

Sesuatu yang baik, belum tentu benar. Sesuatu yang benar, belum tentu baik. Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga. Sesuatu yang berharga/berguna, belum tentu bagus.
Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.
Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.
Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.
Guruku memikul demikian banyak harapan
setiap ibu bapa dan juga kerajaan
bersama sederetan beban tambahan
untuk tiap minit dan jam persekolahan.
Guruku adalah segala-galanya
mengajar angka huruf dan kata
dan kini ilmu lebih dewasa
komputer ganti pemikir otak manusia.
Guruku mengajar pelbagai kurikulum
pendidikan budi bahasa
supaya otak manusia
jangan jadi pandir atau gila
Juga kokurikulum untuk anak didiknya
cergas dan sihat anggota
supaya degup jantung bahagia
saluran darah lancar terjaga.
Ke mana saia pindah-randahmu, guruku
ke hilir ke hulu engkau sebarkan buku dan ilmu
sebagal ejen budaya
pemimpin tanpa pilihanraya.
Tiap pagi seluruh cakerawala
jutaan suara menjulang ke angkasa
mengucapkan kata syahdu:
selamat pagi, cikgu.
Hari ini dia telah berjaya
Siapa yang menduga dia akan
berjaya sebegitu rupa
dia sendiri pun seakan tak percaya
semua memuji kebolehannya
memuji kepintarannya
tapi dia tahu,
ada seorang yang berjasa di sebalik itu
seorang yang bukan ingin disanjung
atau diberi penghormatan
tanpa orang itu
Mungkinkah dia berada disitu..
orang itu pernah dia caci
dia permainkan
dia benci dan meluat
Tapi orang itu tetap tak mengalah
dalam menegakkan kebenaran
dalam mengajarnya menilai kedidupan
orang itu terus tekun mendidiknya
dan membimbingnya
Menjadi insan berguna
jika tiada orang itu
dia akan terus hanyut
dalam keseronokkan zaman remaja
tanpa mengira yang mana salah yang mana benar
yang penting seronok
Dan dia berterima kasih kepada orang itu
Yang bernama GURU…
Airmata putih jernih
mengalir lesu
melelehi pipi nan gebu
jatuh membasahi tanah kusam
menjalar keheningan kakian senja.
Kasihanilah
airmata ini pernah bersuara
untuk menafsirkan bahagia dan derita
alirannya berlopak-lopak di sudut mata sembab
mengharapkan:
sejengkal kebahagiaan
sehasta kesetiaan
tetapi diakhirl sepemeluk penyeksaan.
Airmata ajar-ajar
airmata cinta dan sayang
jernih dalam sekolam kekeruhan
tetapi mengocak kesengsaraan.
Bangunlah putera puteri bunga bangsa
keringilah airmatamu dengan ilmu pengetahuan
dengan halus keinsafan
bertakwa dan berdikarilah setiap detik
semoga hidup mempunyal erti dan nilai
membalas cabaran, pengorbanan keringat bakti
dari orang-orang yang bersusah payah untukmu.
Di sebalik airmata ini
tercipta rasa cinta suci
hanya satu perhitungan yang diminta
dalam perjuangan ini:
taburilah rasa hormat,
kasih dan pekerti yang mulia
hakikat h1dup pasti ditegakkan
memohon rahmat dan restu kejayaan
kegembiraan dan ketakwaan.
Namun perjuangan tidak akan berakhir
ia kekal silih berganti
sampai bila-bila
airmata juga tidak akan kekeringan
ia tetap mengalir
sampai bila-bila
tidak akan mengalir airmata tanpa perjuangan
perjuangan tetap diteruskan
airmata jua tetap mengalir
terserahlah.
Air mata ini pernah menitis
Mengenangkan nasib anak bangsa
Yang semakin hanyut dibuai ombak
Yang semakin hilang identiti kemelayuan…
Yang semakin hilang hormat kepada guru
Air mata ini juga mudah menitis
Takkala mendengar kejayaan anak didik
Menitis kegembiraan
Tanda kepuasan
Tanda Kejayaan
Tanda bersyukur
Oh, Tuhan Yang Maha Besar
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahunn 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.
Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu
Kami guru MalaysiaBerikrar dan berjanjiMendidik dan memimpinPutra putri negara kitaPada Seri PadukaKami tumpahkan setiaRukun Negara kitaPanduan hidup kami semuaDi bidang pembangunanKami tetap bersamaMembantu, membinaNegara yang tercintaAmanah yang diberiKami tak persiakanApa yang kami janjiTunai tetap kami tunaikanLagu & Lirik : Hashim Ahmad
Guru Oh Guru ..................
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
Assalamulaikum pembuka bicara,
Madah disusun mengungkap rasa,
Suasana riang pagi yang ceria,
Kerna menyambut Hari Guru tercinta.
Sk. Kampong Aur jauh di pedalaman,
Di tepi bukit, dihujung jalan,
17 guru memberi perkhidmatan,
Mendidik, mengajar memberi pengalaman.
Cikgu Yusuf guru besarnya,
Orangnya sasa, tinggi pula,
Kalau berbicara tiada hentinya,
Memimpin guru, murid dan para pekerja.
Bertubuh tinggi, berjanggut panjang,
Cikgu Rahman berjenaka bila bersama,
Bila mengajar sedikit garang,
Itulah dia gpk pertama.
Pandai mengaji juga menyanyi,
Pandai bercerita kisah nabi-nabi,
Itulah dia ustaz Nazri,
Gpk hem yang penuh dedikasi.
Cikgu Zamri gpk koko berkaliber
Bersuara lembut, suka menolong,
Macam-macam aktiviti dibuatnya,
Mengurus sukan, uniform dan gotong royong.
Ustaz Daud suka menyendiri,
Bertapa menyepi mencari ketenangan diri,
Walau begitu dia tak pernah sunyi,
Kerna murid-muridnya sungguh menyayangi.
Orangnya kurus dan tinggi lampai,
Setiausaha peperiksaan menjadi tugasan,
Cekap berkhidmat tak pernah lalai,
Cikgu Mohd mudah memberikan senyuman.
Edi Herman nama diberi,
Badannya sihat, muka berseri,
Mengajar senaman di pagi hari,
Kalau bercerita penuh misteri.
Teacher Pizah nama panggilan,
Menjadi bunga kembang setaman,
Orangya manis tak kedekut senyuman,
Suaranya lembut penuh keibuan.Sir muhairi gagah orangnya,Segak dan tampan belum berpunya,Terbatuk-batuk itulah trademarknya,sekali menjerit kecut perut anak muridnya,
Cikgu Sani guru dedikasi,
Setiap masa selalu busy,
Mengajar matematik tegas skali,
Murid kecut perut, kecut hati.
Kelas pra cantik sekali,
Cikg Nazian pandai hiasi
Semua muridnya kecil sekali,
Setiap hari menghafal a,b,c.
Suka menanam pokok keladi,
Orangya relax, tidak menonjol,
Diamnya dia diam ubi,
Cikgu Safri hasilnya berbakul-bakul
Suka menolong tak kira masa masa,
Mahir pula dalam teknologi,
Biarpun Cikgu Husni kecil orangnya,
Tapi kecil-kecil cili padi.
Cikgu Saidi indah warnanya,
Kalau mengajar memang bersungguh,
Bila murid ramai bertanya,
Tak sempat nak jawab berpeluh-peluh
Ke kampung Aur datang bekerja,
Dari keratong asal kampungnya,
Bertubuh kecil molek sahaja.
Cikgu Suzi nama timangannya,
Mulut becok bak burung murai,
Itulah Rohana cikgu pemulihan,
Tekun mengajar tak pernah cuai,
Walau murid beri seribu alasan.
