Isnin, 18 April 2011

Suami .......

Adakah anda sudah berkahwin dan mempunyai beberapa orang anak serta tidak mempunyai masalah dalam rumah tangga anda?, jika anda begitu, sebenarnya anda merupakan pilihan yang baik sebagai calon wanita yang belum bersuami.

Seorang kawan yang bekerja di kementerian pelajaran menceritakan pengalamannya berurusan dengan para janda yang enggan berkahwin dengan teruna ataupun duda.

Walaupun ada teruna dan juga duda yang berkenan pada mereka, mereka tetap enggan menerimanya. Mereka tetap lebih suka memilih suami orang.

Antara kelebihan kahwin suami orang adalah:

  1. Suami orang biasanya penyabar dan menilai tinggi institusi kekeluargaan. Mereka tidak mudah melafazkan kata cerai dan cuba mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk berkekalan.
  2. Suami orang makan minumnya terurus rapi. Oleh kerana dah ada orang yang menjaga hal makan minum serta pakaian, maka tidak sukarlah untuk isteri kedua menjaganya.
  3. Suami orang sudah tentu berpengalaman dalam menunaikan tanggungjawab batinnya kepada isteri, tentu isteri kedua akan bahagia.
  4. Suami orang lebih baik dari duda yang ada anak. Jika seorang wanita kahwin duda, dialah yang akan menjaga anak-anak duda tersebut. tapi jika kahwin suami orang sudah ada orang yang memelihara anak-anaknya.
  5. Suami orang lebih baik dari teruna, kerana suami orang tak perlu senantiasa tinggal dirumah janda yang dikahwininya kerana masih ada rumah lagi satu yang dia perlu pulang sedangkan teruna akan sentiasa tinggal bersama janda yang dikahwininya. Ini membuatkan janda rasa tidak selesa dan lemas melayan teruna.
  6. Suami orang biasanya murah rezeki terutamanya yang ramai anak, jadi bolehlah tumpang rezekinya.
  7. Suami orang biasanya tenang dan tidak tergopoh-gapah.
  8. Suami orang biasanya tak suka berfoya-foya demi keluarga jadi tak perlu risau bila dia keluar dari rumah kemana-mana.
  9. Suami orang biasanya susah nak dapat kerana sentiasa dikawal oleh isterinya. Barang susah dapat biasanya mahal. Jadi suami orang adalah barang yang mahal. Untuk maklumat hanya 5% daripada lelaki muslim di negara kita yang berkahwin lebih dari satu.

Banyak lagi kelebihan berkahwin dengan suami orang. Jika anda masih belum berkahwin anda sebenarnya berada dalam kerugian yang besar kerana tidak menjadi pilihan wanita. Jadi pastikan anda segera berkahwin untuk mendapatkan status sebagai suami orang, pilihan wanita berkerjaya.

Jadilah suami orang yang baik, jadilah ayah kepada anak-anak yang ramai, bersabarlah dalam perkahwinan biar kekal sehingga mati. Tunaikan segala tanggung jawab anda dengan baik. Taatlah kepada agama dan didik anak-anak dengan sabar. nescaya anda bakal menjadi suami orang yang digilai ramai perempuan.

Selasa, 8 Mac 2011

Kita Ini Tetamu Senja....

Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila tiba detik kembalilah kita kepadaNya
Kita datang ini kosong tangan kosong dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada tuhan kepada insan
Pada tetamu yang datang dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka kepada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke biru laut ke kuning darat
Harus kita lekas segera sedar pada tugas

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawalah bakti padat berkat

Artist: KOPRATASA

Jumaat, 18 Februari 2011

Khamis, 27 Januari 2011

Khamis, 20 Januari 2011

Khamis, 9 September 2010

SEHARA MAZABA........


Ampun dan maaf andainya aku ini…
Terkasar bahasa dalam bicara
Tersilap bicara semasa bersama
Termarah yang tak kena tempatnya
Tertanya tak tentu hala..
Tersasul yang tak sengaja
Terpukul kat mana-mana
Terpekik kuat di telinga
Terhantuk terketuk di kepala
Terpinjam terambil harta & benda
Termoody tak semena-mena
Terumpat bila ada cerita,
Teremail benda yang tak sepatutnya kau terima
Termacam-macam yang kena-mengena.. ,,
Di hari yang mulia sepuluh jari ku hulurkan semua,
Memohon kemaafan atas segala dosa yang ada
Kerana aku masih bernama manusia
Pastinya tak lepas membuat dosa
Semoga dimaafkan,
Salam Aidil Fitri Maaf zahir & Batin
Kah..kah..kah..kah..kah...

Rabu, 8 September 2010

Menjelang Hari Raya..2 HARI LAGI...


S. Jibeng

Kini dah tiba
Hari yang bahagia
Ramainya insan
Mengunjungi saudara

Kasihan si miskin
Yang tiada berdaya
Menangis menghiba
Di pagi raya

Duhai insan semua
Janganlah lupa
Kepada
Yang Berkuasa

Si miskin jua
Ingin merasa
Hidup bahagia
Bersama

Menjelang sudah
Aidilfitri mulia
Berduyun insan
Mengunjungi pusara

Kini ku terdengar
Tangisan menghiba
Yang telah pergi
Tak kembali semula

kah..kah..kah..kah..kah..kah..kah..kah..kah..kah..kah..kah..kah..kah..kah..kah..kah..kah..kah..kah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...