Foto Obama jeling remaja Brazil popular di internet
OBAMA diperhatikan Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy (kanan) memandang belakang Tavares dalam sesi bergambar di sidang G8, kelmarin. Gambar kecil wajah Tavares. |
ROME: Golongan muda dari negara membangun serta industri bersatu di L'Aquila di Itali ketika pemimpin Kumpulan Negara Lapan (G8) mengadakan sidang kemuncak.
Mereka dikenali sebagai 'Junior 8' atau J8 hadir bagi membincangkan tema kemiskinan dan pemanasan global. Seorang wakil setiap delegasi nasional berpeluang bertemu pemimpin negara mereka untuk mengambil gambar, Khamis lalu.
Wakil Brazil dari Rio de Janeiro, Mayara Tavares, 16, yang alam perjalanan bertemu Presiden Brazil, Luiz InĂ¡cio Lula da Silva, mendapat perhatian Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy serta Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.
Gambar yang seolah-olah menunjukkan Obama memandang punggung gadis itu kini amat popular di internet. Laman Drudge Report membuat lawak kejadian itu dengan menyiarkan foto itu menggunakan tajuk : 'Second stimulus package' (pakej rangsangan kedua).
Presiden Amerika itu ditunjukkan berada rapat dengan jelitawan Brazil dalam gaya lebih berwaspada. Laman J8 memberitahu latar belakang gadis itu:
"Mayara Tavares berusia 16 tahun dan tinggal di pinggir Rio de Janeiro, Brazil. Beliau mewarisi minat nenek dan bapanya untuk mengambil bahagian dalam masyarakat dan pergerakan sosial selain menjadi seorang aktivis memperjuangkan bagi hak kanak-kanak dan dewasa dalam masyarakatnya.
"Beliau baru-baru ini bertindak sebagai penyelidik dengan menemuramah masyarakat mengenai kehidupan mereka dan bagaimana rasanya hidup sebagai setinggan di bandar Rio de Janeiro.
"Menerusi hasil kerjanya inilah beliau cuba memperbaiki kehidupan masyarakat miskin di sebahagian besar pusat bandar, inisiatif dijalankan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Unicef, di Brazil. Beliau juga menjadi seorang anggota Forum Belia dalam kawasannya dan berharap terus membabitkan rakan sebayanya dalam kerja ini."
Lula memberi Obama sehelai jersi sukan Brazil yang ditandatangani pemain pasukan Brazil pada pertemuan sebelah pagi. Lula berasa megah dengan perlawanan bola sepak 28 Jun lalu di antara Amerika dan Brazil menyaksikan kekalahan Amerika dengan jaringan 3-2. - Agensi
kah.kah..kah.pakej rangsangan tur..kah.kah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan