Sabtu, 11 Julai 2009

berita

Najib hadiri majlis ijtimak di Nilai


NILAI: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini menghadiri majlis Ijtimak di sebuah tanah lapang di sini.

Najib yang tiba di majlis itu pada 5.10 petang bersembahyang Asar sebelum beramah mesra dengan jemaah lain serta bermuzakarah mengenai soal agama dengan ulama.

Kira-kira 100,000 pendakwah daripada lebih 40 negara menghadiri perhimpunan itu yang diadakan di tanah lapang bersebelahan dengan Masjid Kuarters KLIA, di sini.

Perhimpunan tiga hari itu berakhir esok. - Bernama

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...