.
v. Timbulnya kepandaian dari kerajinan
vi. Timbulnya kesihatan dari kebersihan
vii. Timbulnya cinta dari mata
viii. Timbulnya dengki dari iri hati
ix. Timbulnya kekuatan dari persatuan
x. Timbulnya bencana dari kebodohan
xi. Timbulnya kesusahan dari kemiskinan
Sekian terima kasih
Dihasilkan oleh :
Subri Bin Haji Harun
Tiada ulasan:
Catat Ulasan