Adakah anda sudah berkahwin dan mempunyai beberapa orang anak serta tidak mempunyai masalah dalam rumah tangga anda?, jika anda begitu, sebenarnya anda merupakan pilihan yang baik sebagai calon wanita yang belum bersuami.
Seorang kawan yang bekerja di kementerian pelajaran menceritakan pengalamannya berurusan dengan para janda yang enggan berkahwin dengan teruna ataupun duda.
Walaupun ada teruna dan juga duda yang berkenan pada mereka, mereka tetap enggan menerimanya. Mereka tetap lebih suka memilih suami orang.
Antara kelebihan kahwin suami orang adalah:
- Suami orang biasanya penyabar dan menilai tinggi institusi kekeluargaan. Mereka tidak mudah melafazkan kata cerai dan cuba mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk berkekalan.
- Suami orang makan minumnya terurus rapi. Oleh kerana dah ada orang yang menjaga hal makan minum serta pakaian, maka tidak sukarlah untuk isteri kedua menjaganya.
- Suami orang sudah tentu berpengalaman dalam menunaikan tanggungjawab batinnya kepada isteri, tentu isteri kedua akan bahagia.
- Suami orang lebih baik dari duda yang ada anak. Jika seorang wanita kahwin duda, dialah yang akan menjaga anak-anak duda tersebut. tapi jika kahwin suami orang sudah ada orang yang memelihara anak-anaknya.
- Suami orang lebih baik dari teruna, kerana suami orang tak perlu senantiasa tinggal dirumah janda yang dikahwininya kerana masih ada rumah lagi satu yang dia perlu pulang sedangkan teruna akan sentiasa tinggal bersama janda yang dikahwininya. Ini membuatkan janda rasa tidak selesa dan lemas melayan teruna.
- Suami orang biasanya murah rezeki terutamanya yang ramai anak, jadi bolehlah tumpang rezekinya.
- Suami orang biasanya tenang dan tidak tergopoh-gapah.
- Suami orang biasanya tak suka berfoya-foya demi keluarga jadi tak perlu risau bila dia keluar dari rumah kemana-mana.
- Suami orang biasanya susah nak dapat kerana sentiasa dikawal oleh isterinya. Barang susah dapat biasanya mahal. Jadi suami orang adalah barang yang mahal. Untuk maklumat hanya 5% daripada lelaki muslim di negara kita yang berkahwin lebih dari satu.
Banyak lagi kelebihan berkahwin dengan suami orang. Jika anda masih belum berkahwin anda sebenarnya berada dalam kerugian yang besar kerana tidak menjadi pilihan wanita. Jadi pastikan anda segera berkahwin untuk mendapatkan status sebagai suami orang, pilihan wanita berkerjaya.
Jadilah suami orang yang baik, jadilah ayah kepada anak-anak yang ramai, bersabarlah dalam perkahwinan biar kekal sehingga mati. Tunaikan segala tanggung jawab anda dengan baik. Taatlah kepada agama dan didik anak-anak dengan sabar. nescaya anda bakal menjadi suami orang yang digilai ramai perempuan.
2 ulasan:
Ada hati ke bos... haha...
ada jugak...kah..kah...kah
Catat Ulasan