Sabtu, 28 Februari 2009

Islam

Assalamualaikum salam diberi,
Pembuka bicara merendah diri,
Memohon keberkatan dari Ilahi,
Semoga hidayah kita perolehi.

Islam adalah agama yang indah,
Itulah tajuk yang akan dipersembah,
Segala fakta akan diolah,
Semoga sempurna, Insyaallah.

Indahnya Islam tiada terperi,
Membawa nur dari Ilahi,
Sebagai payung pelindung diri,
Menjamin kebahagiaan kekal abadi,

Pengertian Islam dari segi bahasa,
Aman, damai serta sejahtera,
Dari segi istilah memberi makna,
Patuh dan tunduk ajaran agama.
Keindahan Islam kepada manusia,
Tak kira kaum, agama dan bangsa,
Jadikan Islam sebagai idola,
Lambang keagungan hidup bermakna.

Islam menampilkan pelbagai cara,
Mencanang peraturan kepada manusia,
Memberi balasan dosa dan pahala,
Tanda keadilan Allah Yang Esa.

Ajaran Islam sesuai diamalkan,
Di setiap tempat sepanjang zaman,
Segala suruhan setiap arahan,
Wajib ditaati semua insan,

Islam menekankan aqidah dan syariat,
Akhlak, ibadat dan juga muamalat,
Setiap aspek mengandungi maklumat,
Untuk tujuan selamatkan umat.

Aspek ekonomi, politik dan social,
Diberi penekanan supaya diamal,
Cara yang salah diarahkan tinggal,
Keindahan Islam akan terus kekal.

Kejayaan umat di zaman silam,
Kerana mereka mengamalkan Islam,
Jadikan pedoman sebagai iltizam,
Keindahan Islam tetap digenggam.

Ingatkan kembali di zaman silam,
Zaman sebelum munculnya Islam,
Nilai kemanusiaan musnah tenggelam,
Datangnya Islam kejahilan terpadam.

Islam adalah agama penyelamat,
Memberi kebahagiaan dunia dan akhirat,
Seloka ini sekadar nasihat,
Semoga ia memberi manfaat.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...