Jumaat, 28 Mei 2010

Umpama Lautan...


Laut luas kerana kearifannya lebih luas, sehingga pemikirannya pun lebih luas. Dia mengetahui bahawa di dalam alam semesta ini selain dirinya masih terdapat banyak sekali kehidupan yang arif. Dia tahu bahwa setiap kehidupan memiliki karakteristiknya sendiri, sebaliknya hanya mengandaikan salah satu kehidupan tidak dapat membuat alam semesta ini mencapai kemakmuran dan kesejahteraan, sedangkan dalam alam semesta yang maha luas dirinya hanyalah sebuah partikel kecil.

Justeru kerana laut luas memiliki kearifan yang tinggi, barulah dapat membuatnya “lebih rendah hati”. Membuatnya lebih banyak melihat kekurangan diri sendiri, dengan meningkatnya kearifan juga telah membuatnya memiliki “kapasiti kemampuan” yang lebih besar.

Laut luas mengetahui, meski dirinya luas, namun jika melupakan gabungan pasukan air dari berbagai sungai dan anak sungai lain, secara beransur-ansur juga akan mengering. Meski sungai berbeza membawa pelnagai bahan yang berbeza ke laut, namun laut tak pernah menutup pintu bagi mereka.

Kerana laut tahu bahwa menghargai mereka bukan hanya merupakan keperluan mereka sendiri, namun keperluan dari semua kehidupan dalam laut, bahkan merupakan keperluan dunia ini. Laut tidak takut diri mereka mengering, tetapi rela menyerahkan dirinya untuk dunia ini.

Ketika melihat orang-orang menyombongkan diri, laut luas sering kali menghela nafas: mereka hanya dapat melihat keuntungan dan kerugian diri sendiri, tetapi tidak dapat melihat keperluan orang lain. Mereka tahu bagaimana menuntut, tetapi tidak tahu memberi. Mereka ingin orang lain memahami diri mereka, “memperhatikan” perasaan mereka, namun tidak mengetahui bahwa orang lain juga mengharapkan pengertian dan pengakuan darinya.

Laut luas berpikir: andaikan semua orang dapat memahami “diriku” dalam pikiran mereka, maka semua orang akan dapat memiliki kearifan yang lebih luas. Jika semua orang menganggap keperluan dunia dan keperluan alam semesta ini sebagai tanggung jawab mereka sendiri, maka dunia dan alam semesta ini pastilah akan lebih indah dan makmur. “Diriku” yang menjadi sebahagian darinya juga tentu akan lebih berbahagia.

Jika semua orang mampu terlebih dahulu memikirkan orang lain dan memenuhi keperluan orang lain, maka keperluan mereka juga akan dipenuhi oleh orang lain.

laut luas yang memiliki “hati” lebih luas dalam menghargai orang lain, masihkan kita perlu risau bahwa “aliran sungai kecil” kita tidak akan menjadi “lautan maha luas”?

Khamis, 27 Mei 2010

L.E.P.S


kekadang dalam hidup ni terasa seperti aku saja yang kena jaga:
orang ini , orang itu ,
maruah ini, maruah itu,
perasaan ini , perasaan itu ,
muka ini , muka itu ,
hormat ini , hormat itu ,
nama ini , nama itu ,
punggung ini , punggung itu,
mamat ini , mamat itu,
aku apa dapat.....

sebagai manusia biasa kekadang aku rasa LEPS AJE MAMAT TU lagi senang...

kah..kah..kah..LEBIH ELOK PENENDANG SAJA..kah..kah...kah
kah..kah..kah..LEPS..kah..kah...kah
kah..kah..kah..LEBIH ELOK PENENDANG SAJA..kah..kah...kah
kah..kah..kah..LEBIH ELOK PENENDANG SAJA..kah..kah...kah
kah..kah..kah..LEBIH ELOK PENENDANG SAJA..kah..kah...kah

Rabu, 26 Mei 2010

Tinggal Kenangan...


ketika aku lepak baca blog tadi..
teringat aku satu pesanan daripada Seorang bos dan sahabat:
sikit ilmu tentang kepimpinan...
bagi yang makan gaji ni memang tak terlepas dari berhubung dengan ketua/bos/pemimpin,
ada macam2 la ketua , pengarah,pengetua,guru besar,pengurus,bos,tokey,macam2 macam la..
yang kerja sendiri dia la pemimpin,atau bos,
yang baru kerja risau bos , yang lama pun risau , yang dapat bos baru lagi risau...
macam2 ada la dalam kepala..
aku dengar :
Bukit tempat timbunan awan..
Telok tempat timpunan kapal..
Lurah tempat timbuna air..
Ketua tempat timbunan umpatan...

Jadi ramai diantara kita ni pekerja dan ada bos, jadi kita kena tau la serba sedikit tentang gaya kepimpinan..pemimpin
mengikut kajian beliau.. gaya kepimpinan ada empat:
1. Kepimpinan Kemanusiaan
Kepimpinan kenusiaan ini berkisar kepada budibicara. Keputusan dibuat berdasar kepada budi bicara dan keadaan individu dari semasa ke semasa.Keprluan pekerja diambil kira.
2. Kepimpinan Proses.
Pemimpin membuat keputusan atau dasar mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Sama ada dasar atau sistem.Semuanya harus mengkikut peraturan dan standard kerja yang telah ditetapkan oleh organisasi tersebut
3. Kepimpinan Tindakan.
Kepimpinan tindakan sentiasa menggesa kerja yang telah diarahkan.
Contoh : Zana awak dah buat , Zana bila nak siap, zana mana dia yang saya nak tu…
Kepimpinan ini mementingkan kerja / tindakan dengan kepantasan dan ketepatan..
4. Kepimpinan Idea
Pemimpin jenis ini banyak melontarkan ide untuk dibuat dan dilaksana.Pemimpin melontar idea dan terserah kepada pekerja untuk melaksanakan idea tersebut.pemimpin sentiasa ada idea untuk dibuat oleh pekerja..
Kesemua jenis kepimpinan ini sebenarnya perlu tapi perlu seimbang.. jika salah satu terlebih atau terkurang maka ia akan memakan sistem organisasi itu sendiri..
Sebagai pemimpin disitulah terletak kepandaian untuk mengenal pasti dan melaksanakan setiap jenis kepimpinan mengikut masa dan keadaan.
Sebagai pekerja juga perlu bijak menangani situasi tersebut..
Kerana sebenarnya pemimpin yang baik perlu meprodukkan pekerja yang cemerlang , meningkatkan keupayaan dan taraf pekerja tersebut , kemandirin kemahiran pekerja dan pekerja tersebut bersedia menghadapi dunia pekerjaan yang dicabar dengan Glokal dan Global…
Kepimpinan dan yang dipimpin harus menegakkan sentiasa situasi yang kedua2 pihak menang dapat manfaat..”win win situation” saling bergilir..
Pemimpin harus membimbing – pelaksanaan – juka tak laksana timbulah teguran..
Pemimpin harus mempunyai daya pemerhatian dan daya penaakulan yang tinggi..mungkin sampai telepati..
Tambah beliau :
“management by laughing” lebih baik kerana ia mewujudkan satu suasana yang lebih erat. Dalam arahan ada kemanusiaan.
“Management by picture” kurang baik kerana menggambarkan keburukan sebagai arahan. Kelemahan selalu diungkit; mood kerja leh hilang.. Cth: kes eli wong
“Management by serious” : terlebih ni boleh cabut lari pekerja..hehehe ..nak contoh ker.. tak yah la…. Sendiri piker la…yea…
Sebagai pemimpin harus mempunyai pandangan yang luas ; “helicopter view”
Pekerja : “ground view” kot jadi kena patuh la…
Menurut beliaua lagi: mafhum hadis nabi s.a.w
Hebat pemimpin kerana jemaaah, hebat jemaah kerana taat ahlinya…
Sebagai pemimpin tidak boleh bertolak ansur kepada 3 perkara:
- Tidak jujur pada tugas
- Tidak amanah pada wang ringgit walaupun 10sen
- Pecah belah/adu domba/batu api….