Wahid, isnain, salasatun,
Bahasa arab menjadi didikan,
Hal hiya jamilatun,
Ustazah Fatimah yang rupawanPetang-petang pergi berburuTJ ucapkan Selamat hari Guru
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu. berkata: seseorang datang kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam. dan bertanya : “wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak mendapatkan perlakuan baik dariku? Beliau menjawab : Ibumu. “tanyanya lagi : “kemudian siapa? Beliau menjawab : ‘Ibumu. ‘tanyanya lagi : ‘kemudian siapa? “Beliau menjawab : ‘Ibumu” kemudian tanyanya lagi : “kemudian siapa? Beliau mejawab : Bapakmu.” (muttafaq alaih). Wahai ibuku, bagaimanakah saya harus mengungkapkan perasaan yang terpendam dalam hati ini? Tak ada ungkapan yang lebih benar, yang saya dapatkan, kecuali firman Allah swt: “Katakanlah: ‘wahai Robbku, kasihilah mereka berdua, sebagimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil.” (Al-Isra’:24). “Wahai ibuku, jadilah – semoga Alah memberi petunjuk – seorang yang mu’minah, yang beriman kepada Allah dan para RasulNya. Jadilah seorang yang rela menjadikan Allah sebagai Robbya, Islam sebagai agamanya, dan Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Salam sebagai Nabi dan Rasulnya. Dari Al-Abbas bin Abdul Muttalib r.a. bahwa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam. pernah bersabda: “Telah merasakan nikmatnya iman, orang yang rela menjadikan Allah sebagai Robbnya, Islam sebagi agamanya, dan Muhammad sebagai Rasulnya.” (riwayat Muslim). Wahai ibuku, hendaklah ibu mempersiapkan diri dengan bekal taqwa kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala Allah swt. berfirman: “Dan berbekallah, sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah taqwa.” (al-Baqarah:197). Perhatikanlah Allah setiap saat, baik ibu dalam keadaan sembunyi maupun terang-terangan. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Sesungguhnya bagi Allah tidak ada satupun yang tersembunyi di bumi dan tidak (pula) di langit.” (Ali Imran:5). Wahai ibuku, sinarilah seluruh kehidupan ibu dengan sinar Al-Qur’an dan sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam karena di dalam keduanya terdapat kebahagiaan di dunia dan akhirat.
TJ : amin...
Detik masa terus berlalu tanpa menanti sesiapa dan semakin hari umur kita pun akan meningkat bersama pengedaran masa. Kita semua dilahirkan di dunia ini melalui seorang yang bernama ibu. Begitu besar peranan dan jasa insan yang bernama ibu ini. Oleh itu renungkanlah sejenak apakah yang telah kita lakukan untuk membalas segala budi ibu ini. Sekurang-kurangnya peluk dan ciumlah ibu masing-masing yang dapat berjumpa atau sekurang-kurangnya telefon ibu bagi mereka yang duduk berjauhan.
Bersempena dengan hari Ibu yang akan berlangsung pada hujung minggu ini 10 Mei 2009, di sini dipaparkan beberapa koleksi sajak yang ditujukan kepada ibu. Sajak-sajak ini telah diperolehi daripada beberapa laman blog, terima kasih.
Terima kasih ibu…
Tidak ada kebaikan bagi pembicaraan kecuali dengan amalan.Tidak ada kebaikan bagi harta kecuali dengan kedermawanan.Tidak ada kebaikan bagi sahabat kecuali dengan kesetiaan.Tidak ada kebaikan bagi sedekah kecuali niyt yang ikhlas.Tidak ada kebaikan bagi kehidupan kecuali kesihatan dan keamanan.-Al-Ahnaf bin Qais
Saidina Ali r.a berkata :• Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.• Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.• Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.• Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat wara' (memelihara diri & hati-hati dari dosa).• Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.• Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.• Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.• Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak salahnya,maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, berarti dia tidak wara', sedang orang yang tidak wara' itu berarti hatinya mati.