Sabtu, 28 Februari 2009

Nabi Yunus as

Tersebutlah kisah dalam al-Quran
Kisah Nabi Yunus alaihissalam
Kisah diceritakan zaman berzaman
Untuk menjadi pedoman umat Islam

Atas perintah Allah Yang Maha Esa
Nabi Yunus berdakwah kepada kaumnya
Tapi malangnya dakwahnya tak diterima
Kerana kaumnya lebih taatkan berhala

Dengan rasa kecewa baginda membawa diri
Mengikut pedagang belayar pergi
Membawa hatinya kecewa tak terperi
Kerana dakwahnya ditolak ketepi

Baginda memohon kepada Allah
Agar umatnya ditimpa susah
Penduduk Niwana mendapat tulah
Kerana buminya kering dan punah

Di tengah lautan berlaku gelora
Ombak dan taufan menghempas bahtera
Terkejut nakhoda serta penumpangnya Dicarilah akal untuk mengatasinya

Maka dibuat satu undian
Siapa yang kena dicampak ke lautan
Supaya bahtera tidak keberatan
Menanggung beban dan juga muatan

Undian dijalankan oleh nakhoda
Nabi Allah Yunus tercabut namanya
Namun nakhoda tidak gembira
Lalu diundi kali kedua

Begitulah seterusnya ketiga kalinya
Nama Nabi Yunus terpilih juga
Nabi Yunus redha atas takdirnya
Lalu baginda terjun dari bahtera

Dengan perintah Allah ikan Nun menelannya
Disimpan Nabi Yunus dalam perutnya
Nabi Yunus merasa gelap gelita
Hanya zikrullah yang diucapkan lidahnya

Setelah lama dalam perut ikan
Nabi Allah Yunus pun dimuntahkan
Terdamparlah baginda di tepi lautan
Setelah diuji berbulan-bulan

Setelah itu Allah perintahkan
Nabi Yunus kembali ke kampung halaman
Alangkah terkejutnya melihat perubahan
Penduduk Niwana telah beriman

KARKUN..PENDAKWAH...JANGAN PUTUS ASA...
KARTE KARTE MARNAHE...
MARTE MARTE KARNAHE...

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...