Tambahan lagi setiap pemimpin harus ada MBWA
“management by walking around”
Sedikit smart partnership la…
Kah….kah..kah..
Kutipla ilmu tu dimana saja….kata beliau...

beliau yang dimaksudkan ialah En Yusof Bin Mohamad...Banyak ilmu dan pongalaman yang beliau telah kongsi dengan aku..Terima Kasih

Jumaat, 21 Mei 2010

Sia-Sia Atau Berusaha...

kah..kah..kah..CARA TERPANTAS MENJERANG AIR..kah..kah..kah

kah..kah..kah..MEMBAIKI KEROSAKAN SEMASA KEROSAKAN..kah..kah..kah

kah..kah..kah..MENAHAN ATAU BERGANTUNG..kah..kah..kah

kah..kah..kah..KEHIDUPAN DUNIA..kah..kah..kah

kah..kah..kah..TAKUT BERUMAH DITEPI PANTAI..kah..kah..kah

kah..kah..kah..NAZRI KENA BELAJAR..kah..kah..kah

kah..kah..kah..MENYELAMAT NYAWA ATAU MENGADAI NYAWA..kah..kah..kah

kah..kah..kah..UTAMAKAN KESELAMATAN..kah..kah..kah

kah..kah..kah..APA GUNANYA LORI..kah..kah..kah

kah..kah..kah..TERLUPA YANG BAIK..kah..kah..kah

Rabu, 19 Mei 2010

Pengurusan Organisasi..


kah..kah..CARTA ORGANISASI..kah..kah..kah



kah..kah..SEMANGAT BERPASUKAN/BERJEMAAH..kah.kah.kah



kah..kah..RISIKO TANGGUNG BERSAMA..kah..kah.kah


kah..kah..kah..TIPS NAK SURVIVE.kah.kah.kah

kah..kah..kah.kah..kah..kah.kah
kah..kah..kah.kah..kah..kah.kah
kah..kah..kah.kah..kah..kah.kah
kah..kah..kah.kah..kah..kah.kah
kah..kah..kah.kah..kah..kah.kah
kah..kah..kah.kah..kah..kah.kah
kah..kah..kah.kah..kah..kah.kah

Jumaat, 14 Mei 2010

Kelas Pemulihan...


kah..kah..SELAMAT HARI GURU..kah..kah

Guru Oh Guru


Guru Oh Guru ..................
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

kah.kah.kah..SELAMAT HARI GURU..kah..kah..kah

Nukilan Allahyarham SN Dato' Dr. Usman Awang
Dipetik daripada buku antologi puisi Guru oh Guru yang diselenggarakan oleh Zam Ismail terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur, 1989.

Khamis, 13 Mei 2010

Peristiwa 13 MEI....






Pembangkang meraikan kemenangan


Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.

Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, S'gor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di S'gor yang menyaksikan 50:50 di S'gor. Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar KL. Perarakan hingga ke Jln Campbell dan Jln Hale dan menuju ke Kg Baru. Sedangkan di Kg Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar S'gor ketika itu, Dato' Harun Idris.

Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai maksud yang negatif. Ada yang mencaci dan meludah dr atas lori ke arah org Melayu di tepi jln.

Perarakan kematian Cina
Akibat daripada rusuhan maut tersebut, kesesakan jlnraya turut berlaku.

Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jln dgn kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.

Pd hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh menang besar di kwsn Bukit Bintang, KL. Tapi permohonan maaf sudah terlambat.

Rumah Menteri Besar S'gor

UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari ke2 pihak. Perarakan ini x dirancang.

Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar S'gor di Jln Raja Muda Abdul Aziz di Kg Baru, KL. Dato' Harun Idris selaku Menteri Besar S'gor ketika itu cuba mententeramkan keadaan. Rupa2nya, mrk yang berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang pjg dan hanya menunggu isyarat lampu hijau dr Dato' Harun Idris untuk mengamuk.

Ketika berkumpul, cerita2 tentang kebiadapan ahli parti Gerakan tersebar dan meluap2. Jam 3 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak, hanya dua km dari rumah Menteri Besar S'gor.

4.00 petang 2 penunggang motosikal Cina yang melalui Jln Kg Baru telah dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya dibunuh. Pemuda2 Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi2 gelap telah bertindak balas. Mereka membunuh orang2 Melayu di sekitar KL. Rupa2nya orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap dengan pelbagai senjata besi, tombak dan lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina.

Rusuhan besar terjadi. Perintah darurat dikeluarkan, semua orang tidak dibenarkan keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar KL. Tentera dari Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar KL.

Rejimen Renjer
Anggota FRU semasa rusuhan 13 Mei berlaku.

Pasukan FRU dikeluarkan dr Kg Baru dan askar dari Rejimen Renjer ambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari orang2 Melayu, Iban, Cina, India, Sikh, Gurkha dan lain2 turut menembak orang Melayu dan ini menyebabkan kemarahan orang Melayu semakin meluap2. Menurut laporan, ketua pasukan Rejimen Renjer dikatakan berbangsa Cina.

Pemuda2 Melayu yang mempertahankan Kg Baru dan yang lain2 mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina dengan askar Rejimen Renjer. Beberapa das turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar S'gor.

Askar Melayu

Akhirnya Rejimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu. Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kg Baru, Jln Tuanku Abdul Rahman masih terus terbakar. Pentadbiran diambil-alih oleh Askar Melayu. Malangnya beberapa askar Askar Melayu turut masuk ke kedai2 emas Cina dan mengambil harta benda di sana. Ada yang berkata askar tersebut berpakaian preman.

Ramai orang Cina dibunuh dan dicampakkan ke dalam lombong bijih timah. Konon ada rakaman televisyen, beberapa pemuda Cina ditangkap, dibariskan di tepi lombong dan dibunuh. Bagaimanapun, sehingga sekarang, tiada bukti yang sahih mengenai rakaman ini.

Panggung Odeon

Pemuda2 Cina dari kongsi2 gelap telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jln Tuanku Abdul Rahman, KL. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung. Penonton Melayu di panggung tersebut ramai yang mati. Ini termasuklah 2 orang Askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang.

Seorang polis bernama Rahim yang tinggal di KL yang turut menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura2 mati. Beliau masih hidup hingga skrg. Akibat daripada tindakan sebegini, orang2 Melayu mulai bertindak balas, dan dikatakan kepala orang Cina yang dibunuh diletakkan di atas pagar .

Abdul Rafai Alias bersama rakan2nya dari Semenyih yang datang ke KL turut terperangkap dan terkejut dgn rusuhan kaum yang tidak disangka2 pada 13 Mei itu. Beliau turut melangkah2 mayat mereka yang telah terbunuh di atas jln.

K
habar angin mengatakan Tentera Sabil dari Sungai Manik hendak datang ke Kg Baru tetapi tersekat. Begitu juga dengan Tentera Selempang Merah dari Muar dan Batu Pahat tersekat dan disekat oleh polis di Balai Polis Kajang dan Cheras.

Ada 4 kiai di sekitar Kg Baru mengedarkan air jampi dan tangkal penebat, iaitu ilmu kebal dengan harga yang mahal . Sesiapa yang memakainya menjadi kebal dan boleh terbang2. Apa yang pasti, Askar Melayu juga telah menyelamatkan orang Melayu di Kg Baru ketika itu. Mungin juga ramai yang pernah mendengar kisah parang terbang yang terbang dan memenggal kepada orang Cina.

Namun rusuhan kaum tidak terjadi di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tidak ada sebarang pergaduhan. Negeri Johor dan Negeri Sembilan juga tidak terjadi apa2. Cuma ada sedikit di Melaka. Di Betong ada tembakan oleh PKM.

A
da yang menyifatkan bahawa pergaduhan ini sebenarnya adalah pergaduhan "politik" dan bukanya perkauman. Kerana sebelum itu masyarakat melayu dan cina boleh hidup dalam keadaan yang harmoni. Seperti dinyatakan pergaduhan x berlaku di negeri melayu kelantan, pahang dan kedah. Jika ia merupakan isu perkauman, pastinya hari ini tiada lagi orang cina di negeri2 tersebut kerana habis di bunuh oleh orang melayu.

Kesimpulanya, pergaduhan ini bukanlah rusuhan perkauman, kerana ia hanya terjadi selepas pilihanyaraya dan hanya melibatkan orang2 melayu dan cina di KL shj.

Angka korban
Polis dan tentera sedang mengawal Panggung Odeon yang menjadi sasaran rusuhan.

Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah. Tapi ramai telah menganggar ramai lagi dibunuh. Sebuah thesis PhD. daripada Universiti California, Berkeley menganggar seramai 2,000 orang hilang nyawa dalam peristiwa 13 Mei.

Di mana Tunku

Ketika itu (13 Mei 1969), Tunku Abdul Rahman baru pulang dari Alor Star meraikan kemenangan beliau di sana.

6.45 petang Encik Mansor selaku Ketua Polis Trafik KL memaklumkan kejadian pembunuhan kepada Tunku Abdul Rahman. Darurat diisytiharkan pada jam 7.00 malam 13 Mei 1969. Ada khabar angin mengatakan Tunku sedang bermain mahjung. Dalam tulisannya, Tunku menafikan hal tersebut.

Mageran

Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969 di seluruh negara dan Mageran dibentuk di bawah pentadbiran Tun Abdul Razak. Parlimen dibubarkan.

Peristiwa 13 Mei 1969 menyebabkan Tunku Abdul Rahman dipersalahkan oleh org Melayu dan Malaysia secara keseluruhannya. Berikutan itu Tunku meletakkan jawatan pada tahun 1970. Buku "Dilema Melayu" ("Malay Dilemma") oleh Tun Dr Mahathir telah diharamkan. Dikatakan gandingan Tun Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim memburukkan Tunku Abdul Rahman.

Keadaan akhirnya dapat dikawal dan beberapa keputusan telah diambil bagi mencari jalan penyelesaian termasuklah penubuhan beberapa badan seperti
Majlis Perundingan Negara, Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara telah diciptakan.

Ternyata langkah Tunku Abdul Rahman penyingkiran Singapura dari Malaysia tidak menyelesaikan masalah perkauman.
Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan kemuncak kemarahan lama orang Melayu kerana mereka miskin di tanah air mereka sendiri.

Tahun 1969 pilihan raya diadakan semula dan memberi kemenangan 2/3 semula kepada kerajaan yang memerintah. Barisan Nasional dibentuk. Wilayah Persekutuan KL dibentuk bagi mengurangkan pengundi Cina dalam DUN Sgor. Beberapa ahli politik yang dianggap berbahaya telah ditahan melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Persempadanan pilihan raya yang lebih bijaksana dan seimbang telah dilaksanakan. Sistem demokrasi, pilihan raya dan agihan kek ekonomi (hak-hak keistimewaan bumiputera) mendpt tafsiran semula.


Rabu, 5 Mei 2010

Misteri Personaliti Diri...





Personaliti yang wujud dalam diri kita adalah dalam bentuk yang dinamik, ia terus berkembang dan boleh berubah. Mengenalpasti personaliti diri adalah merupakan satu aset penting untuk kita mengenali dan mendalami diri sendiri. Dengan memahami personaliti yg terbentuk dlm diri kita maka lebih mudah kita menyesuaikan diri kita dengan persekitaran. Ada beberapa personaliti yang dirumuskan berdasarkan kajian dalam bidang psikologi.

a) Personaliti Periang
Seseorang yang periang akan mudah bergaul dgn orang lain dan bagi mereka bertemu dan bergaul dengan org lain itu adalah sumber kepada kebahagiaan dlm hidup. Mereka biasanya:
1. berasa selesa apabila berada dalam keramaian dan seronok bertemu dengan orang lain
2. lebih mudah berhubung dengan dunia luar berbanding dgn dunia dlm diri mrk sendiri atau berfikir dengan idea sendiri
3. lebih suka berbincang dengan org lain dlm mencapai keputusan berbanding membuat keputusan sendiri
4. lebih banyak bercakap dari mendengar
5. berkebolehan menganalisis situasi baru dengan mudah
6. gemar dengan aktiviti keramaian seperti majlis makan, sukan, pesta dan lain-lain
7. Happy go lucky dan gemarkan muzik harmoni dan rancak

b) Personaliti Pendiam
Bersifat:
1. lebih suka menyendiri
2. sanggup melakukan apa saja untuk menjayakan ssesuatu yang mereka sukai
3. mudah merasa diketepikan dalam keramaian
4. lebih suka memikir dan mencari penyelesaian untuk masalah yang dihadapi secara bersendirian
5. menjadi pemerhati dan berfikir lama sebelum melibatkan diri dengan seseorang atau sesuatu
6. seorg pndengar yang baik, kurang gemar dipuji dan tidak suka berbual atau mencampuri hal orang lain

c) Personaliti Perasa
Bersifat:
1. mahu jawapan yang pasti dan tepat
2. suka kerja yang berperaturan dan kerja yang mempunyai pulangan yang banyak
3. suka mengumpul banyak dan cukup maklumat sebelum bertindak
4. mementingkan fakta dan bukan teori serta tiada masalah berhadapan dengan perkara remeh temeh
5. lebih suka melakukan sesuatu dari hanya berfikir untuk melakukan sesuatu
6. kurang mempunyai firasat

d) Peramal
Sifatnya:
1. gemar melakukan banyak perkara dalam satu masa
2. selalu mempunyai jawapan yang sesuai untuk setiap persoalan dan bijak mengenalpasti peluang baru
3. tidak suka melakukan kerja yang remeh temeh
4. gemar belajar mengenai perkara yang baru tapi kurang menggunakan ilmu tersebut
5. sering memberi jawapan berbentuk umum
6. gemar kerja yang mencabar dan kurang gemar melakukan kerja yang sama sepanjang masa
7. banyak persoalan yang ditimbulkan dalam perbincangan
8. suka menguji kebolehan orang lain

e) Personaliti pemikir
Bersifat:
1. mudah mengingat nombor berbanding dengan wajah dan nama orang
2. sering bertenang wpun dalam suasana yang menyebabkan orang lain panik
3. yang penting dia mestilah benar setiap masa
4. kadang-kadang kelihatan seperti orang yang keras hati dan mudah mengkritik
5. baik dalam merancang sebarang kerja dan mengurus kerja peribadi
6. suka melihat sesuatu dengan lebih mendalam sebelum membuat keputusan

f) Personaliti sensitif
Bersifat:
1. sering mmbayangkan diri mereka dalam situasi yang dialami oleh orang lain. Lebih mudah simpati dengan perasaan,kehendak dan
kesukaan orang lain
2. dalam membuat keputusan sering bertanya sendiri apa yang saya rasa dan apa yg orang lain rasa dan bukan apa yang betul
3. suka menolong orang lain walaupun tahu mereka dipergunakan
4. tidak gemar menyampaikan berita buruk kepada orang lain
5. akan melakukan apa saja untuk tidak melukakan perasaan orang lain atau menimbulkan konflik dengan orang lain
kah...kah...kah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...